Pengikut

Nuffnang

Selasa, 12 Ogos 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi

Posted: 11 Aug 2014 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor. "Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

 Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini. "DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi. Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini. Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

KEJAYAAN ERDOGAN HARAPAN UMMAH

Posted: 11 Aug 2014 10:08 PM PDT

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan, dari Parti Keadilan & Sejahtera (AK Party) di atas kemenangan beliau dalam pemilihan Presiden Turki dalam pusingan pertama setelah mendapat 52 peratus undi. Kemenangannya menjadikan beliau tanpa perlu melalui proses pusingan kedua kerana mendapat majoriti yang besar kali ini. Kemenangan ini juga membolehkan beliau berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi setelah menjadi Perdana Menteri di Turki sejak 10 tahun yang lalu. 


 LA PPM merasa bangga kerana kejayaan Erdogan adalah hasil daripada proses demokrasi yang dijunjung tinggi. Turki adalah sebuah negara moden yang berjaya menjulang demokrasi pada kedudukan tertinggi tanpa sebarang konflik dan penyelewengan. Kejayaan Erdogan memimpin Turki sebagai Perdana Menteri sebelum ini amat mengagumkan banyak pihak. Beliau mampu menghentikan sengketa, mengelakkan krisis, menyelesaikan masalah rakyat, mengangkat kedudukan ekonomi Turki serta menghapuskan amalan rasuah dan nepotisme di kalangan pemimpin negara. Kecemerlangan era kepimpinannya sebaga PM Turki membawa landasan baharu Turki menjadi antara negara disegani lawan dan kawan. Malah, keprihatinannya dalam isu antarabangsa terutama isu Gaza dan Mesir membuka mata pemimpin negara Islam yang lain.

 Apa yang mengujakan adalah bagaimana AK Party, parti yang dipimpin oleh Erdogan mampu memberi impak yang besar kepada rakyat Turki walaupun baharu diwujudkan pada tahun 2001. Dengan usaha progresif menyelesaikan masalah rakyat, mengutamakan kebajikan, serta bersikap realitistik dalam menangani isu-isu kemanusiaan dan rakyat, AK Party diterima baik oleh rakyat Turki. Apatah lagi dengan kehadiran tokoh karisma yang begitu berwibawa seperti Erdogan, pastinya Ak Party adalah pilihan utama dan menjadi fenomena rakyat Turki ketika ini. 

 LA PPM bersama rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam meletakkan harapan Erdogan mampu menjadi pemimpin dan pembela ummah khususnya yang berkaitan isu Gaza sebagaimana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Umat Islam di dunia ini amat memerlukan seorang pemimpin pemberani dan lantang sehebat Erdogan, yang mampu mengancam dan menggugat keangkuhan Israel terkutuk!

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan