Pengikut

Nuffnang

Rabu, 9 Julai 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Berhati - hati Sebelum Raya

Posted: 09 Jul 2014 07:16 AM PDT

BANDARAYA MELAKA - Sindiket gores dan menang dilihat semakin aktif kini berikutan kebanjiran orang ramai di pusat-pusat membeli-belah menjelang ketibaan Hari Raya. Dengan menjadikan tempat letak kereta pusat membeli-belah ini sebagai kawasan operasi, mereka dikatakan sering menyasarkan golongan berumur. Menyedari tindakan ahli sindiket yang kini kembali aktif telah menyebabkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka mempertingkatkan operasi dan pemantauan sepanjang bulan Ramadan ini. 


 Penolong Pengarahnya, Mohd Tarmizi Rashid berkata, pihaknya juga banyak menerima aduan mengenai tindakan berani ahli sindiket yang kembali aktif pada bulan Ramadan ini. Menurutnya, pihak KPDNKK sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan dalam usaha menangani gejala ini serta mengelaknya dari terus merebak. "Sebelum ini kita berjaya menangani masalah ini di kawasan Ayer Keroh dan kini kita akan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan lain pula. "Selain itu kita juga telah mempertingkatkan operasi sempena Ramadan ini kerana ramai ahli sindiket yang turut mengambil kesempatan kebanjiran orang ramai di pusat membeli-belah untuk menjalankan aktiviti mereka," katanya di sini semalam.

 Menurut Mohd Tarmizi, golongan berumur seperti pesara dan suri rumah merupakan golongan yang sering di sasar ahli sindiket. Menurutnya, walaupun isu ini banyak didedahkan media, namun masih ramai yang terus menjadi mangsa kerana didorong sikap mangsa yang mudah percaya dakyah ahli sindiket. "Di pihak KPDNKK, selain mengambil tindakan terhadap sindiket ini, kita akan terus berusaha membantu mereka yang menjadi mangsa," katanya. Difahamkan, ahli sindiket juga kini kian berani dalam menjalankan aktiviti mereka di mana sebilangan mereka didakwa akan terus menghampiri kereta mangsa sebelum menghalang mangsa dari menutup pintu kereta dan beredar.

 Sementara itu, polis Melaka berjaya menahan empat wanita berusia antara 18 dan 31 tahun di kawasan Melaka Sentral akhir bulan lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti gores dan menang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintendan Ee Khong Koy, yang mengesahkan tangkapan itu berkata, polis akan terus berusaha menangani masalah ini, termasuk menyerbu kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan ahli sindiket beroperasi.

Nama 23 syuhada yang dibedil zionis Israel

Posted: 09 Jul 2014 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: 23 nama daripada yang gugur syahid akibat serangan tentera zionis Israel ke atas penempatan rakyat Palestin di Gaza sejak Isnin lalu disebar di internet.Daripada senarai itu, tiga darinya adalah kanak-kanak masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun.

Berikut nama-nama mereka yang syahid tersebut.


Sejak Isnin lalu, tentera zioni Israel melancarkan serangan agresif kepada penempatan Palestin mengakibatkan puluhan maut dan ratusan cedera.Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit.

Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza.Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital. Sementara itu umat Islam diseluruh dunia digesa berdoa supaya Allah menyelamatkan penduduk Palestin dari perancangan jahat musuh-musuh-Nya.

Gaza berdarah lagi, bedilan maut di kala sahur

Posted: 09 Jul 2014 07:08 AM PDT

GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah bergolak itu. Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel. Tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti. 

 Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit. Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan.

PENDUDUK LEGA TERIMA BEKALAN AIR BERSIH

Posted: 08 Jul 2014 09:50 AM PDT

MERLIMAU - Penduduk yang tinggal di kawasan air terjejas akibat pencemaran loji Lanchang melahirkan kelegaan dan bersyukur apabila mula menerima bekalan air bersih seperti biasa sejak dua hari lalu. Penduduk, S Nalina, 58, berkata, sejak dilanda krisis air, dia terpaksa menghabiskan masa menunggu bekalan air dari lori tangki Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) disebabkan tekanan air di kawasan perumahan rendah. Menurutnya, walaupun telah mendapat bekalan air bersih namun jumlah air yang diterimanya terlalu sedikit dan dipercayai tekanan air yang rendah terutama pada waktu puncak petang dan pagi. "Sekarang saya rasa lega apabila sudah dapat air bersih berbanding sebelum ini dan saya tidak risau lagi.  


"Tapi bekalan air yang kami dapat kadang-kala tekanannya begitu rendah, nak cuci pakaian dan pinggan-mangkuk terpaksa tunggu lama dan saya harap masalah tekanan air rendah dapat diselesaikan segera," katanya. Penuntut Politeknik Merlimau, Farhan Md Nor, 23, dia tidak bimbang kerana bekalan air bersih ke rumahnya sudah seperti biasa. Menurutnya, dia bersama lima teman serumah yang menyewa di Taman Muhibbah turut merasai kesulitan akibat krisis air sehingga mereka terpaksa membeli air mineral dalam bilangan yang banyak. "Alhamdulillah sekarang dah dapat air bersih dan tiada masalah lagi. Kami menyewa ramai, kalau tak ada air memang membebankan, nasib masalah ini tidak berlanjutan dalam tempoh yang lama," katanya.

 Pengusaha kedai makan di Medan Selera Merlimau Point, Syukur Dolah, 31, berkata, keadaan telah kembali normal dan memudahkannya untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa menadah air dan menunggu lori tangki namun sekarang tidak lagi malah air yang disalurkan juga terjamin kualitinya. "Dah dua hari lalu, bekalan air bersih mula dibekalkan dan setakat ini memang tak ada masalah, malah saya juga boleh berniaga seperti biasa," katanya.

Peraturan Gila Kerajaan Kudeta Mesir Menjelang Ramadan

Posted: 08 Jul 2014 09:47 AM PDT

Berikut peraturan yang dibuat oleh kementerian agama Mesir yang diringkaskan melalui noktah-noktah berikut: 

1) Mengarah masjid-masjid kecil (biasanya berada di bawah bangunan-bangunan kediaman yang dikenali sebagai "Zawiyah") yang luasnya kurang daripada 80 meter ditutup dan jumlahnya sebanyak 20,000 buah di seluruh negara. Wilayah Iskandariah mencatatkan jumlah masjid kecil (zawiyah) paling banyak ditutup iaitu 909 buah diikuti Kaherah 400 buah.

 2) Melarang sebahagian masjid-masjid besar menunaikan solat Jumaat atas alasan "mengelakkan digunakan untuk tujuan berpolitik". Akibatnya ia menyulitkan umat Islam terutama yang keuzuran dan kurang upaya untuk menunaikan solat Jumaat yang jauh dari kediaman mereka. 


 3) Mewajibkan khatib dan imam masjid merupakan graduan Universiti Al-Azhar. Syarat ini menyukarkan bagi masjid-masjid kecil untuk memenuhi syarat tersebut kerana kebiasaan bagi Arab, walaupun mereka dari bidang pengajian akademik seperti jurutera dan pakar perubatan tetapi mereka mendalami ilmu agama sejak kecil bahkan terkenal dengan keilmuannya. Sebagai contoh, sebuah kawasan El-'Ajami dalam wilayah Iskandariah, sebanyak 12 buah masjid ditutup kerana tidak memenuhi syarat ini. 


 4) Melarang sesiapa jua menyampaikan kuliah atau khutbah tanpa keizinan kementerian. Pihak penguatkuasa agama diberikan kuasa menangkap sesiapa jua yang bertentangan dengan peraturan ini dan akan dikenakan denda LE 50,000 serta setahun penjara. 

 5) Untuk amalan iktikaf dalam bulan Ramadhan di mana-mana masjid, mestilah orang yang beriktikaf itu dikenali oleh pihak pentadbiran masjid.

 6) Orang yang beriktikaf hanya boleh beriktikaf di masjid mukim dan kampungnya sahaja. 

 7) Hanya masjid-masjid yang diluluskan oleh kementerian sahaja dibenarkan untuk beriktikaf yang akan disiarkan melalui web kementerian. 

 8) Melarang sebarang stiker atau slogan berbentuk keagamaan termasuk galakkan untuk berselawat ke atas Nabi. 

 9) Melarang para imam mendoakan laknat ke atas orang-orang zalim, membacakan ayat-ayat Al-Quran berkaitannya dan menyampaikan kuliah yang menyentuh perihal orang-orang yang zalim di masjid-masjid.

SETAHUN BERLALU "PEMBUNUHAN SOLAT SUBUH"

Posted: 08 Jul 2014 09:43 AM PDT

Hari ini tanggal 8 Julai 2014 genap setahun berlakunya "Pembunuhan Solat Subuh" di hadapan Bangunan Pengawal Republik, Kaherah. Tragedi berdarah yang kejam itu berlaku sekitar jam 4.45 pagi waktu tempatan tatkala ribuan penyokong Presiden Mohammad Morsi menunaikan solat Subuh di kawasan lapang hadapan Bangunan Pengawal Republik, iaitu salah sebuah unit di dalam Majlis Tentera yang bertugas sebagai mengawal keselamatan Presiden negara. Sejak bermula rampasan kuasa 3 Julai 2013,
kehilangan Presiden Morsi menjadi tanda tanya rakyat di mana tentera menyembunyikan Presiden mereka. Antara maklumat yang mereka perolehi iaitu Morsi disembunyikan di bangunan tersebut. Maka hadapan Bangunan Pengawal Republik dijadikan lokasi baru tempat himpunan mereka selain dataran Rabiah dan Nahdhah. Ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh pagi 8 Julai 2013, mereka dikejutkan dengan serangan pasukan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup di saat mereka sedang tersungkur sujud menyembah Allah yang mengorbankan 61 orang dan 435 yang lain cedera, demikian mengikut angka rasmi Kementerian Kesihatan. Daripada mangsa korban itu, 8 orang merupakan muslimat dan 4 adalah kanak-kanak. Walau bagaimanapun isu ini 'berjaya' memperbodohkan penyokong kudeta yang dimainkan oleh media-media jahat kudeta dengan menyebarkan kenyataan rasmi Majlis Tentera "yang terpaksa bertindak menggunakan kekerasan kerana terdapat kumpulan pengganas (terrorist) yang cuba menceroboh bangunan milik tentera itu". Semoga ALLAH merahmati sekalian para syuhada'.

NGO GESA AKTA ORANG PAPA DIMANSUHKAN

Posted: 08 Jul 2014 09:42 AM PDT

PETALING JAYA -Kerajaan hari ini digesa untuk memansuhkan Akta Orang-orang Papa 1977 ke atas warga miskin kota yang mendiami bandaraya Kuala Lumpur. Bercakap dalam sebuah sidang pada hari ini, salah seorang dari Pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais menyifatkan polisi dan undang-undang tersebut digubal hanya untuk menindas dan menambah kesusahan golongan tersebut. "Isu ini baru sahaja mendapat perhatian media dan orang ramai, namun secara hakikatnya golongan ini sudah lama ditindas melalui undang-undang dan polisi yang digubal atas alasan ingin menyelamatkan mereka.
"Akta Orang-orang Papa 1977 telah digunakan untuk menahan warga miskin kota tanpa bicara. Di bawah Akta ini, kerjaaan diberi kuasa untuk menahan dan menangkap warga miskin kota dalam pusat pemulihan secara paksa, mereka tidak mempunyai hak perwakilan undang-undang dan tidak diberi peluang membantah perintah Mahkamah Majistret yang membenarkan kerajaan menahan mereka selama 30 hari, " katanya kepada pemberita hari ini. Dalam pada itu, pihaknya turut menyifatkan Ops Kasih terhadap golongan warga miskin kota yang baru dilancarkan kerajaan tidak ada bezanya dengan operasi lain yang dilancarkan kerajaan sebelum ini. 

 Menurutnya, kewujudan operasi berkenaan menunjukkan seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan kepincangan pentadbiran dan sistem pentadbiran kerajaan dalam menangani isu ini. "Warga miskin kota sepatutnya diberi pilihan dan tindakan susulan yang sesuai bagi mereka yang dirasakan perlu," katanya lagi. Sehubungan dengan itu, pihaknya menyeru kerajaan supaya menyediakan satu sistem sokongan dan kebajikan khas sebagai langkah penambahbaikan untuk golongan tersebut.

Khalifah Jihad langgar syariah

Posted: 08 Jul 2014 09:33 AM PDT

KAHERAH - MESIR. Tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Yusuf Al-Qaradawi membuat pengumuman bahawa pemerintahan Khalifah Islam diwujudkan oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah melanggar undang-undang Syariah. Pengumuman itu dibuat selepas ISIL mengisytiharkan Kerajaan Khilafah Islam di kawasan yang mereka tawan di Iraq dan Syria serta memerintahkan umat Islam di seluruh dunia supaya akur terhadap ketua pemimpin mereka Abu Bakr al-Baghdadi. Dr Yusuf berkata dalam satu kenyataan bahawa pengakuan gerakan itu tidak diakui di bawah undang-undang Syariah. Semalam, pemimpin ISIL Abu Bakr menyeru umat Islam yang mempunyai kemahiran pertahanan, perubatan dan pengurusan supaya datang ke Negara Islam yang baru diisytiharkan untuk berjuang menghapuskan puak Syiah.


 "Mereka boleh berhijrah ke Negara Islam dan menganggapnya sebagai datang ke rumah Islam. Ia adalah satu kewajipan," kata Abu Bakr dalam rakan video sulungnya semalam. Beliau juga merayu supaya hakim-hakim, tentera dan jurutera serta individu yang mempunyai kemahiran supaya datang ke negara baharu yang dinamakan sebagai Negara Islam di bawah undang-undang Kerajaan Khalifah Islam. "Datanglah ke sini kerana saudara-saudara kamu dari seluruh dunia sedang menunggu dan selamatkan mereka," tambahnya lagi menurut laporan Al Arabiya.KAHERAH - MESIR. Tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Yusuf Al-Qaradawi membuat pengumuman bahawa pemerintahan Khalifah Islam diwujudkan oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah melanggar undang-undang Syariah. 

 Pengumuman itu dibuat selepas ISIL mengisytiharkan Kerajaan Khilafah Islam di kawasan yang mereka tawan di Iraq dan Syria serta memerintahkan umat Islam di seluruh dunia supaya akur terhadap ketua pemimpin mereka Abu Bakr al-Baghdadi. Dr Yusuf berkata dalam satu kenyataan bahawa pengakuan gerakan itu tidak diakui di bawah undang-undang Syariah. Semalam, pemimpin ISIL Abu Bakr menyeru umat Islam yang mempunyai kemahiran pertahanan, perubatan dan pengurusan supaya datang ke Negara Islam yang baru diisytiharkan untuk berjuang menghapuskan puak Syiah.

 "Mereka boleh berhijrah ke Negara Islam dan menganggapnya sebagai datang ke rumah Islam. Ia adalah satu kewajipan," kata Abu Bakr dalam rakan video sulungnya semalam. Beliau juga merayu supaya hakim-hakim, tentera dan jurutera serta individu yang mempunyai kemahiran supaya datang ke negara baharu yang dinamakan sebagai Negara Islam di bawah undang-undang Kerajaan Khalifah Islam. "Datanglah ke sini kerana saudara-saudara kamu dari seluruh dunia sedang menunggu dan selamatkan mereka," tambahnya lagi menurut laporan Al Arabiya./sINAR

PAS KECAM TINDAKAN KEJAM ISRAEL

Posted: 08 Jul 2014 09:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera zionis Israel yang bertindak ganas ke atas rakyat Palestin ketika ini menyebabkan lebih 50 rakyat di bumi Gaza itu terbunuh. Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata tindakan ganas Israel menggunakan jet F16, roket, dan kereta kebal untuk menyerang dan memusnahkan bangunan yang menempatkan pejuang Hamas. "Tindakan Israel itu menyebabkan 100 orang awam cedera malah berpuluh-puluh bangunan dan rumah dimusnahkan. Inilah sikap kejam Zionis bukan sahaja merampas bumi Gaza bahkan merosakkan segala tanaman buah zaitun yang diusahakan oleh rakyat Palestin," katanya kepada Harakahdaily. 


 Tegasnya, PAS sentiasa berdiri teguh bersama-sama Hamas untuk mempertahankan bumi Gaza serta mahukan pembebesan diberikan kepada rakyat Palestin. PAS juga menggesa dunia antarabangsa khususnya negara-negara Islam membantah keras apa yang dilakukan oleh Israel selain bersatu untuk mempertahankan hak dan penduduk Palestin. "Kita doakan rakyat Gaza bersabar dan istiqamah terus mempertahankan bumi Palestin. "Sepanjang Ramadan ini, kita dan seluruh pimpinan serta rakyat negara ini akan terus mendoakan agar bumi Gaza diberi perlindungan oleh Allah SWT dan kekuatan kepada mereka untuk menentang zionis," katanya. Justeru, PAS menyeru badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mendesak Israel menghentikan segera serangan dan pembunuhan ke atas rakyat Palestin. 

Dilaporkan Isreal telah melepaskan serangan pada 3 Julai ketika rakyat Palestin sedang bersahur, kini serangan terus dilakukan oleh Israel. Sumber daripada Pusat Informasi Palestin (PIC) melaporkan pesawat tempur Zionis menyerang dua pos keamanaan milik Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap tentera Hamas di barat Rafah, Jalur Gaza di bahagian selatan dan di Kampung Tufah serta Wilayah Maqusi.

LULUSAN HAFIZ BAKAL PIMPIN KELANTAN

Posted: 08 Jul 2014 09:25 AM PDT

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kepemimpinan ulama memerlukan pemimpin pelapis yang boleh menghafal al Quran. "Kita sudah menjana usaha ke arah itu sejak 23 tahun lalu, cuma untuk melahirkan mereka yang berkebolehan dalam siasah belum menyerlah lagi. "Bagaimanapun insya Allah melalui tarbiah yang kita lakukan secara berterusan sejak 1990 kita mampu lahirkan pemimpin politik yang hafal al Quran," katanya di sini. 

 Beliau berkata, selain jiwa penuh dengan al Quran mereka juga mempunyai kelayakan akademik seiring dengan keperluan semasa. Menurutnya apa yang diusahakan kerajaan negeri dalam bidang pendidikan kini berjaya melahirkan pelajar cemerlang akademik dan syaksiah. "Cuma mungkin mereka kurang mendapat pendedahan dalam kepemimpinan politik. Oleh itu kita berharap mereka menggunakan peluang di universiti bagi mengasah bakat kepemimpinan. "Lebih-lebih lagi sekarang zaman langit terbuka dan media baru, jadi mereka perlu membuat persediaan lebih awal," ujarnya./Hrkh

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan