Pengikut

Nuffnang

Rabu, 16 Julai 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Keselamatan Pelajar Sekolah Terancam Jika Pemandu Cuai

Posted: 15 Jul 2014 09:21 PM PDT

Jalan Sekolah di Lopeng Tengah Perlu Ada "Speed Bump"

MIRI - Sekolah Menengah Kebangsaan Lopeng Tengah atau nama ringkasnya SMK Lopeng Tengah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Riam. Sejak pembukaan jalan baru Riam melalui jalan Kpg Lopeng Tengah banyak kenderaan yang menggunakan jalan itu untuk jalan pintas menuju ke Pujut Padang Kerbau dan juga ke Hospital Umum Miri.

Disebabkan jalan tersebut menjadi laluan kenderaan yang berulang alik melintasi kawasan sekolah itu, keselamatan pelajar-pelajar sekolah juga terancam sekiranya ada pemandu yang tidak mengendahkan papan tanda amaran dalam kawasan tersebut. Untuk mengelak kenderaan dari memandu laju, kita sarankan agar pihak berkuasa dapat membina "Speed Bump" di kawasan sekolah tersebut agar kenderaan dapat mengurangkan kelajuan apabila melalui jalan tersebut.

Bersebelahan dengan sekolah tersebut juga ialah Surau At-Taqwa Kpg Lopeng Tengah, dimana ramai penduduk kampung menunaikan solat fardu di situ. Disebabkan kawasan tersebut menjadi sesak terutama
waktu kemuncak, keselamatan pelajar dan penduduk kampung perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalanraya yang berlaku di jalan Sekolah Kebangsaan Syed Othman Miri baru-baru ini. Kadang-kadang kita melihat pelajar sekolah yang berlari-lari untuk ke kenderaan yang menunggu mereka tanpa menoleh kiri kanan. Sampai sekarang jalan Sekolah Kebangsaan Syed Othman Miri masih belum ada "Speed Bump".

Kita harap pihak berkuasa segera mengatasi masalah ini dari berlarutan demi keselamatan pelajar dan penduduk kampung Lopeng Tengah dengan membina "Speed Bump" di kawasan sekolah dan surau mereka.
Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

School Road in the Lopeng Tengah Should Have "Speed Bump"

MIRI - Lopeng Middle School or the short name of SMK Lopeng Tengah is a national secondary school located on Jalan Riam. Since the opening of new Riam roads through the Kpg Lopeng Tengah road,  many vehicles using the road for a shortcut leading to the Pujut Padang Kerbau and Miri General Hospital.

Because of road become carriageway that commute daily across the school, the safety of school students also threatened if there are drivers who do not heed the warning signs in the area. To prevent vehicles from speeding, we recommend that the authorities able to build a "Speed Bump" in the school area so that the vehicle can reduce speed when crossing the road.

Next to the school is also a Surau At-Taqwa Kpg Lopeng Tengah, where many villagers perform prayers there. Because the area becomes congested, especially peak hours, the safety of students and the villagers should be aware by the authorities so as to avoid any untoward incident occur like the road accidents happens on the road of Syed Othman Nasional School Miri recently. Sometimes we see students who ran to the vehicle that waiting for them without looking left and right.  Until now Syed Othman National School Miri road has no "Speed Bump".

We hope the authorities immediately address the problem from persists for the safety of students and the villagers of Lopeng Tengah by build a "Speed Bump" in the school and their prayer house area. Cooperation with the authorities to resolve the issue immediately is very much appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan