Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 4 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Maki Polis Di Melaka - Hukuman penjara menanti

Posted: 03 Jul 2014 04:15 PM PDT

Melaka: Gara-gara memaki polis dengan perkataan 'bodoh' dan menghalang tugas penjawat awam, seorang bekas pembantu akauntan dipenjara empat hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap Goh Guo Quan, 22, dari Mersing, Johor yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, Goh didakwa secara sengaja menghalang tugas penjawat awam dengan tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan anggota polis trafik yang menjalankan tugas selepas didapati tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada anggota itu.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini, kira-kira jam 3 petang, 22 Jun 2014.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, ketika melakukan rondaan di Jalan Merdeka, pengadu menahan kereta tertuduh.
Kereta itu yang berhenti kemudian memecut sebelum diekori dan ditahan semula di hadapan sebuah pejabat di Taman Melaka Raya.
Selepas diberitahu kesalahan dilakukan adalah tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan, pemandu (tertuduh) dengan nada tinggi berkata 'cepat tulis, jangan bising' sebelum keluar dari kereta ke arah pengadu serta mengeluarkan perkataan 'bodoh'.
Peguam Faiezad Razali yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan kesalahan itu dilakukan dalam keadaan tertekan.
"Ketika kejadian tertuduh baru berhenti kerja sebagai pembantu akauntan dan tertuduh dalam keadaan tertekan, kes ini juga tidak membabitkan kecederaan," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak yang mengendalikan kes memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai iktibar.
"Walaupun tidak membabitkan kecederaan, namun sebagai rakyat Malaysia kita terkenal dengan sikap sopan santun dan keadaan tertekan tidak membolehkan seseorang bersikap tidak sopan kepada orang lain," katanya.

Bekalan air bersih tiga kawasan tercemar

Posted: 03 Jul 2014 04:11 PM PDT

MELAKA: Dewan Pemuda PAS Melaka menyerahkan memorandum kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berhubung pencemaran air bersih yang melanda kawasan sekitar Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam baru-baru ini.

Menurut Ketua Pemudanya, Jauhar Md Dawi, memorandum itu bertujuan meminta SAMB bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku dan membekalkan air tercemar tanpa memberi notis kepada penduduk.

"Kami merasakan keselamatan nyawa dan kesihatan pengguna tidak diambil berat oleh SAMB selama masalah ini berlaku, air ini mengganggu kehidupan kami dari segi kegunaan sendiri mahupun
perniagaan.

"Kami telah menggunakan alat Total Disssolved Solids (TDS) untuk memeriksa kualiti air dan dapati bacaannya 500 ppm hingga 800 ppm di mana ianya amat tercemar," kata beliau kepada Harakah di sini.


Jauhar berkata pengguna yang terlibat meminta SAMB membuat permohonan maaf daripada SAMB di dalam media massa, membayar gantirugi dan memberikan air percuma selama sebulan kepada pengguna yang terjejas.

"Banyak kes pengguna masuk hospital, sakit tekak, kegatalan kulit dan ada kilang yang terpaksa tutup pengeluarannya kerana kualiti air yang sangat teruk.
"Kita kesal kerana sepatutnya SAMB terangkan pada kami tapi mereka masih bekalkan air yang tercemar itu tanpa memberikan notis terlebih dahulu," ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya SAMB tidak mengendahkan tuntutan kami, maka kami tidak teragak-agak akan mengambil tindakan saman atas kecuaian yang dilakukan kerana keselamatan pengguna tidak dipandang berat oleh SAMB.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil SAMB di depan Wisma Air SAMB, Jalan Hang Tuah, Melaka dan turut disertai oleh Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Ustaz Kamrudin Sidek serta beberapa Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Melaka.

Harakah 2 - 5 RAMADAN 1435 / 30 JUN - 3 JULAI 2014

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan