Pengikut

Nuffnang

Ahad, 6 Julai 2014

PAS KAWASAN KUBANG PASU

sumber :-

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Ustaz Azam teruskan tradisi ziarah Ustaz Azizan

Posted: 06 Jul 2014 08:30 PM PDT

SUNGAI LIMAU: Dalam kesibukan urusan seharian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sempat meluangkan masa turun padang, menjenguk serta menziarahi rakyat di kawasannya.

Baru-baru ini beliau bersama jawatankuasa Dun Sungai Limau dan Halwa (Hal Ehwal Wanita) Dun Sungai Limau berkesempatan melawat beberapa rumah di Kampung Batu 17, Kepala Bukit, Titi Teras dan Taman Sri Utama.
Selain melawat dan bertanya khabar, beliau turut menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan.
Dalam kesempatan yang sama, beliau turut melawat bekas pemandu Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Nasir Zainol yang sakit sejak setahun lalu.
Budaya ziarah ini telah menjadi amalan Ustaz Azizan sejak lima penggal yang lalu yang kini diteruskan oleh Ustaz Mohd Azam.

Menteri paling kejam dalam Kabinet

Posted: 06 Jul 2014 08:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Dato' Seri Tengku Adnan Mansur memberi amaran kepada pengemis dan NGO Soup Kitchen jika terus membantu mereka adalah bukti beliau layak digelar Menteri paling kejam dalam kabinet.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan saja tidak berperikemanusiaan malah telah berjaya menandingi kebiadaban Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Hamidi yang memperta hankan tindakan membuang kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP RSN Rayer, baru baru ini.

"Nampaknya sikap tidak ada perasaan dan kurang bijak Zahid sedang disaingi Tengku Adnan, apabila beliau memberi amaran sehingga Isnin ini kepada Soup Kitchen dan pengemis untuk menjauhkan diri dari pusat bandar atau berdepan tindakan daripada Majlis Bandaraya.

"Dengan satu tindakan saja, Tengku Adnan kini terbukti menjadi Menteri paling tak berperikemanusiaan dan kejam dalam kabinet," ujar Kit Siang dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempersoalkan tindakan Tengku Adnan tersebut yang dilihat cuba untuk menjenayahkan kegiatan mengemis seperti dilakukan di Norway.

"Adakah Tengku Adnan mendapat inspirasi untuk menjenayahkan pengemis dari Norway? Sebuah negara antara terkaya di dunia dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kira-kira AS$100,000?

"Jika beliau mahu mencontohi Norway, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendapatkan kelulusan Parlimen berkenaan tindakan kejam dan tak berperike ma nusiaannya itu," ujarnya.

Sehubu ngan itu, Kit Siang menggesa Tengku Adnan supaya menarik balik amarannya itu dan mengadakan perbincangan bersama Ahli- Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan NGO berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Rundingan untuk mengatasi masalah ini perlu dilakukan bersama kesemua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan pihak NGO terlibat supaya pe nyelesaian terbaik dapat di sepakati, dengan mengambil kira kesan sosioekonomi kemiskinan," katanya.

Militan: Mashitah usah merepek

Posted: 06 Jul 2014 08:24 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

PENGERUSI Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Dato' Dr Mashitah Ibrahim mendesak kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau kewujudan sekolah pondok yang semakin banyak ditubuhkan tetapi terbabit menyebarkan fahaman ekstremis.

Mashitah berkata, ada pihak yang mendekati pondok untuk mengajak warganya menganggotai pasukan jihad yang boleh membawa kepada perjuangan militan. Katanya lagi, Islam tidak pernah mengajar fahaman ekstremis atau keganasan.

Entah apa merepeknya orang yang diamanahkan Dato' Seri Najib Razak untuk menjaga pondok ini tiba-tiba mengaitkan pondok dengan keganasan. Realiti yang berlaku di negara ini, begitu ramai ektremis datangnya dari sebuah parti politik asobiyah kaumiyah dan beberapa buah NGO yang jadi rakan sekutu mereka. Itu tidak dipedulikan. Pondok pula yang jadi sasaran fitnah jahat di bulan Ramadan ini.

Kumpulan rasis Melayu itu bertindak ganas dalam setiap isu yang melibatkan kononnya penentangan terhadap hak Melayu, Islam dan raja. Mereka paling banyak mengadakan 'himpunan haram' termasuk melakukan provokasi melampau berteraskan semangat rasis seperti mengusung kepala lembu berdarah dan sepanduk yang mengandungi kata nista.

Baru-baru kumpulan pelampau tersebut telah menyerang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang. Mujur tidak ada yang terkorban di sebalik keganasan tersebut. Dalam isu tertentu, ada pemimpin kumpulan pelampau itu yang mengugut untuk memancung kepala pihak yang tidak mereka senangi.

Tetapi oleh kerana kewujudan kumpulan pelampau ini adalah dari tarbiyah dan (mungkin) arahan parti asobiyah kaumiyah yang sedang menerajui negara maka tindakan ekstremis mereka semuanya 'ditanggung halal' belaka.

Usaha pihak tertentu mengaitkan pondok, bahkan PAS dengan kumpulan ekstremis adalah apabila tersebar khabar seorang ahli PAS melepaskan jawatan dalam parti, meninggalkan negara dan pergi mengangkat senjata untuk berperang dengan regim Basyar Assad. Dia pergi bukan atas arahan mahupun pengetahuan pemimpin PAS. Tindakannya secara bersendirian dan ijtihadnya untuk memilih kaedah berperang di negara orang itu pun keputusannya sendiri.

Ramai sangatkah warga pondok yang pergi berjihad di Syria? Pihak berkuasa Malaysia tentu ada maklumat. Tetapi kalau hendak dikata habis lengang pondok di Malaysia kerana warganya pergi berperang, tidak masuk akal. Berdasarkan maklumat yang diterima di alam maya, yang pergi berperang di Syria cuma seorang dari Malaysia, yang merupakan bekas anggota PAS.

Jika cuma seorang, apalah yang hendah dikepohkan sangat oleh Pengerusi Publisiti MCA, Dato' Chai Kim Sen yang meminta pihak polis agar membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berhubung isu jihad di Syria. Nampak sangat Pengerusi Publisiti MCA itu hanya mencari publisiti untuk dirinya.

Isu jihad tiada kena mengena dengan MCA. Sukar juga untuk diterangkan konsep jihad kepada pemimpinnya yang aqidah pun tidak betul.

Dalam konteks di Malaysia, PAS memilih berjihad secara 'muwajahah silmiyyah' iaitu perjuangan mendapatkan kuasa melalui cara yang aman. Tegasnya adalah melalui sistem demokrasi. Jika ada yang enggan memilih kaedah yang diguna pakai oleh PAS, tiada masalah. Mereka boleh berada di luar PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan serta memecat mana-mana ahlinya yang terlibat di dalam apa jua bentuk aktiviti yang bertentangan dengan prinsip perjuangan yang didokongi PAS selama ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan bahawa pendekatan politik yang diambil PAS di negara ini adalah secara aman dengan terus terlibat dalam proses pilihan raya dan demokrasi walaupun ianya tempang dan tidak adil.

Berhubung isu di Syria, Presiden PAS juga pernah menghuraikan dengan mendalam situasi yang begitu kompleks di sana. Beliau mengambil sikap berhati-hati dan menjauhi dari memihak kepada mana-mana kumpulan, lantaran tidak mahu menjayakan agenda musuh Islam khususnya Barat untuk memecahbelahkan umat Islam sejagat. Sikap tersebut boleh difahami dengan jelas dalam tulisan mahupun ucapannya.

Keputusan seorang anggota PAS melepaskan kedudukannya dalam PAS sebelum pergi berjihad di Syria adalah tindakan yang tepat kerana dia tiada mengena lagi dengan apa-apa tanggung jawab dalam PAS.

Justeru, penglibatannya tidak perlu dikaitkan dengan PAS untuk tujuan mengaburi mata masyarakat umum bahawa PAS menyokong militan. Elok kerajaan BN mencari isu lain untuk memburukkan pondok atau PAS.

Pondok militan: Mashitah buat kenyataan 'cari pasal

Posted: 06 Jul 2014 08:20 PM PDT

Oleh AHMAD TARMIZI SULAIMAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Umno Dr Mashitah Ibrahim berhubung isu militan.Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

 Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi.
Kata beliau juga, ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan'jihad'yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai 'kenyataan cari pasal' yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan beliau ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan sedangkan kumpulan kongsi gelap yang mengganas dalam negara dibiar berleluasa.
Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran Umno sehinggakan beliau menegur dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu.

Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa judi loteri adalah haram.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi lagi.

Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini.

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.

Pandangan Dr Mashitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Kesucian Ramadan terus dicemari

Posted: 06 Jul 2014 08:12 PM PDT

BAITULMAQDIS - Genap seminggu umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa,
kesucian bulan Ramadan terus dicemari keganasan, konflik dan penindasan yang masih berlanjutan di beberapa negara Islam.

Di Gaza, penindasan rejim Israel ke rakyat Palestin semakin berleluasa apabila kejadian terbaharu menunjukkan rakaman seorang remaja dipukul teruk oleh tentera rejim Zionis tersebar luas di Internet.

Mangsa, Tareq Abu Khudair, 15, merupakan rakyat Amerika Syarikat, dipukul dengan kejam oleh sekumpulan askar Israel hanya kerana menyertai bantahan bagi menuntut bela atas kematian sepupunya, Mohammed Abu Khudair yang mati dibunuh dan dibakar oleh pelampau Yahudi kira-kira tiga hari lalu.

Bapa Tareq, Salah el-Din Abu Khudair berkata, anak lelakinya tidak terlibat dalam pertempuran dan hanya memerhatikan bantahan.

"Usia anak saya baru 15 tahun. Adakah dia berbahaya atau memegang pistol?

"Adakah kamu (tentera Israel) menjumpai pistol atau batu padanya sehingga sanggup membelasah anak saya dengan teruk," katanya.

Dalam kejadian berasingan, penduduk Palestin meneruskan ibadah puasa mereka seperti biasa walaupun tentera udara Israel menggempur kira-kira 10 lokasi yang didakwa digunakan oleh pejuang Hamas di Genting Gaza sebagai membalas serangan roket dari wilayah tersebut.

Di Nigeria, sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh termasuk enam askar apabila pihak tentera menghalang serangan militan Boko Haram di pangkalan tentera di Damboa di negeri Borno ketika kebanyakan polis dan anggota tentera keluar meronda.

Di Syria, lapan orang daripada keluarga yang sama maut, apabila tentera pimpinan Bashar al-Assad melancarkan serangan udara ke atas pekan Dael di wilayah Daraa selain kematian enam kanak-kanak akibat pertempuran di sempadan kawasan yang dikuasai tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Sementara itu di Iraq, ketua militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi membuat penampilan umum pertama dan menyeru umat Islam patuh kepadanya ketika 10 penduduk Kurdis di sebuah kampung dekat wilayah semi-autonomi Kurdistan.

Ancaman ISIL juga dikhuatiri merebak ke Arab Saudi apabila dua militan dipercayai anggota al-Qaeda meletupkan diri di sebuah bangunan kerajaan di selatan negara ini, serangan pengganas pertama sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, penduduk Islam di Myanmar juga berdepan krisis agama paling buruk apabila rusuhan di Mandalay menyaksikan pihak polis hanya mendiamkan diri apabila penganut Buddha bertindak ganas membakar sekolah agama dan beberapa bangunan lain serta menyerang masjid ketika solat tarawih berlangsung.

Saksi kejadian berkata, perusuh turut membawa senjata berbahaya termasuk kayu, batang besi dan gergaji, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. - REUTERS/AFP/DPA

Jurucakap Brazil digantung tiga perlawanan

Posted: 06 Jul 2014 08:08 PM PDT

RIO DE JANEIRO - FIFA semalam menggantung kehadiran jurucakap media pasukan Brazil sebanyak tiga perlawanan kerana memukul pemain Chile ketika perlawanan Piala Dunia berlangsung.
Rodrigo Paiva yang merupakan pakar media telah memukul Mauricio Pinilla di dalam terowong stadium ketika separuh masa kedua perlawanan pusingan kedua Ahad lepas.

Paiva diharamkan untuk hadir ke stadium sebanyak tiga perlawanan dan didenda 10,000 Swiss franc (RM35,605), menurut kenyataan FIFA.

Dia telah menjalani penggantungan sebanyak satu perlawanan, namun hukuman itu bermakna dia tidak akan dibenarkan untuk menghadiri baki perlawanan walaupun jika pasukan tuan rumah berjaya mara ke perlawanan akhir.

Jurucakap media pasukan Chile, Maria Jose berkata rakan sejawatannya itu telah memukul Pinilla.
Paiva pula memberitahu media Brazil bahawa berlaku tolak menolak antara kedua-dua pihak ketika kedua-dua pasukan meninggalkan padang. - AFP

SEMARAK KASIH RAMADHAN 1435H

Posted: 03 Jul 2014 07:56 PM PDT























































Program Ziarah bersama Dr Rohani Abd Muttalib dan Ust. Zulhazmi Hj. Osman

Posted: 03 Jul 2014 06:58 PM PDT




























Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kubang Pasu Kali Ke 38

Posted: 21 Jun 2014 07:32 PM PDT



























































































































0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan