Pengikut

Nuffnang

Selasa, 22 Julai 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


Terjah Sahur : Kreativiti Mencipta Program Baru, Mendekatkan Masyarakat Dengan PAS

Posted: 22 Jul 2014 07:49 AM PDT

DUNGUN, 22 Julai 2014 - Dalam suasana aman yang memerlukan kepakaran dan kebijaksanaan merancang ketika masih berada di bawah penguasaan musuh, maka sebarang bentuk kreativiti hendaklah dicipta terutamanya dalam menghasilkan pendekatan baru yang boleh membawa masyarakat lebih mengenali sesuatu perjuangan.

Golongan pemuda yang masih mempunyai segala kekuatan sewajarnya lebih terkedepan dalam hal ini, dengan aqal yang masih muda dan kuat, keazaman yang kuat untuk melihat Islam didaulatkan, ditambah dengan niat yang ikhlas mengharapkan redhaNya, mudah-mudahan inilah pemuda yang digambarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quranul Karim, yang bermaksud :-

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.(Al-Kahfi 18:13) 
"Maka program Terjah Sahur yang dicipta oleh Pemuda DUN Sura ini, diharap dapat mendekatkan lagi masyarakat untuk mengenali PAS, lebih-lebih lagi pihak pemuda baru sahaja selesai dengan programtahunannya, Pemuda BersamaMu 10.0 yang telah pun mempunyai trademarknya yang tersendiri", demikian pandangan ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik yang turut bersama program 'Terjah Sahur' yang dianjurkan Pemuda DUN Sura, awal pagi tadi. 
Program 'Terjah Sahur' yang diadakan julung kalinya ini mensasarkan pengawal keselamatan di sekolah-sekolah sekitar DUN Sura, di sini.

Juadah sahur yang disediakan ialah nasi goreng ayam, sebekas biskut raya dan air minuman.

Seramai 26 orang pengawal keselamatan disantuni oleh ADUN Sura bersama para petugas squad Pemuda BersamaMu yang melibatkan 11 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah sekitar DUN Sura.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan