Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 26 Julai 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Muslimat PAS prihatin penderitaan warga emas

Posted: 26 Jul 2014 12:18 AM PDT




Chembong 26 Julai 2014 – Muslimat PAS Rembau dan Muslimat PAS DUN Chembong yang diwakili oleh Pn Hjh Che Bee dan Puan Satariah hari ini turun padang menghulurkan bantuan kewangan hasil kutipan dari orang ramai melalui Program Jejak Ukhuwwah Ramadhah bersama NGO setempat.

Lawatan pertama ialah warga emas Makcik Wan Mok yang lumpuh sejak 3 tahun yang lalu, yang tiada saudara mara duduk bersendirian di Kg Rendah. Lawatan kedua ialah keluarga Makcik Norpiah di Batu Hampar yang menjaga suaminya Pakcik Lattif yang lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu serta mempunyai anak yang menghidap penyakit.

Terima kasih kepada semua para penyumbang dan petugas yang menjayakan Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan ini, semoga ianya berterusan sepanjang tahun.

Pemuda PAS Rembau teruskan perjuangan, tidak terkesan dengan politik Selangor

Posted: 26 Jul 2014 12:16 AM PDT

Tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Rembau, Sdr Sahrizal Masrudin yang berpendirian teguh dengan perkembangan terkini Pakatan Rakyat di Selangor. Apa yang berlaku di Selangor menguatkan lagi komitmen Pemuda PAS Rembau untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan