Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 7 Jun 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


ISU TAPAK BAZAR RAMADHAN : KM MELAKA LEPAS TANGAN ??

Posted: 07 Jun 2014 03:42 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Melaka (DPPNM) melahirkan kekecewaan terhadap Ketua Menteri Melaka Dato Idris Haron yang seolah-olah membiarkan permasalahan isu tapak bazar ramadhan berlarutan di mana ramai peniaga-peniaga kecil melayu yang tidak dapat berniaga di sebabkan pengurusan tapak bazar ramadhan di Hang Tuah Mall yang tidak telus. DPPNM sekali lagi di panggil oleh wakil-wakil peniaga dalam satu pertemuan,mereka menyatakan MBMB bertindak secara tidak adil. 

Ini kerana tapak di Hang Tuah Mall tidak dapat menampung peniaga-peniaga kecil melayu yang mahu berniaga dan mereka mengharapkan MBMB membuka kembali tapak-tapak yang lama seperti Taman Chempaka atau di TESCO.
Mereka mahu sekurang-kurangnya ada sedikit tapak untuk mereka berniaga. 

Saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka merasakan Ketua Menteri Melaka perlu menangani isu ini kerana MBMB seolah-olah menutup peluang kepada peniaga-peniaga kecil melayu. Lebih seratus peniaga mengeluh atas sikap keras kepala MBMB dalam menguruskan tapak bazar ramadhan ini. Sebelum ini semasa beroperasi di Taman Chempaka isu-isu seperti ini tidak muncul malah peniaga-peniaga amat berpuas hati. Peniaga-peniaga juga ada menyatakan kemungkinan ada orang yang lebih berkuasa dari Dato Bandar malah mungkin lebih berkuasa dari Ketua Menteri sendiri dalam menangani kemelut tapak bazar ramadhan di negeri Melaka ini. 

DPPNM mengharapkan peniaga-peniaga ini perlu di berikan tapak-tapak perniagaan demi untuk merancakan ekonomi bumiputera dan sambil itu MBMB juga dapat mengutip hasil yang lebih dari segi sewa tapak dan juga lesen. Saya kira amat perlu Ketua Menteri Melaka turun mendengar keluhan hati mereka dan bukan hanya membiarkan orang lain yang seolah-olah lebih berkuasa dari Ketua Menteri dalam menguruskan isu ini. 

Jauhar bin Mohd Dawi. 
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan