Pengikut

Nuffnang

Ahad, 13 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apa nak jadi? Sidang DUN Melaka hanya bahas 13 soalan lisan sepanjang 3 hari sesi..

Posted: 13 Jul 2014 03:29 AM PDT

MELAKA: Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Muhamad ditegur oleh Adun Kota Laksamana (DAP), Lai Keun Ban kerana membiarkan Exco menjawab soalan lisan dengan panjang dan mengambil masa yang terlalu lama pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, baru-baru ini.

Beliau menyatakan rasa tidak puas-hati kerana hanya 13 soalan lisan sahaja yang dapat dibahaskan pada persidangan kali ini walaupun ia berlangsung tiga hari disebabkan jawapan Exco mengambil masa begitu lama.

"Bersidang dahlah setengah hari selama tiga hari menyebabkan hanya 13 soalan sahaja yang dapat dibahaskan daripada 115 soalan lisan pada kali ini.

"Sepatutnya Speaker hadkan jawapan Exco dalam beberapa minit sahaja baharulah banyak soalan dapat dijawab, ini tidak jawapan meleret-leret dan kekadang terkeluar daripada tajuk serta tak relevan langsung dengan soalan," ujarnya.

Tambah beliau, sudahlah soalan pihak BN diletakkan bahagian awal manakala soalan pihak pembangkang diletakkan bahagian belakang, jadi bagaimana soalan pembangkang boleh dibahaskan dalam sidang Dun.

"Sekiranya speaker mengehadkan masa yang sesuai untuk Exco menjawab soalan maka banyak soalan akan dapat dibahaskan dan ia adil kepada semua Adun bukan seperti yang berlaku sekarang ini ianya menghalang soalan pembangkang daripada dibahaskan.

"Jika speaker kata utamakan 'senioriti' saya juga senior juga sebab sudah pernah jadi Adun sejak zaman Adib Adam sebagai Ketua Menteri," jelasnya.

Persidangan yang bermula jam 9.30 pagi akan membahaskan soalan lisan dan berhenti rehat pada jam 11.15 pagi hingga 11.40 pagi, kemudiannya akan bersambung dengan perbahasan usul hingga berakhir jam 1.30 atau 2 petang setiap hari untuk selama tiga hari persidangan berlangsung.

Harakah 9 – 12 RAMADAN 1435 / 7 – 10 JULAI 2014

Doa Buatmu Palestin >> sajak

Posted: 13 Jul 2014 03:15 AM PDT


Sudah sekian lama
kau mengharung kesengsaran
demi kesengsaraan
demi kesengsraaan
ibarat rantai yang tak putus
bumimu terus diperkosa
sesuka hati

tanpa ada rasa perikemanusiaan
lebih dhasyat dari apa seekor binatang buas
bila akan berakhir
kehancuran itu?

tiada siapa yang tahu
Allah sahaja yang maha mengetahui
kami di sini cuma dapat menyaksikan
betapa bumimu diperlaku
sedemikian rupa
banyak harta benda yang musnah
banyak nyawa yang melayang
sehingga tidak terbilang

berapa ramai anak-anak jadi yatim
berpa ramai para isteri
menjadi balu
wahai rakyat Palestin
kami tahu penderitanmu
berapa berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
kami di sini tidak mampu mengangkat senjata
berjuang bersama kalian

cuma kami dapat hulurkan
segunung doa buatmu paletinen
kami amat sedar
kalian sebahagian saudara kami dunia akhirat
apa yang kalian rasa
kami di sini terasa...

Wahai saudara-saudaraku Palestin
ini semua ujian besar daripada Allah
kembalilah kepada-NYA dengan segera
pasti Allah akan memberikan pertolangan
wahai saudara-saudaraku Palestin
masih ingatkah kalian tentang Perang Badar
ambillah pengajaran daripadanya...

ROSLY MOHAMAD
Taman Air Molek, Melaka

Harakah 16 – 19 RAMADAN 1435 / 14 – 17 JULAI 2014 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan