Pengikut

Nuffnang

Khamis, 24 Julai 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Bandaraya Miri Semakin Pesat Membangun Tanpa Perancangan Rapi

Posted: 24 Jul 2014 03:31 PM PDT

Bina Jambatan Marina Park Elak Kesesakan Lalu lintas

MIRI - Bandaraya Miri semakin pesat membangun terutama dalam kawasan Marina Park di pusat bandaraya Miri. Banyak bangunan kedai sudah dibina dalam kawasan tersebut yang dulunya adalah laluan sungai Miri dan juga kuala sungai Miri. Proses penambakan tanah di sungai Miri sudah lama dilakukan dengan membawa tanah dari kawasan lereng bukit dengan menggunakan lori dan dicurahkan di kawasan rendah. Bandaraya Miri kelihatan semakin maju ke hadapan berbanding dengan bandar-bandar lain di Sarawak Kenderaan semakin banyak di jalanraya dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku terutama dalam kawasan pusat bandaraya Miri.

Walaupun banyak jalan baru dibina, masalah kesesakan lalulintas masih berlaku di jalan menuju ke pusat bandar dan juga kawasan sekolah. Ini berpunca dari sikap pemandu yang meletak kenderaan mereka sebarangan atau ditepi jalan akibat kekurangan tempat parkir dan untuk ambil jalan mudah untuk sampai ke tempat tujuan.

Untuk mengurang dan mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan Marina Park dan juga pusat bandar, kita mengesa pihak berkuasa tempatan dapat membina sebuah jambatan melintasi sungai Miri dari Marina Park ke Jalan Peninsula atau yang lebih dikenali sebagai Pulau Melayu untuk menuju ke Lutong. 

Dengan adanya jambatan melalui sungai Miri ke Pulau Melayu sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.  Mungkin pihak berkuasa juga boleh membina pelabuhan Miri di hujung kuala sungai Miri untuk memudahkan kapal-kapal besar melabuh di situ.

Dengan adanya jambatan dari Marina Park ke Pulau Melayu, pemandu boleh memilih jalan pintas ke Lutong, pengerakan kenderaan juga akan berjalan lancar kerana banyak lorong atau arah dari Miri ke Lutong dan sebagainya terutama pada waktu kemuncak. Jalanraya hendaklah dilebarkan dan kawasan parkir perlu ditambah untuk mengelak kenderaan parkir ditepi jalan.

Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajar oleh pihak berkuasa untuk menjadikan Miri sebagai sebuah bandaraya terbaik yang cantik, tersusun serta mempunyai jalan pengangkutan awam yang efisen dan menarik di dalam negara ini.  Jadikan bandaraya Miri sebagai model bandaraya yang lengkap dengan infrastruktur serta mempunyai kemudahan awam yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kerjasama dengan semua pihak untuk menjadikan bandaraya Miri sebagai bandaraya yang terbaik dalam negara ini akan menjadi kenyataan, sekiranya mendapat kerjasama semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
  
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Build a Marina Park Bridge Avoid Traffic Congestion

MIRI - Miri City is booming, especially in the area of ​​Marina Park in Miri city centre. Many shop building has been built in the area which used to be the route of Miri River and Miri river mouth. The process of land reclamation in Miri River has long been carried out with bringing the land from the hillside by lorry and poured in a low area. Miri City seemed to move forward compared to other cities in Sarawak. More vehicles on the roads and this causes traffic jams occur, especially in Miri city centre.

Although many new roads were built, traffic jams still occur on the road leading to the city centre and also school area. This resulted mainly from attitude of drivers who park their cars arbitrary or along the road side due to lack of parking space and to take the easy way to get to the destination.

To reduce and overcome the problem of traffic congestion in the area of ​​Marina Park and the city centre, we would urge local authorities to build a bridge across Miri River from Marina Park to Peninsula Road or better known as Pulau Melayu heading towards Lutong.

With the bridge through a Miri River to Pulau Melayu at least it will reduce traffic congestion in the city canter. Maybe the authorities can build a Miri port at the end of Miri river mouth to facilitate a large ships drooping there.

With the bridge from Marina Park to Pulau Melayu, the driver can choose a shortcut trip to Lutong, the movement of vehicles will run smoothly because many lanes or direction from Miri to Lutong and so on, especially at peak hours. Roads should be widened and parking areas should be increased to prevent vehicles parking along the road side.

Hope this matter can be addressed by the appropriate authorities to make Miri the best beautiful city, organized and have an efficient public transportation routes and attractive in the country. Make Miri city as a model city complete with infrastructure and public facilities that can reduce traffic jams.

Cooperation with all parties to make the city of Miri as the best city in the country will become a reality, if received the cooperation of all parties, regardless of race, religion and political affiliation.





0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan