Pengikut

Nuffnang

Khamis, 14 Ogos 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


GAZA BERDARAH : NEGARA KRISTIAN LEBIH TERKEHADAPAN ??

Posted: 13 Aug 2014 07:51 PM PDT

KETIKA ini, bumi Gaza masih bermandi darah. Ribuan rakyat awam telah terkorban akibat bedilan peluru negara haram Israel. Pada masa yang sama kita melihat hampir di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan tentera zionis tersebut. Tidak kurang juga yang umat Islam mengadakan solat hajat dan sebagainya di samping pelbagai pihak mengadakan kutipan derma. Bahkan, kempen boikot produk Israel mula berjalan di sesetengah negara. Namun, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang berani bertindak lebih daripada itu. Sehingga kini, hanya beberapa negara Kristian dari Amerika Latin seperti Chile, Bolivia, Nicaragua, dan Venezuela telah menghalau keluar duta Israel dari negara mereka dan memutuskan hubungan diplomatik. 


 Sementara Peru, Ecuador, Chile, El Salvador, Costa Rica dan Argentina telah memanggil duta Israel dan ada yang mendesak tentera diundurkan. Bagaimana pula dengan negara-negara Arab yang berhampiran dengan Gaza? Mereka hanya menjadi pemerhati tanpa hati! Lebih malang, Mesir telah menutup pintu masuk ke Gaza dan tidak memberi apa-apa bantuan serta menghalang orang lain pula. Sepatutnya negara Arab-Islam malu kepada negara Amerika Latin yang letaknya jauh beribu batu tetapi dengan tegas mengkritik zionis Israel serta menghentikan urusan perdagangan sebagai langkah protes. Sedangkan pada masa yang sama, negara Arab terus membisu dan menyalurkan minyak kepada Israel dan Amerika Syarikat yang merupakan sekutu dan "godfather" kepada Israel.

 Hakikatnya, kritikan, sekatan perdagangan, boikot sukar melemahkan zionis Israel. Yang difahami oleh mereka hanyalah perlawanan senjata dengan senjata, peluru dengan peluru. Oleh sebab itu, zionis Israel amat gerun dengan keupayaan Briged Al-Qassam walaupun hanya bersenjatakan roket bumi ke bumi, senjata ringan dan senjata anti kere kebal. Bayangkan jika tentera Hamas mempunyai artileri! Sudah tentu zionis Israel angkat bendera putih.

LAPORAN EBOLA DI MALAYSIA PALSU - KP KESIHATAN

Posted: 13 Aug 2014 07:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan. Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. 

 "Risiko penularan Ebola ke Malaysia amat rendah. Jangan sebar berita palsu," katanya menerusi akaun Twitter. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola. Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet. Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. - Bernama

ISU GAZZAH : MALAYSIA PERLU BERSUARA DALAM OIC

Posted: 13 Aug 2014 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia digesa vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini di Jeddah. Mesyuarat itu turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini. "Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia - malah merelakan kezaliman berterusan," ujarnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.


 Channel News Asia melaporkan amaran seorang pegawai kemanusiaan PBB bagi wilayah Palestin, James Rawley bahawa sebuah konflik baru di Gaza akan bermula sekiranya Israel tidak menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah tersebut. Beliau menambah, "sekatan itu mestilah dihentikan untuk membenarkan bahan-bahan mentah ke dalam Gaza untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bermula. Ini untuk memberikan Gaza kembali kuasa untuk berdagang dengan dunia luar. Sekatan ini mestilah dihentikan untuk membenarkan Gaza untuk terus maju". Fakta yang sering dilupakan ialah sekatan yang bermula pada tahun 2007 inilah yang merupakan latar belakang kepada persengketaan terbaru yang berlaku pada masa ini.

 Beliau juga berkata, "masyarakat antarabangsa telah gagal dalam isu Israel-Gaza, yang pada ketika ini telah menyebabkan kira-kira 1930 nyawa Palestin dan 67 nyawa Israel terbunuh". Laporan awal menyebut bahawa Gaza memerlukan AS$6-8 billion untuk kerja-kerja pembinaan semula. Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk memulakan gerakan melalui OIC untuk menggesa Israel untuk menghentikan sekatan yang dikenakan oleh Israel, serta memastikan laluan dibuka semula agar bantuan kemanusiaan, serta bahan-bahan mentah untuk membina semula Gaza dapat dimulakan. Sudah cukup penderitaan rakyat Gaza setelah sebulan dibedil tanpa belas kasihan. 

 OIC perlu bertanggungjawab untuk memastikan Israel komited terhadap menjaga keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut, bukan sahaja untuk rakyat Israel, bahkan keseluruhan warga Palestin yang terkesan. Malaysia perlu memulakan langkah untuk merancang penyaluran bantuan kemanusiaan ini, demi kebaikan bersama rakyat Gaza. Dalam pada masa yang sama, puak-puak militan di Iraq dilaporkan telah mula membunuh puak Yazidi kerana enggan menganut agama Islam. Media antarabangsa turut melaporkan puak militan ini telah membunuh kesemua pemuda dalam sebuah perkampungan. Lebih malang, terdapat juga laporan di mana wanita dan kanak-kanak ditanam hidup-hidup - sesuatu dakwaan yang wajar disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati sah.

 Mereka yang terselamat sedang menderita dengan kehausan dan penyakit, pergunungan Sinjar di Iraq. Dianggarkan bahawa kira-kira 150,000 orang masih lagi terperangkap di pergunungan ini. Menteri Hak Asasi Manusia Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata, sudah lebih 500 orang daripada puak Yazidi ini telah dibunuh, dan kerajaan Iraq mempunyai bukti-bukti pembunuhan ini. Melihatkan pelbagai keganasan yang berlaku dalam dunia Islam pada masa ini, Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas. Kerajaan perlu menggunakan kerusi di OIC untuk mengutuk serta mengingatkan negara-negara Islam bahawa kita perlu melindungi mereka yang lemah dalam mana-mana peperangan; terutamanya penduduk, wanita dan kanak-kanak, selari dengan nilai-nilai Islam yang telahpun termaktub lebih 1400 tahun dahulu. 

 Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin, "Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya diperangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak diperangi atau dibunuh". Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190 (maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas". Dalam hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: "Seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan yang disertai Nabi s.a.w maka Rasulullah s.a.w. pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Justeru, Malaysia dan OIC wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang sedang berleluasa ini.

 Kezaliman sebegini tidak berlandaskan prinsip-prinsip peperangan dalam Islam itu sendiri. Segala kekejaman yang berlaku atas nama Islam ini perlu dihentikan dengan serta-merta. Kita tidak boleh menutup mata terhadap pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang lain. Kita mesti terus bersuara agar OIC memainkan peranan di dalam sengketa dunia Islam. Akhir kata, harap saya Malaysia vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini (12 Ogos) di Jeddah; dan turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini. Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia - malah merelakan kezaliman berterusan.

PROGRAM ALAM RIA PASTI KAWASAN JASIN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI DPPK JASIN

Posted: 13 Aug 2014 07:42 PM PDT




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan