Pengikut

Nuffnang

Selasa, 29 Julai 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


PERUTUSAN PRESIDEN :Ramadan ditinggalkan, gerun kebesaran Allah

Posted: 28 Jul 2014 10:26 PM PDT

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…

 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud; "Dan kamu hendaklah menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadan dengan sempurnanya dan cukup mengikut masa dan harinya, dan kamu juga hendaklah membesarkan dan memuliakan Allah dengan takbir, tasbih dan tahmid, kerana mengenangkan kurnia Allah yang tidak terhingga dengan nikmat menjadi orang-orang Islam. Dan mengerjakan ibadat secara Islam supaya kamu termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur". Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saudara-saudari yang dikasihi sekalian. Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri setelah kita selesai menunaikan ibadat puasa yang diwajibkan oleh Allah di bulan Ramadan. 


Bulan kita semua dijemput menjadi tetamu Allah SWT dengan hidangan rohani dan jasmani bagi menguatkan diri kita, jasad dan roh serta menjadi orang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT. Dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Bersedia untuk mengikut segala petunjuk yang terkandung di dalam al-Quran Karim dengan beriman dan yakin kepada ketuhanan kebesaran dan kemuliaan Allah SWT, yang tiada tandingan dan tiada bandingan bagi meneruskan perjuangan menegakkan agama Islam ini, supaya menjadi agama yang berdaulat, agama yang memerintah, agama yang sebenarnya membawa rahmat kerana Islam adalah rahmat dari Allah SWT kepada seluruh manusia. Hukumnya yang adil, hukumnya yang bijaksana dari Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Islam menjadi penyelamat kepada seluruh manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Pelbagai bangsa dan puak sepanjang zaman, tempat kerana Islam adalah ciptaan Tuhan seluruh alam ini. Bukan sahaja manusia, tempat termasuklah masa dan zaman. Maka, yakinlah kita dengan petunjuk Allah ini setelah kita meninggalkan Ramadan dengan rasa gerun kepada kebesaran Allah SWT. Maka, kita menganggap kuasa-kuasa besar dunia dan pengikut-pengikut mereka yang menghalang cita-cita Islam ini adalah terlalu kecil di hadapan kebesaran Allah SWT. 

Marilah, kita merasa Izzah, merasa kemuliaan dan kehebatan bersama dengan Islam. Khususnya ketika umat Islam menghadapi cabaran yang menguji mereka apabila saudara-saudara kita seIslam diserang bertubi-tubi di Gaza (Palestin). Dihujani dengan serangan di udara, darat dan laut dalam satu kawasan yang kecil. Mereka tegak bersama dengan Iman dan keyakinan kepada Islam, dan kepada Allah SWT. Mereka adalah kumpulan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud "Akan tetap ada di kalangan umat aku satu kumpulan yang berdiri berjuang menegakkan kebenaran agama Allah. Mereka tidak boleh dikalahkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah SWT, yang berakhir dengan kemenangan Islam. 

Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW, siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah SAW, "Mereka ialah penduduk-penduduk Baitul Maqdis dan yang mengelilingi Baitul Maqdis". Mereka adalah kumpulan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW yang bercakap dengan benar, bercakap dengan wahyu, bercakap dengan ilham dan petunjuk yang benar daripada Allah SWT. Maka, binasalah orang-orang yang membiarkan mereka, orang-orang yang mengecewakan mereka di keliling bumi Gaza, di keliling bumi Palestin, di keliling Masjidil Aqsa yang tidak membuat apa-apa kenyataan. Mereka diam membisu walau pun dalam keadaan mengaku sebagai orang-orang Islam dan penganut Islam, tetapi merasakan kuasa-kuasa besar dunia lebih hebat dari Allah SWT. 

 Ada pun kita orang-orang yang beriman mestilah menganggap ini adalah satu ujian dari Allah SWT untuk menapis umat Islam di akhir zaman ini. Siapakah yang benar-benar beriman secara ikhlas, siapa yang cakapnya beriman tetapi bohong. Inilah firman Allah SWT yang bermaksud; "Adakah kamu mengira kamu dapat masuk Syurga dengan percuma. Padahal belum lagi datang kepada kamu ujian kesengsaraan yang penderitaan yang dialami oleh umat lebih dahulu daripada kamu. Mereka digoncang dengan kehebat-hebatnya sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersama dengannya. Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah, ingatlah pertolongan Allah itu terlalu hampir dan pertolongan Allah pasti datang".

 Perkara yang akan datang adalah dekat sekiranya kita beriman, yakin dan percaya. Marilah seluruh umat Islam menguatkan saf mereka, merapatkan persaudaraan mereka dan menyatukan kedudukan mereka, menyelesaikan pertelingkahan yang dialami sesama umat Islam. Menghindarkan fitnah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di akhir zaman. "Jangan kamu menyeleweng selepas aku wafat nanti kamu bunuh-membunuh di antara satu sama lain". Marilah, kita melihat fitnah yang dilanda umat Islam di akhir zaman ini sehingga jumlah orang Islam yang dibunuh sesama Islam di bumi Islam lebih ramai dari mangsa di Gaza, mangsa di Palestin dan mangsa umat Islam yang dibunuh oleh musuh kalangan yang bukan Islam. 

 Di manakah kesilapannya, mari kita muhasabah diri sebelum kita dihisab di hadapan Allah SWT. Dengan kita kembali kepada Islam petunjuk Allah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, yang dinyatakan oleh sabdanya bermaksud; "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selepas aku (wafat) selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnahku". Ajaran Rasulullah SAW dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta'ala, petunjuk yang menyatukan umat Islam dan berpeganglah kamu semua dengan tali agama Allah, jangan kamu berpecah belah dan bercerai-berai. 

 Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 
 DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

PERUTUSAN MURSYIDUL AM : HANYA AGAMA MAMPU KAWAL MANUSIA

Posted: 28 Jul 2014 10:22 PM PDT

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. 

 KETIKA kita berada di penghujung Ramadan kebiasaannya anak-anak kecil yang paling seronok. Mereka seronok untuk merayakan Hari Raya dengan berpakaian baru, dapat duit raya dan macam-macam lagi. Mereka suka dan gembira sesuai dengan keadaan mereka yang masih kecil. Namun malangnya ada juga kalangan orang yang sudah akil baligh pun berperangai serupa juga. Keseronokan bagi mereka kerana tidak perlu berlapar lagi dan tak perlu acap kali berulang alik ke masjid. Lebih malang lagi kalau ada juga orang tua yang berumur turut berfikir macam itu. Sebaliknya berbeza dengan orang berumur yang menghayati agama, mereka akan risau dan dukacita berada di detik-detik akhir Ramadan kerana peluang untuk menambah pahala akan berakhir. Apabila berakhir Ramadan habislah peluang menambah pahala berkali ganda yang ditawarkan Allah SWT. Ketika di atas dunia sekarang kita hendak duit untuk membeli segala keperluan hidup. Duit pun tidak sama antara satu negara dengan negara lain. 


 Begitu juga dengan negeri akhirat, duit berlainan digunakan yang dipanggil pahala. Pahala akan berguna apabila manusia masuk ke dalam lubang kubur sehinggalah kebangkitan semula di Padang Mahsyar kelak. Di Padang Mahsyar anak, isteri, suami, pangkat dan darjat kebesaran tidak berguna satu sen pun. Apa yang manusia harapkan ialah syafaat daripada Nabi Muhammad saw. Persoalannya sekarang adakah Nabi Muhammad kenal siapa kita. Ini kerana ketika itu berbilion manusia dibangkitkan sejak zaman Nabi Adam as sehingga Nabi Muhammad saw. Manusia terlalu ramai. Jadi ketika kita masih bernafas lagi sekarang hendaklah menggunakan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menggandakan pahala. Intisari kita berpuasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Berbeza berbanding dengan amalan solat, orang boleh nampak. 

Begitu juga memberi zakat, orang lain juga nampak apa yang kita lakukan. Puasa orang lain tidak tahu. Puasa merupakan amalan yang tidak dapat dilihat sesiapa pun kecuali Allah SWT. Ramadan melatih diri kita biar pun letih dan lapar, kita tidak akan makan kerana berpuasa. Inilah yang dimaksudkan falsafah penyertaaan Allah dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Tiada sistem atau ideologi yang mampu mengawal manusia kecuali Islam. Sekian. Wasalam. 

 Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 
 Tuan Guru Datuk Nik Aziz Abdul Aziz Nik Mat

ISU MB SELANGOR : BERHENTI BINCANG LUAR MESYUARAT

Posted: 28 Jul 2014 10:16 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti. Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka. "Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti," ujarnya kepada Harakahdaily di sini. 


 Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS. "Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah," ujar beliau lagi. Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum. "Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu," jelasnya. Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

TIADA AIDILFITRI BUAT RAKYAT GAZA

Posted: 28 Jul 2014 10:12 PM PDT

Tiada istilah Aidilfitri untuk rakyat Gaza pada tahun ini. Kehilangan lebih 800 rakyat Palestin yang gugur syahid selepas tercetusnya Perang 10 Ramadan sudah cukup menggambarkan betapa perit hari raya kali ini untuk warga Palestin. Suasana hari raya juga tidak kelihatan di Palestin, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang masih meriah dengan kerlipan lampu serta ketawa riang kanak-kanak kecil menjelang takbir raya yang berkumandang hari ini. Aidilfitri di Palestin pada tahun ini dilinangi air mata anak-anak kecil Palestin yang kehilangan orang dicintai, berikutan kemanusiaan sudah tercabul sejak tercetusnya perang ini dan yang tinggal hanya luka kesedihan akibat tindakan tidak prikemanusiaan tentera Israel yang membedil Bandar Gaza tanpa belas kasihan. Biarpun berlakunya genjatan senjata sementara antara Hamas dan Israel bertujuan untuk menghormati Aidilfitri, namun keadaannya pasti tidak sama.


 Rakyat Palestin tiada 'nafsu' untuk merayakannya kerana sudah terlalu banyak kehilangan.  Israel kembali menyerang awal semalam selepas Hamas didakwa mencabuli gencatan senjata dengan melancarkan misil. Jika di Malaysia, anak-anak kecil sedang girang bergembira bersama sanak saudara menyambut Aidilfitri, namun keadaannya sangat berbeza di Palestin dan kanak-kanak kecil di sini hanya mengharapkan keamanan. selain linangan air mata yang bercucuran. Ini suasana Palestin ketika ini. Saya turut bersedih dengan setiap kehilangan, setiap gugurnya rakyat Palestin dan setiap terhakisnya kemanusiaan yang jelas terlihat sepanjang Perang 10 Ramadan ini. Saya sememangnya bersedih bukan kerana berkongsi kesedihan dengan mereka, tetapi saya turut merasa kehilangan apabila beberapa rakan karib saya turut gugur dalam menegakkan satu perjuangan yang dipanggil keadilan.

 Ahmad Bala'wi dan Ali Seyam. Itu antara dua nama yang juga sahabat saya yang gugur syahid. Mereka dekat di hati saya, mereka kerap saya temui, berbual mesra, bergurau senda, bercerita perihal Palestin dan perjuangan. Namun mereka sudah tiada, sudah mengadap Allah Yang Esa. Jauh di sudut hati saya, mereka amat dirindui, bukan saja kepada saya, malah kepada rakyat Palestin kerana biarpun negara mereka ditindas, dikoyak-koyak oleh rejim Zionis, namun hati mereka seputih salju.

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

Posted: 28 Jul 2014 10:11 PM PDT


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan