Pengikut

Nuffnang

Ahad, 10 Ogos 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

Posted: 09 Aug 2014 09:01 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

10hb Ogos 2014

Pemecatan Tan Sri Khalid Bin Ibrahim sebagai ahli PKR menyebabkan Menteri Besar Selangor bukan lagi ahli Pakatan Rakyat (PR). Pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil. Pemuda PAS sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam Negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan. Justru dicadangkan Jawatankuasa Krisis MB Selangor perlu diwujudkan segera oleh PR bagi menangani masalah yang akan berlaku.


Setelah berlaku pemecatan ini, maka cadangan Pemuda PR untuk mengadakan pertemuan 8 mata sudah menjadi pertemuan 6 mata. Pemuda PAS difahamkan bahawa semangat pertemuan ini telah dan akan dilaksanakan oleh pimpinan utama PR. 

Berdasarkan pengalaman krisis Kerajaan Negeri Perak tahun 2009, masa adalah terlalu pantas pada waktu ini. Masa boleh menjadi pedang kepada PR. Pemuda PAS mendesak agar konflik ini dapat ditangani dengan segera secara harmoni melalui majlis Presiden PR. Pemuda PAS bersedia menerima apa juga arahan melalui kepimpinan tertinggi PAS bagi menyelesaikan kemelut ini.

Saya memberi arahan kepada semua anggota pemuda PAS di seluruh Negara agar bertenang, bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan dan tunggu arahan dari Pejabat Pemuda PAS Malaysia. Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku. 

Dalam mesyuarat Pemuda PAS Malaysia pada sabtu 9hb Ogos 2014, Pemuda PAS Malaysia telah bersetuju menyokong usaha memperteguh PR seperti yang dipertegaskan oleh Majlis Syura Ulama(MSU) dan bersedia menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku. 

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

GAZA BERDARAH : 400 RIBU KANAK-KANAK TRAUMA

Posted: 09 Aug 2014 08:59 PM PDT

GENEVA: Hampir 400,000 kanak-kanak di Gaza kini disahkan menghadapi trauma akibat serangan Zionis Israel yang telah membunuh ibu bapa, saudara dan rakan-rakan mereka sepanjang empat minggu serangan. Perkara itu disahkan Ketua Pejabat Lapangan Agensi kanak-kanak dan pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Gaza, Pernille Ironside. Menurut beliau, ramai dikalangan kanak-kanak mengalami kemurungan luar biasa dan usaha segera perlu dilakukan termasuk membina semula wilayah-wilayah kecil Palestin. "Bagaimana kita mahu ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak mereka memberi semangat positif sedangkan mereka sendiri hampir tidak berfungsi sebagai manusia? "Rakyat telah kehilangan keseluruhan ahli keluarga mereka dalam serangan Zionis. "Bagaimana masyarakat boleh menangani ini? Ini adalah satu luka yang kesannya sangat mendalam," katanya pada sidang akhbar PBB di Geneva.

 Setakat 4 Ogos, sejumlah 408 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh. Dari jumlah itu 251 adalah pelajar lelaki dan 157 pelajar perempuan dan mereka berumur lingkungan 12 tahun atau lebih muda. "Jika anda berumur tujuh tahun lebih, bermakna anda telah hidup melalui lebih dari dua peperangan sebelum ini. "Perperangan terbaru ini adalah jauh lebih buruk daripada srangan 2008, 2009 dan 2012 sebelum ini. UNICEF menganggarkan kira-kira 373,000 kanak-kanak telah mempunyai beberapa jenis pengalaman traumatik dan memerlukan sokongan psiko-sosial serta-merta, katanya. Ketika ini juga Gaza kekurangan bekalan bekalan kuasa elektrik dan air yang meruncing selepas serangan yang memusnahkan bayak kawasan di Gaza.

 "Terdapat hanya jumlah yang sangat terhad air yang ada. Ia digunakan untuk minum. Tetapi tidak cukup untuk kegunaan lain. Kami melihat kanak-kanak yang keluar dari rumah perlindungan ini dengan kudis, kutu, dan semua jenis penyakit berjangkit. "Lebih buruk lagi adalah anak-anak di luar pusat-pusat perlindungan, tidak mempunyai sebarang akses kepada air untuk minum dan berada dalam keadaan teruk yang boleh mengakibatkan cirit-birit dan kematian lagi," kata beliau.

TSKI DIPECAT : Ahli PAS Di Ingat Jangan Melatah

Posted: 09 Aug 2014 05:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu. Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.
"Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi. Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan