Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 12 Julai 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

Posted: 11 Jul 2014 09:17 AM PDT

DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
11 Julai 2014
Perkarangan masjid Padang Temusu

Kami yang menghadiri Solidariti Untuk Gaza pada hari ini di Masjid Padang Temusu bertarikh 11 Julai 2014 bertekad dan bersatu hati untuk bersama -sama mengutuk tindakan kejam dan zalim yang sedang di lakukan oleh regim Zionis di Gaza.


 Kami sebagai umat islam juga amat marah dan kesal dengan serangan yang seolah-olah sengaja dilakukan pada bulan Ramadhan, bulan di mana umat islam diuji dengan lapar dan dahaga. Ini jelas menunjukkan yahudi Laknatullah kekal sebagai bangsa biadab sepanjang peradaban manusia.

Kami ingin menjelaskan secara jelas kepada masyarakat bahawa kini Israel yang telah melancaran perang " Operation Protective Edge " dalam bulan Ramadhan tahun ini. Serangan udara yang tidak mengenal warga awam kini membunuh lebih angkat yang kian meningkat di kalangan orang rakyat Gaza dan mencedera ratusan orang.









Jika pada tahun 2012 Yahudi laknat ini juga telah melancarkan oeprasi Pillar Of Defense yang mengorbankan ramai pemimpin HAMAS kini hal yang sama cuba dilakukan.

Kami juga sedar dengan pengakuan jurucakap Rumah Putih Amerika Syarikat yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Israel itu menjadikan operasi penghapusan Muslim di Gaza akan berlaku dengan lebih lancar tanpa sekatan mana-mana pihak lagi.





Serangan ke atas Gaza dijangka akan berlarutan kerana Perdana Menteri Israel , Benjamin Natanyahu telah mengumumkan bahawa operasi Israel akan berterusan untuk menghapuskan Hamas .

Dengan semangat persaudaraan seAqidah dan semangat mempertahan negara yang memili Kiblat Pertama umat Islam ini kami menegaskan bahawa:

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannyatermasuk perumahan haram di tebing Barat.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBBserta mempertahankan diri mereka apabila kerap kali jumlah penculikan anak-anak Palestin semakin bertambah kian hari. Penculikan oleh regim Zionis ini seolah-olah mencabar kesabaran kita.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan selama ini di kalangan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4- Mengutuk PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besartambahan pula dengan okongan White House terhadap misi terkini Israel.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummahdan jangan hanya khayal dengan Piala Dunia semata-mata.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk membantu Umat Islam di Gaza dan Tebing Barat.

7- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

8- Menggesa Parlimen Malaysia untuk membawa usul mengutuk tindakan Israel ini secara keras.


9- Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan