Pengikut

Nuffnang

Rabu, 25 Jun 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


BANTUAN RAMADHAN UMNO- TIDAK SEMUDAH ITU DAPAT KEMAAFAN PENDUDUK MEMALI

Posted: 25 Jun 2014 06:38 AM PDT


KENYATAAN MEDIA 23 JUN 2014
Dewan Pemuda PAS Kedah
BANTUAN RAMADHAN UMNO- TIDAK SEMUDAH ITU DAPAT KEMAAFAN PENDUDUK MEMALI

Ungkapan Tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada Menteri Besar Kedah kerana julung-julung kali Menteri Besar Kedah daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali. Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai 'bughah' atau penderhaka.


Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama ahli parlimen Baling, Dato Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah Dato Tajudin, Dato Rawi, YB Aminuddin dan Adun Bayu Dato Azmitelah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada' Memali jugag diberikan Bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi UMNO melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suau ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah tambah pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten. Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100% kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya mealui media cetak dan media elektronik. Misalnya lagu jepun dikatakan popular di Korea menandakan rakyat Korea memaafkan kerajaan Jepun. Pastilah konsep ini salah dan tidak tepat dengan kondisi sebenar.


Sehingga kini tiada ungkapan rasmi kerajaan BN memohon maaf kepada penduduk kampung Memali dan PAS khususnya yang dipalit dengan tuduhan penderhaka, komunis, pengganas dan penganut ajaran sesat.

Jika dalam hal pemecatan Tun Salleh Abbas oleh Tun Mahathir kerajaan boleh memohon maaf, mengapa dalam hal kes memali kerajaan mendiam diri. Adakah dengan mengumpan bantuan UMNO-BN harapkan kemaafan daripada penduduk kampung berkenaan?

Hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Tun Musa Hitam pula mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum inidan ia jelas UMNO dan BN adalah kerajaan pembohong.

Pembohongan ini dilakukan kerana UMNO bukan ingin menghapuskan ajaran sesat sepertimana mereka perangi Tuhan Harun, Nabi Abd Kahar dan lain-lain, sebaliknya mereka sasarkan PAS yang menjadi tunjang Madrasah Memali dan fahaman politik utama penduduk Memali.

Sebelum ini Tan Sri Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)dan dihebahkan juga sebagai pengikut ajaran Komunis (rujuk luahan memoir isteri Ustaz Ibrahim Libya)

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'. Waaupun ribuan pamplet Bughah disebar seluruh Kedah menuduh pengikut Allayarham sebagai penderhaka, Ke Bawah Duli Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim tetap menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. Adakah itu petanda seorang penderhaka Sultan?

KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong penuh saranan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.

Kata Mat Zain sebelum ini jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.

Us Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan