Pengikut

Nuffnang

Ahad, 15 Jun 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


kenyataan media - PEMUDA PAS KEDAH SOKONG RAJA MELAYU MASUK CAMPUR ISU PERTAHAN AQIDAH ANAK MUALLAF

Posted: 15 Jun 2014 01:52 AM PDT

KENYATAAN MEDIA 9 JUN 2014
PEMUDA PAS KEDAH SOKONG RAJA MELAYU MASUK CAMPUR ISU PERTAHAN AQIDAH ANAK MUALLAF

Dewan Pemuda PAS Kedah amat bersetuju dengan tekad MAPIM untuk mengadap Majlis Raja-raja Melayu berikutan kes melibatkan pembatalan pengislaman anak Muhd Ridhwan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.



Hal ini berikutan permohonan Indira bekas isteri Riduan yang memohon agar mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan pengislaman anak-anaknya yang telah dilakukan oleh Riduan sebelum ini.

Sebenarnya Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 telah memberikan hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau.

Sebaliknya 11 Mac 2010 Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh pula memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 38 walaupun banyak kes sebegini seumpama kes Deepa VS Izwan Abdullah misalnya mahkamah sivil menghormati keputusan mahkamah syariah atas semangat Perkara 121(1A). Namun dalam hal ini nampaknya tidak berlaku di negeri Perak.

Riduan atau nama asalnya K Patmanathan selepas menganut Islam pada 11 Mac 2009 turut mengislamkan anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 5; Abu Bakar (Karan Dinish), 15 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 16.Namun begitu atas masalah teknikal, Mahkamah Tinggi berhujah bahawa pengislaman itu tidak sah berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004yang menghendaki Riduan membawa anak-anaknya sendiri ke majlis agama untuk diislamkan.

Walaupun atas masalah teknikal memungkin Mahkamah Tinggi melanggar keputusan Mahkamah Syariah dengan membatalkan keputusan mahkamah syariah sebelum ini.

Namun begitu dalam kes Shubasini VS Muhammad Shafi di Kuala Lumpur, injuksi yang dipohon oleh Shubasini ditolak untuk dikenalakan kepada Mahkamah Syariah di bawah seksyen 54 (b) Akta Relif Spesifik 1950 kerana Mahkamah Syariah bukan Mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi malah Mahkamah Tinggi mengakui bahawa "Subject matter" bagi permohonan injunksi tersebut adalah termasuk dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam maka berdasarkan Perkara 121 ( 1A ) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut.

Indira mungkin berjaya memiliki 2 anaknya yang lebih tua berbanding Ummu Habibah (Prasana Diksa) yang diislamkan semasa berusia 5 tahun dan kini telah berusia 11 tahun. Riduan telah mempertahankan anaknya yang bongsu malah telah memperaktikkan cara hidup Islam.

Jika masalah teknikal menyebabkan Mahkamah Tinggi berjaya menarik kembali 2 anaknya yang lain, adakah tiada langsung ruang dalam perundangan untuk menghormati status Ummu Habibah yang kini telah memperaktik cara hidup Islam? Di mana semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dalam hujah para peguam dan hakim?

Hal ini mnampilkan betapa Perkara 3 tiada fungsi menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan apabila isu sebegini masih tiada penyelesaian yang menyebelahi Islam.

Keputusan demi keputusan dalam mahkamah-mahkamah di Malaysia yang masih tidak konsisten dalam menerima hujah berdasarkan Perkara 121 (1A) juga amat dikesali. Sampai bilakah hal ini akan berlarutan? Di mana UMNO dalam hal sebegini? Dimana proksi assobiyyah mereka seperti PERKASA dan sebagainya? Mengapa membisu dalam kes aqidah sebegini sebaliknya terlolong dalam isu-isu khilafiyyah seperti isu kalimah Allah misalannya?

Dalam sebegini Dewan Pemuda PAS Kedah amat bersetuju sekiranya Majlis Raja-Raja Melayu juga turut masuk campur dalam menyelesaikan konflik ini kerana itulah fungsi sebenar Majlis Raja-Raja iaitu mempertahankan institusi agama Islam daripada diinjak oleh pihak tertentu.

Us Ahmad  Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah


kenyataan media - UMNO PERLU BERHENTI DARIPADA MENIPU RAKYAT DALAM ISU KOMUNIS AKAN DATANG JIKA BERMARUAH

Posted: 14 Jun 2014 05:56 PM PDT

 KENYATAAN MEDIA 5 JUN 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
UMNO PERLU BERHENTI DARIPADA MENIPU RAKYAT DALAM ISU KOMUNIS AKAN DATANG JIKA BERMARUAH

Dewan Pemuda PAS Kedah meneliti senario kempen 'normalisasi' antara Malaysia dengan China yang dihebah rancak melalui media massa dengan teliti.

Media cetak juga tidak ketinggalan menyiar semula gambar-gambar pertemuan antara Tun Razak dengan Mao Tze Tung pada tahun 1974 untuk menampilkan betapa eratnya hubungan China dengan Malaysia.

Pelbagai sifir politik dibaca rakyat untuk menilai keadaan ini. Daripada isu MH370 yang melibatkan rakyat China dan dunia mengetahui bagaimana marahnya China dengan kenyataan-kenyataan pemimpin alaysia sepanjang misi pencarian pesawat berkenaan. Sehinggalah isu 2 ekor panda yang menampilkan kerajaan Malaysia dalam keadaan tertekan sehingga sanggup menyewa 2 ekor panda dengan kos mencecah RM 73 juta.

China merupakan salah satu gergasi ekonomi dunia hari ini. Jika abad ke-19 dikuasai oleh Empayar British, abad ke-20 dikuasai oleh Amerika Syarikat, kini kita memasuki abad Asia yang dikuasai oleh kebangkitan China dan mata wangnya. Demikian tulis ahli ekonomi, Nouriel Roubini dalam "The Almighty Renminbi?" yang diterbitkan oleh The New York Times pada Mei2011.

Jika pada sekitar tahun 1960an Chia cuba bangkitkan ekonomi dan kuasa industri melalui revolusi Kebudayaan yang mengorban jutaan nyawa rakyatnya yang tidak cocok dengan gaya hidup komunisme, kini China telah mengeksploitasi gaya ekonomi kapitalis yang diserap dalam faham hidup sosialis proletariat. Ternyata komunisme mazhab China lebih berkesan berbanding mazhab Lenin, Stalin dan Korea Utara. Lantaran itu mereka mampu kekal dan berkembang.

Malaysia yang banyak bergantung dengan restu negara-negara besar terpaksa juga menjalinkan hubungan erat dengan China komunis walaupun jelas ia bertentangan dengan mazhab chauvinisme nasionalisme UMNO.

UMNO dilatih dan diasuh oleh British untuk memusuhi komunisme. Gerak juang komunisme di China yang menekankan aspek gerila dan kekerasan menjadikan PKM turut terbabit dengan gaya juang sebegitu.

Dendam para prajurit negara terhadap kekejaman PKM ada asasnya. Namun ia bukan alasan mutlak untuk tidak mahu menilai isu hipokrasi dalam bermuamalah dengan komunis.

Pada tahun 2012, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.Ucapan ini cukup mudah dipercayaai oleh golongan kampung kerana mereka paling trauma dan cukup mudah diasuh memusuhi komunis secara batang tubuh sehinggalah dibenci bayang-bayang komunis.

Mengaitkan sebarang entiti dengan komunis adaah cara paling mudah UMNO untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap entiti berkenaan. Misalnya pejuang memali pernah digelar komunis oleh media dan akhbar sekitar tahun 1980an.

Apabila Tuan Haji Mohd sabu cuba membela Mat Indera yang bukan berfahaman aqidah komunis sebaliknya hanya bergabung dengan gerila komunis atas tujuan menentang polis yang bernaung dengan penjejah, Mohd Sabu secara mudah dilabelkan sebagai pembela pengganas.

Malah abu Chin Peng juga dimusihi oleh rakyat yang berfahaman UMNO. Sekitar 433 laporan polis dibuat seluruh negara pada tahun 2013 untuk membantah keluarga Chin Peng memasukkan abu mayatnya ke Malaysia.

Ya, Chin peng yang enggan menerima pengampunan dan kembali ke Malaysia pada tahun 1989 dianggap pengganas dan mamu mengguris luka para pejuang prajurit tanahair.

Bagaimana pula dengan akhbar hari ini yang menyiar gambar Tun Razak dengan Mao Tze Tung. Tahukah rakyat malaysia khususnya bergahaman UMNO bahawa Mao adalah penjenayah kemanusiaan yang dahsyat? Tahukah jutaan nyawa kaum Turkistan Timur Xingxiang dibunuh hanya kerana mereka beragama Islam? Tahukah mereka kekejaman Mao terhadap intelektual di China, pengamal bela diri Falun Gong yang dibunuh kejam serta kekerasan yang masih berlarutan kepada rakyat yang enggan mengakui cara hidup komunis?

Tahukah mereka bahawa Chin Peng dahulunya pernah bekerja dan berjuang kerana Mao di China?

Begitu mudah UMNO menipu rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, salah satu kandungan dalam MoU dengan China pada tahun 2013 ialah penukaran pegawai parti untuk mempelajari pelaksanaan program kedua-dua parti.

Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.

Malah beliau juga menjsutifikasikan hubungan itu dengan kononnya membezakan antara fahaman komunis dahulu dan komunis yang terdapat di China sekarang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dasar komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih terbuka dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar. Ia berlaku disebabkan peredaran dunia.

Tambah Adnan juga Malaysia bebas menjalinkan diplomatik dengan mana-mana fahaman termasuk komunis. Bagaimana pula dengan tudukan DAP komunis, Mat Sabu ejen komunis dan sebagainya? Dalam pelbagai progra patriotik dan BTN umpamanya, mengaitkan pembangkang dengan komunis adalah modul wajib UMNO. Bagaimana pula dengan kenyataan Adnan berkenaan?

Pada tahun 2013 juga isu ini dibangkitkan. Khairi Jamaludin sendiri telah menemplak Lim Guan Eng apabila Lim mengatakan bahawa Pemuda BN hipokrit kerana menjalinkan hubungan dengan Liga Pemuda Komunis China. Kata beliau dakwaan itu sebenarnya menggambarkan Guan Eng tidak tahu membezakan antara komunis pelampau, iaitu Parti Komunis Malaya yang kejam dan perjanjian bagi hubungan diplomasi. Khairi juga berhujah bahawa tindakan meterai perjanjian itu dengan kerajaan memerintah di negara China sebagai hubungan diplomasi antara parti pemerintah di Malaysia dan juga parti pemerintah di China.

Jika PKM pelampau, PKC adalah bapa pelampau kerana setiap detik minit perjuangan PKM di Malaya, semuanya dihantar untuk demaskini di Beijing. Malah rangka faham komuni yang anti agama masih kekal hingga kini. Cuma penyokong UMNO sahaja yang tidak sedar hakikat ini kerana terpaksa mengikuti mazhab faham pragmatisme UMNO.

Us Ahmad  Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah


kenyataan media - JAKIM PERLU BINA SEMULA KEPERCAYAAN UMAT ISLAM TERHADAP BADAN BERKENAAN

Posted: 14 Jun 2014 05:56 PM PDT

 KENYATAAN MEDIA 5 JUN 2014
Dewan Pemuda PAS Kedah
JAKIM PERLU BINA SEMULA KEPERCAYAAN UMAT ISLAM TERHADAP BADAN BERKENAAN

Dewan Pemuda PAS Kedah tidak menganggap kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah bahawa mereka sanggup memakan coklat Cadbury untuk mengesahkan kehalalannya sebagai suatu kenyataan yang remeh, namun pihak kami menilai insiden ini sebagai kehilangan kepercayaan masyarakat kepada badan berwajib berkenaan.

Hal ini panas sejak tersiarnya kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 bahawa terdapat unsur DNA Babi dalam produk Cadbury.

Hal yang sama boleh dilihat bagaimana Presiden Amerika Syarikat Barrack OBama pernah mengeluar kenyataan yang disiar dalam majalah Times bahawa adakah beliau perlu menampal sijil lahir beliau yang tertera agama Kristian sebagai anutannya semata-mata untuk menafikan desas desus bahawa beliau pernah beragama Kristian.

Hal ini bukan isu pembuktian tetapi krisis kehilangan kepercayaan. Kepercayaan masyarakat terhadap JAKIM bukan suatu perkara baharu. Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Kemudianbermula tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan, dikendali sepenuhnya oleh JAKIM pada tahun 2002 dan kemudian swastakan kembali pada tahun 2008.

Kepercayaan ini kelihatan luntur dan mampu dicerap melalui komen-omen masyarakat Islam melalui media sosial mahupun media cetak sejurus selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat 'qaul jadid' yang mengesahkan bahawa dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan bebas DNA babi.Jamil juga telah menyifatkan keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar.

Dalam amalan Quality Control dan Quality Assuarance mana-mana kilang yang mengamalkan pengurusan yang baik, mereka pasti memeriksa sample secara rawak di tempat yang mampu memberi keputusan yang adil dan tepat. Pastilah memilih sample daripada pasaraya lebih tepat kerana tindakan JAKIM mengambil sample di kilang boleh dieksploitasi, ditukar ganti dan pelbagai penyelewengan yang cocok sinonim agensi kerajaan yang lain.

Rakyat Malaysia yang tepu membaca rekod buruk agensi kerajaan melalui Laporan Ketua Audit Negara saban tahun cukup faham benar selok belok korupsi yang boleh berlaku.

Lebih menimbulkan keraguan dan persoalan di minda rakyat adalah, adakah tindakan segera JAKIM mengambil sample tambahan di kilang sebagai tindakan 'double check' atau tindakan meredakan kemarahan pihak korperat yang terlibat dalam isu ini?

Rakyat juga kelihatan menilai JAKIM selaku agensi kerajaan yang lemah dan mampu ditolak ke kiri dan ke kanan oleh pihak korperat jika hal penguatkuasaan melibatkan untung rugi sesebuah syarikat walaupun ia melibatkan halal haram dalam pemakanan masyarakat.

Dewan Pemuda juga bersetuju dengan pandangan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang telah mengkritik keras JAKIM kerana tidak memiliki makmal sendiri untuk memastikan status halal makanan lebih telus dan terkawal. Sikap suka bergantung dengan 'third party' serta tidak mahu membina kepakaran sendiri adalah sikap yang memundurkan umat Islam disaat negara gah melaungkan Islam Wasatiyyah.
Pihak Kementerian Kesihatan yang dikatakan membocorkan maklumat keputusan ujian DNA berkenaan pada bulan Mei yang sepatutnya dibincang pada bulan Februari juga meragukan rakyat. Adakah ada unsur melindungi kesalahan korperat tertentu oleh Kementrian Kesihatan? Adakah korupsi juga berlaku pada pihak kementerian berkenaan sehingga menangguh lama keputusan ujian tersebut dan tidak menyerahkan kepada pihak JAKIM yang kelihatan terkapa-kapa semasa pendedahan itu dibuat pada bulan Mei yang lalu?
Adakah pihak JAKIM sendiri telah maklum tetapi menyimpan maklumat ini atas desakan pihak tertentu.


Hal inilah yang perlu diperjelas oleh JAKIM untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada agensi berkenaan semula

Us Ahmad  Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan