Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 11 Julai 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Jom Mulakan Dari Sekarang !!

Posted: 11 Jul 2014 07:55 AM PDT


PAS KECAM SERANGAN ZIONIS TERHADAP PALESTIN

Posted: 11 Jul 2014 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras tindakan kejam tentera zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin sejak minggu lalu sehingga mengakibatkan puluhan syahid termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS melahirkan rasa dukacita dan simpati yang tinggi di atas apa yang menimpa saudara Islam di Palestin. 

Sehubungan itu katanya, PAS mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin ketika ini. "Kita minta supaya semua majlis kita khususnya Tarawih untuk baca Qunut Nazilah. Walaupun tradisi qunut selepas hari 15, tapi kita minta terus buat.


 "Kita adakan solat hajat khas mendoakan keselamatan saudara kita dan semoga Allah hancurkan kejahatan musuhnya," katanya kepada Harakahdaily. Selain itu, PAS juga ujarnya membantah sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia yang seperti merelakan pembunuhan berlaku di hadapan mata. Tegasnya, tanpa sebarang tekanan dari kuasa-kuasa besar ini maka lebih ramai jiwa akan terkorban di bumi Gaza itu.

 "Kita akan mengadakan satu himpunan bagi membantah kekejaman Israel dan sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia terhadap apa berlaku di Gaza," tambah beliau lagi. Bagaimanapun tarikh perhimpunan itu ujarnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, PAS juga turut melancarkan tabung khas bagi membantu saudara Islam di sana

Gerakkan Mobilisasi Sedunia Sokong Gaza

Posted: 11 Jul 2014 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa satu mobilisasi di seluruh dunia digerakkan dalam apa jua bentuk bagi menyokong pertahanan Gaza, Palestin. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menyeru agar kempen Boikot, Alih Pelaburan, Sekatan (BDS) dilancarkan terhadap Israel secara intensif oleh masyarakat di seluruh dunia. "Israel perlu dihukum seberat-beratnya melalui penguatkuasaan sekatan ekonomi dan sosial. 


 "Kita juga menyeru semua agensi-agensi antarabangsa untuk tidak mengulangi kesilapan dengan menunggu serangan tentera Israel dihentikan atas kehendak mereka sendiri, sebaliknya pencerobohan tentera rejim Zionis itu perlu dihentikan dengan kekerasan," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Mohd Azmi berkata, Gaza kini menjadi zon pembunuhan yang dikenali sebagai 'operation protective edge' Beliau berkata, setakat ini, tiada kerajaan yang tegas memberi tekanan kepada Israel dan tiada satu negara mempunyai keberanian menghukum Israel secara langsung untuk memaksa ia menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu. "Bagi mengekang keganasan Israel, tindak balas ketenteraan tidak dapat dielakkan," katanya.

KEJUTAN ALQASSAM GUSARKAN ZIONIS

Posted: 11 Jul 2014 07:22 AM PDT

Tiap kali Gaza diserang, kita akan dihidangkan dengan berita teknologi dan strategi terbaru Pasukan al-Qassam. Jika 2012 dulu dengan roket M75, tahun 2014 kini kita dikhabarkan dengan pasukan Komando Amfibia al-Qassam. Pandang dari sudut lain, bagaimana dengan tekanan dan sekatan, mereka mampu membangungkan teknologi baru dalam memperkuatkan pasukan tentera mereka.

 Mungkin ibrah dan semangat as-Syahid Yahya Ayyash (el-Muhandis), graduan kejuruteraan Elektrik. Merekacipta dalam keterbatasan. Khas untuk ummah. Dan insyaAllah, kemenangan juga pasti untuk pasukan al-Qassam dalam pentempuran kali ini. Sama seperti 2012 lepas. Hasil bantuan Allah SWT  dan usaha berterusan para pengkaji dan jurutera mereka. Sekadar muhasabah untuk kita, para jurutera.

Posted: 11 Jul 2014 07:17 AM PDT

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah panggilan telefon dari negara-negara Timur dan juga Barat meminta agar Palestin berdamai dengan Israel. Khalid Meshaall membalas, yang seharusnya diminta untuk berdamai adalah Israel, sebab merekalah yang memulakan serangan terlebih dahulu. Pasukan pejuang dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk membela diri mereka.

 "Maka kami katakan kepada pihak-pihak yang meminta kami untuk berdamai, mundurlah kalian semua ke belakang", tegasnya. Beliau mengatakan bahawa perang ini wajib untuk kami lakukan. Berilah kami kesempatan. Kami tidak melakukan apapun kecuali hanya membela diri. Kami telah memenangkan pertempuran dalam dua perang yang sebelumnya, kerana Allah bersama dengan kami.

 "Kami akan terus melakukan tanggungjawab kami selaku Muslim demi membela tanah Al-Aqsa, tanahair kami, meskipun kami harus bersendirian!" katanya lagi... Allahuakbar!!! sumber : Green Project

SIKAP MEMBISU ARAB LEBIH DAHSYAT DARI SERANGAN ISRAEL:

Posted: 11 Jul 2014 07:15 AM PDT

 HAMAS Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhry ketika dihubungi oleh stesen televisyen "Al-Aqsa": 

1) Menyeru negara Arab untuk menyokong Gaza dan menambah, tindakan membisu masyarakat Arab dan Islam adalah "lebih besar pukulan" kepada Gaza berbanding serangan dari Zionis Israel itu sendiri. 

2) Beliau menyifatkan pembukaan pintu sempadan Rafah oleh pihak berkuasa Mesir hari ini sebagai "tidak memadai" kerana ia tidak membawa kepada pembukaan pintu sempadan itu sepenuhnya.


 3) Ditanya berkaitan desas-desus gencatan senjata, beliau dengan tegas berkata "tiada apa yang dinamakan gencatan senjata" bahkan HAMAS akan meneruskan tentangan berterusan kepada Israel.

 4) HAMAS menyalahkan PBB sebagai badan dunia terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Zionis Israel dan dunia dapat saksikan bagaimana kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman Yahudi. 

5) HAMAS tidak akan rugi apa-apa dan akan menyertai perang ini dengan segala kekuatan dan kata beliau "rakyat kami hidup di atas tanah dan berjuang dengan penuh berani sedangkan rakyat Israel hidup di bawah tanah ketakutan dengan serangan roket kami." 

Sumber: Ikhwanonline.com

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan