Pengikut

Nuffnang

Selasa, 8 Julai 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Ibu tunggal menoreh sara anak, adik OKU

Posted: 08 Jul 2014 05:29 PM PDT




Ibu tunggal menoreh sara anak, adik OKU
9 Julai 2014

Kuala Pilah: Seorang ibu tunggal dari Kampung Iyor, Johol, dekat sini, tabah menjaga anak dan adik perempuan istimewa walaupun hidup serba kekurangan.

Maziah Abd Samad, 54, berkata, sejak kematian suami, Hashim Md Alif, 58, pada 2010 akibat kemalangan jalan raya, kehidupannya berubah kerana terpaksa menjadi ketua keluarga untuk mencari rezeki.

"Setiap hari, tepat jam 7 pagi saya bersiap untuk menoreh getah dengan dibantu oleh anak bongsu, Mohd Syazwan Hashim, 25.

"Pokok getah pun milik orang lain dan hasilnya terpaksa dibahagi dua.

Sepanjang di ladang, saya hanya berserah kepada Allah kerana terpaksa meninggalkan anak kedua saya, Umi Kasma Hashim, 26, seorang orang kurang upaya (OKU) dan adik perempuan Siti Hajar Abd Samad, 51, juga seorang OKU,"" katanya.

Menurut Maziah, dia terpaksa melakukan kerja walaupun dirinya agak lemah sejak menjalani pembedahan pada 2012.

"Kesihatan saya tidak begitu baik selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2012 untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak.

"Setiap bulan saya menjalani pemeriksaan lanjutan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi menentukan tahap kesihatan buah pinggang sebelah kiri," katanya.

Bual Bicara dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama dari Mesir

Posted: 07 Jul 2014 11:39 PM PDT




Bual Bicara dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama dari Mesir
Tarikh : 9 Julai 2014, Rabu
Masa : 5 ptg – 8 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Semua dijemput hadir

Aturcara :
5.30 ptg - Bual Bicara bersama Sheikh Latiff, Ulama dari Mesir
              -  Majlis Berbuka Puasa

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Majlis Serahan Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa

Posted: 07 Jul 2014 11:39 PM PDT




Majlis Serahan Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa
Tarikh : 18 Julai 2014, Jumaat
Masa : 5 ptg – 7.45 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Aturcara :
5 ptg - Agihan Sumbangan Ramadhan kepada keluarga memerlukan
7 mlm - Tazkirah
            - Majlis Berbuka Puasa
            - Bersurai (solat Maghrib di surau berhampiran)

Petugas dan sukarelawan diperlukan semasa agihan sumbangan

Untuk sumbangan atau daftar sebagai petugas/sukarelawan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Anjuran : PAS DUN Paroi dan PAS Kawasan Rembau

KUPON AMAL

Posted: 07 Jul 2014 11:38 PM PDT




KUPON AMAL
Jualan Nasi Ayam
Edaran nasi ayam pada hari Sabtu 19 Julai 2014 bermula jam 5 petang di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang.

Kepada mereka yang ingin menempah atau menghulurkan sumbangan sila hubungi Tn Hj Fisol 019-3440826 atau Sdr Nazri 019-9103431

Anjuran : PASTI Al Amal dan PAS Cawangan Senawang

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan