Pengikut

Nuffnang

Selasa, 17 Jun 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil

Posted: 16 Jun 2014 09:37 PM PDT




PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil
17 Jun, 2014.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan