Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 7 Jun 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Nelayan di PD terancam, PanDa China jalani pemuliharaan

Posted: 07 Jun 2014 04:55 PM PDT


KAWASAN NELAYAN PD TERBATAS?
8 Jun 2014 - Kerancakan pembangunan di pesisir pantai di sini, termasuk pembangunan pelancongan, menyebabkan keluasan kawasan operasi nelayan di pesisir pantai Port Dickson menjadi semakin terbatas.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Negeri Sembilan, Nik Rashid Nik Jusoh berkata, projek-projek pembangunan itu mengganggu keluasan kawasan operasi para nelayan, lebih-lebih lagi dengan keadaan kawasan pantai yang agak sempit di Port Dickson.

"Kalau nak pergi jauh sangat tak boleh sebab mereka nanti akan melepasi sempadan antarabangsa dengan Indonesia dan sempadan negeri dengan Melaka. Jadi kawasan mereka sangat kecil dan menjadi bertambah kecil," katanya di sini.

Nik Rashid berkata, sekiranya projek pembangunan diteruskan di kawasan nelayan, pihaknya akan menuntut pampasan. Bagaimanapun biasanya pampasan yang diberikan tidak banyak, dalam lingkungan RM3,000 hingga RM6,000, katanya.

"Walaupun kita ada sediakan subsidi untuk minyak (RM200), tetapi dengan jarak yang lebih jauh, maka kos minyak juga akan jadi lebih mahal," tambah beliau, sambil mengakui bahawa LKIM tersepit antara pembangunan industri pelancongan dan peranannya menjaga kebajikan nelayan.

Jualan Amal Biskut Sempena Ramadhan

Posted: 07 Jun 2014 03:58 AM PDT


Jualan Amal "Biskut Segar Emping Jagung Dengan Kismis" (Fresh Homemade Cornflake With Raisins Biscuit) untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan untuk juadah ringan berbuka puasa atau moreh.

Dengan RM20 biskut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, rumah kebajikan, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan sebagainya.

30 peratus hasil jualan pula akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan PAS Rembau untuk agihan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sempena Ramadhan dan Syawal.

Untuk sumbangan, tempahan, belian atau maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.comatau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau ke akaun Maybank, No Akaun 155126945930

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan