Pengikut

Nuffnang

Isnin, 18 Ogos 2014

KHIDMAT MERU

sumber :-

KHIDMAT MERU


Sambutan Hari Raya DUN Meru.

Posted: 17 Aug 2014 08:41 PM PDT














Alhadulillah Sambutan Hari Raya DUN Meru yg diadakan di Dewan Orang Ramai Pekan Meru mendapat sambutan luar biasa apabila dari jam 10.30 pagi hingga jam 3.00 petang berduyun2 orang datang dari pelbagai kaum dan landasan agama.
Walaupun kemelut politik Selangor dimainkan oleh media pro BN namun rakyat dibawah jauh lebih matang dan bijak membuat keputusan.
Rata2 rakyat yg berkunjung dari pelbagai kaum dan kategori pekerjaan mengistiharkan dihadapan Yb Dr Rani dan isteri bahawa mereka akan terus bersama PR walau apa pun terjadi.
Lafaz yg sama mereka utarakan kpd Yb Khalid Samad, Yb Gan Pei Nie dan Yb Manivanan yg hadir dlm majlis rumah terbuka tersebut.

Memberi tazkirah di Masjid As Syariff Meru.

Posted: 17 Aug 2014 08:33 PM PDT







Semasa Yb Kumpulan 52 memberi tazkirah di Masjid As Syariff Meru tiba2 muncul TS.Khalid Ibrahim dan diberikan ruang duduk di saf hadapan.
Pada hari Jumaat itu Dr Rani memberi tazkirah, berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat.
Amalan ini perkara biasa yg rakyat Jawa Meru mengenali Dr Rani sejak beliau bernikah dgn anak Jawa Meru sejak dari tahun 1985 lagi dan berterusan dgn dakwah nya semasa posting di Hospital Daerah Serian Sarawak dari tahun 1986 hingga tahun 1989.
Di Sarawak beliau berkhutbah, memberi kuliah subuh, sampaikan mesej Islam dirumah2 panjang, surau2 pendalaman dan dihari2 perayaan Islam.
Malah dia lebih dikenali sebagai seorang Ustaz dari seorang Doktor Perubatan. Sedikit sebanyak dia boleh menguasai Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melanau.
Dalam tazkirah selama 20 minit di Masjid Meru itu Yb Dr Rani banyak memberi teguran secara terbuka kpd TSKI.
Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat apa yg Yb Dr Rani ketengahkan dan tekankan.
Semasa Dr Mahathir dan Yb Muhyidin melawat Sek Men Meru
YB Dr Rani lah yg menyambut kedatangan mereka dengan memasang pelbagai banner di DUN Meru dan bersalaman dgn mereka.
Itulah yg mampu Dr Rani lakukan dgn amanah yg bukan shj diberikan tetapi pasti akan dipersoalkan di akhirat...

Meneruskan khidmat kpd masyarakat berbilang kaum.

Posted: 17 Aug 2014 08:28 PM PDT







Yb Meru meneruskan khidmat kpd masyarakat berbilang kaum seperti biasa dgn amanah yg dipikulkan rakyat keatasnya.
Keletihan bergerak dari pagi hingga kemalam terubat dgn sendirinya apabila jelas terukir senyuman, tangisan dan ukiran kata2 manis dari rakyat marhain dari pelbagai kaum yg dilawatinya.
Pengalaman berharga inilah antara nilai kehidupan yg tidak ada bandingannya.
Maha suci Allah yg mencampakkan ketenangan dan kepuasan ini kedalam jiwa hamba2 kerdil yg dipilihNya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan