Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 18 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Tazkirah Ramadan : Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Satu Tuntutan Aqidah

Posted: 18 Jul 2014 01:32 AM PDT

Hubungan Syariat Islam Dengan Akidah

Umat Islam wajib yakin kepada Syariat Islam, kerana ia melibatkan akidah. Hukum hudud dan qisas diletakkan dalam surah al-Baqarah, al-Maidah dan al-Nur dimulakan dengan penegasan iman. Surah al-Baqarah dimulakan dengan firman Allah :


 Alif Laam Mim. Kitab al-Quran ini tidak asa sebarang syak padanya (tentang dating dari Allah dan tentang sempurnanya. ) Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang beriman kepada yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari kiamat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Al-Baqarah : 1-5


Jika sekiranya mana-mana orang Islam yang tidak yakin kepada hukum tersebut, maka ia menjadi kufur. Firman Allah :


Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama-agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?

Asy-Sura : 21

Begitu juga jika sekiranya ia yakin kepada undang-undang ciptaan manusia dan menganggapnya lebih adil dan sesuai daripada syariat Islam, maka ia menjadi syirik. Begitu juga mana-mana orang Islam yang memilih undang-undang ciptaan manusia untuk dilaksanakan dengan mengenepikan hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, maka ia telah sesat dengan sesat yang nyata.



Demikian juga mana-mana orang Islam yang melantik pemimpin-pemimpin mereka membuat undang-undang sendiri dengan mengenepikan undang-undang Allah, maka ia telah melantik pemimpin-pemimpin mereka sebagai tuhan-tuhan mereka selain Allah dan para pemimpin yang membuat undang-undang sendiri, bertindak sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah, kerana Syari'at Allah semata-mata.
Firman Allah:


Teks disediakan oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil

ADUN Bukit Baru bantu bina rumah

Posted: 17 Jul 2014 08:56 PM PDT

MELAKA: Seorang ibu kepada sembilan anak bersyukur bersempena di bulan Ramadan ini kerana dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa di rumah baru hasil bantuan Sekretariat Adun Bukit Baru yang mengumpulkan dana daripada orang ramai.

Harakah sebelum ini pernah menyiarkan berita lawatan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman bersama Sekretariat Adun Bukit Baru ke rumah Kamariah Mohamad, 42 tahun di Kampung Permatang Pasir, Alai, di sini yang tinggal bersesak bersama sembilan anaknya di rumah yang usang dan uzur.

Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim berkata, pihaknya berjaya menyiapkan sebuah rumah yang bernilai lebih kurang RM65,000 dan mempunyai tiga bilik hasil sumbangan penyokong PAS dan orang ramai yang prihatin dengan nasib keluarga tersebut.



"Kami juga berterimakasih kepada Ahmad Lutfi yang turut bersama kami menziarahi keluarga ini dan menyiarkan kesusahan mereka dan seterusnya membantu kami mengumpulkan dana bagi pembinaan rumah ini.

"Walaupun kami tiada menerima peruntukan daripada pihak kerajaan tetapi demi amanah yang telah diberikan kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu golongan yang memerlukannya,"ujar beliau kepada Harakah di sini baru-baru ini.

Menurut Dr Khalid, pada bulan Ramadan ini juga Sekretariat Adun Bukit Baru akan menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada golongan fakir miskin seperti yang dilakukan pada tahun sebelumnya
bagi meringankan kesusahan golongan tersebut menyambut Aidilfitri.

"Bagi kali ini kita akan bersama dengan Dewan Muslimat Negeri Melaka yang turut sama memberikan sumbangan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik ini agar mereka dapat merayakan Aidilfitri seperti orang lain," kata beliau.

Harakah keluaran 13 – 15 RAMADAN 1435 / 11 – 13 JULAI 2014

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan