Pengikut

Nuffnang

Selasa, 12 Ogos 2014

KHIDMAT MERU

sumber :-

KHIDMAT MERU


Perayaan ulangtahun ke 65 tokong Put Poh King Meru.

Posted: 11 Aug 2014 08:00 PM PDT












Perayaan ulangtahun ke 65 tokong Put Poh King Meru pd malam ini.
Yb Meru, Yb Dato Teng dan Yb Manivanan hadir.
Hidup Pakatan Rakyat !!
Dalam ucapan nya Yb Meru berterus terang bahawa dia banyak belajar dari Yb Dato Teng Chang Kim mengenai ilmu berpolitik dalam masyarakat majmuk.
Yb Dr Rani adalah orang yg paling sedih dan hampa sekiranya Pakatan Rakyat berpecah dan inilah yg ditunggu2 oleh BN.
Yb Meru berdoa kepada Allah agar tahalluf siyasi ini dapat diteruskan dan dimatangkan dan ditambah baik nilainya dan terus menjadi halangan terbesar kpd BN dan macai macai nya.

Memberi sumbangan kpd Encik Mohd Azmi bin Omar.

Posted: 11 Aug 2014 07:35 PM PDT







Yb Meru melawat dan memberi sumbangan kpd Encik Mohd Azmi bin Omar yg ditimpa musibah apabila 2 buah rumah sewa beliau hangus dijilat api di Jln Setia Jaya, Bukit Kapar.
Alhamdulilah semasa kejadian jam 3 pagi itu tidak ada seorang penghuni pun yg berada didalam rumah tersebut.
Beliau dinasihatkan menerima qadak dan qadar Allah itu dan bersabar menghadapinya.

Bersama sama kanak2 Pasti di Kawasan Kapar.

Posted: 11 Aug 2014 07:27 PM PDT








Yb Dr Rani bersama sama kanak2 Pasti di Kawasan Kapar dan ibu bapa mereka dalam Majlis Alam Ria Pasti Kapar.
Yb GST mengingatkan kpd guru2 Pasti dan ibu bapa bahawa anak2 adalah anugerah Allah yg cukup bernilai dan berharga yg kita diarahkan mendidik mereka dengan didikan Islam yg syumul.
 

Rumah Terbuka Yb Lau Weng San.

Posted: 11 Aug 2014 07:23 PM PDT








Yb GST sempat menghadiri Rumah Terbuka Yb Lau Weng San yg diadakan diperkarangan Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.
Dalam majlis yg dihadiri ramai rakyat DUN Kg Tunku dari pelbagai kaum itu mereka dapat merasakan kemesraan mereka dan dapat menjamu pelbagai hidangan yg disediakan.
Selain itu Yb Dr Rani juga bermesra dan berseloroh dgn Yb Samsudin Alias, Ketua Pembangkang Umno dan Dato Hj Mukhlis iaitu Penyelaras Umno bahagian Meru yg kebetulan hadir dlm majlis walimatul urus dirumah seorang sahabat di Aman Perdana.
Walaupun berlainan parti dan fikrah perjuangan, berhujjah dan saling bertengkar dalam Sidang DUN, namun diluar dewan mereka bergaul dan berinteraksi seperti rakan biasa.

Bagi kaum India di DUN Meru.

Posted: 11 Aug 2014 06:56 PM PDT








Bagi kaum India di DUN Meru bukanlah perkara yg luar biasa lagi bila bertemu Yb Dr Rani berada dikuil2 mereka, menziarahi mayat2 keluarga mereka dan merawat pesakit2 dikalangan mereka di rumah2 mereka.
Bagi Yb GST, inilah peluang keemasan sebagai wakil rakyat utk menyampaikan mesej the true beautiful picture of Islam.
Beliau juga tidak lupa membaca ayat Al Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. dlm pesta2 golongan India ini bagi memberi pencerahan tentang perutusan Nabi Muhammad sebagai rahmatan lil 'alamiin tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan geography kenegaraan.
Semoga diterima Allah usaha kecil dakwah ini.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan