Pengikut

Nuffnang

Isnin, 4 Ogos 2014

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

sumber :-

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Jangan biarkan Pakatan pecah

Posted: 04 Aug 2014 07:51 PM PDT

Oleh  DR MUJAHID YUSOF RAWA

Ramai yang berbincang tentang masa depan Pakatan Rakyat dan pelbagai kontroversi yang menyelubungi keberlangsungan PR.

Sebagai orang kuat mempertahankan perlunya Pakatan Rakyat terus kukuh, saya ingin menegaskan beberapa perkara:


  • Politik Malaysia tidak pernah menyaksikan satu peralihan paradigma politik yang besar berlaku melainkan dengan Pakatan Rakyat apabila politik merentasi kaum benar-benar diterjemahkan dalam peti-peti undi. Pengundi tidak lagi mengecam calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.
  • Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.
  • Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.
  • Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo.
  • Pakatan Rakyat adalah penyaring kepada ahli politik yang jatidirinya teruji kerana terpaksa menongkah arus demi perubahan. Ada yang gugur dan ada yang tetap konsisten.
Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.

Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air.

Saya juga ingin menyeru agar seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat agar menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya." (Ar-Ra’ad: 11)

Pakatan Rakyat Harapan Rakyat. Sekian.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan anggota jawatankuasa PAS Pusat

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan