Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 28 Jun 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


Menjelang Ramadhan al-Mubarak 1435...ADUN Sura Ringankan Beban Faqir Miskin

Posted: 28 Jun 2014 12:59 AM PDT

DUNGUN, 28 Jun 2014 - Menjelang ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal disambut oleh umat Islam seluruh Malaysia, esok hari, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik mengambil inisiatif menyantuni faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini, pagi tadi.
Seramai 130 orang faqir miskin dari seluruh cawangan dalam DUN Sura telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan kewangan bagi meringankan beban kehidupan golongan yang memerlukan tersebut.

Majlis tahunan yang dimulakan sejak ADUN Sura terdahulu itu, memperolehi sumber kewangan daripada para dermawan dari cawangan-cawangan dalam DUN Sura dan individu yang prihatin terhadap nasib golongan paling terasa dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ini.


"Dengan sumbangan yang diterima ini, diharap kita terus bersyukur dengan pemberian yang diberikan dan mudah-mudahan sepanjang Ramadhan yang bakal menjelang ini kita dapat meningkatkan amalan masing-masing, " 


"Walaupun tanpa peruntukan daripada pihak kerajaan, dengan kerjasama semua pihak yang mengambil cakna, bantuan kepada golongan yang memerlukan akan terus diberi perhatian, insyaAllah, " 


"Saya menyeru kepada para dermawan agar terus bersama-sama kerja amal ini dan sebelum Aidilfitri akan datang, kita sudah merancang untuk mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim pula, " ujar ADUN Sura sebelum penyampaian sumbangan berkenaan.

Majlis yang diadakan di Bangunan DUN Sura itu, turut dihadiri oleh wakil PAS Cawangan yang turut sama membantu menyampaikan sumbangan kepada faqir miskin yang dipilih dari cawangan masing-masing. 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan