Pengikut

Nuffnang

Selasa, 24 Jun 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


LAGI TUDUHAN PALSU TERHADAP IKHWAN MUSLIMIN

Posted: 23 Jun 2014 08:32 PM PDT

Selepas dijatuhkan hukuman mati dua kali kononnya terlibat mendalangi "Peristiwa 'Edwah" di wilayah El-Menia, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammad Bad'ie kini berhadapan tuduhan palsu yang baru iaitu "mewujudkan bilik operasi untuk melakukan keganasan di dataran Raba'ah" yang mula dibicarakan semalam selepas Jabatan Pendakwaraya kudeta memindahkan dokumen pendakwaan kepada mahkamah. Sebelum ini, hakim Mahkamah Jenayah El-Menia memuktamadkan keputusan dengan menjatuhkan hukuman mati kepada beliau bersama 182 orang daripada 683 pejuang Islam yang lain. 

Beberapa hari lalu, Mahkamah Jenayah Giza pula memindahkan dokumen beliau bersama 13 orang pemimpin Ikhwan yang lain kepada Mufti Mesir sebagai prosedur memulakan hukuman mati dalam kes yang dinamakan "Peristiwa Masjid Istiqamah" dan semalam beliau sekali lagi diheret ke mahkamah atas tuduhan baru iaitu mewujudkan bilik operasi Raba'ah. Antara kes mahkamah lain yang sedang dihadapi oleh Mursyidul Am Ikhwan itu ialah "Peristiwa Pejabat Maktab Irsyad di
Muqattam" bersama-sama bekas Mursyidul Am, Syeikh Mehdi 'Akif dan kes pembunuhan Ittihadiyah bersama dengan Presiden Mesir Mohammad Morsi. Dijangkakan semua keputusan mahkamah kepada pemimpin utama Ikhwan ini sama seperti kes-kes lain iaitu hukuman mati.

Tinjauan Berkenaan Isu Air Kotor di Jasin Melaka

Posted: 23 Jun 2014 08:27 PM PDT

ISU AIR TERCEMAR : PEMUDA PAS MAHU JAWAPAN SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Posted: 23 Jun 2014 08:25 PM PDT

Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin saudara Yuzi Azhar merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka membuat kunjungan ke wisma Syarikat Air Melaka Berhad bagi mendapat maklumat dan tindakan pihak SAMB dalam kemelut isu air yang tercemar di Daerah Jasin. Beliau menyatakan isu air di Jasin sudah berlarutan hampir dua minggu. Kehidupan penduduk di sana terjejas teruk kerana bekalan air yang di berikan seolah-olah tidak boleh di gunakan untuk minuman dan kegunaan seharian. Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka saudara Jauhar Mohd Dawi ada melakukan tinjauan di rumah penduduk di kampung Sebatu. 


Beliau memeriksa sumber air dari rumah penduduk disana dan memeriksa bacaan tahap pencemaran air menggunakan kit TDS(Total Dissolved Solid). Amat memeranjatkan bacaan TDS mencapai 840ppm. Oleh yang demikian saudara Yuzi Azhar mahukan penjelasan dari Syarikat Air Melaka Berhad dalam isu air tercemar dan perlu bertangungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan penduduk amnya di Daerah Jasin.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memberikan notis amaran kepada penduduk supaya jangan gunakan air yang tercemar ini dan memberikan bekalan air bersih kepada semua penduduk. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan jika sekiranya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melepaskan tangungjawab dan membiarkan penduduk di sana menggunakan air yang sudah tercemar untuk kegunaan mereka. (

PERMINTAAN TERAKHIR USTAZ ABU BAKAR CHIK

Posted: 23 Jun 2014 07:58 PM PDT

TEPAT jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik. Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?" Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini. Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden. Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi." Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam. Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini. "Lama ke Ustaz jumpa dengan ayah?" saya bertanya.


 "Alhamdulillah, ana puas hati, banyak topik yang kami berkongsi khususnya berkait dengan perkembangan Gerakan Islam peringkat antarabangsa," jawabnya. Saya mengenali arwah sejak kecil lagi kerana persahabatannya dengan ayah sangat akrab. Memori yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau menjadi tetamu di rumah kami selama sebulan ketika Operasi Lalang dilaksanakan sekitar tahun 1985. Hubungan kami sangat rapat kerana saya sentiasa menjadi temannya mendengar radio perkembangan semasa Operasi Lalang pada ketika itu. Saya boleh bayangkan perasaannya berjauhan dengan keluarga khususnya anak-anak kerana menjadi buruan pihak berkuasa. 

 Bagi saya jasa almarhum sangat besar khususnya ketika memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika sekiranya jasa Datuk Mustafa Ali di dalam pemuda memartabatkan institusi Kepimpinan Ulama di dalam PAS, tidak keterlaluan jika disebut di sini jasa Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik pula ialah memperteguhkan institusi itu di dalam PAS. Jasanya di dalam memartabatkan institusi pendidikan di dalam PAS sangat besar. PASTI, Institut Berakan dan Maahad Tahwiz wa Tarbiyah adalah antara institusi pendidikan yang mendapat sentuhannya yang melahirkan kader-kader yang bergerak di dalam PAS di semua peringkat di seluruh pelusuk negara. Beliau bukan sahaja seorang yang komited di dalam memartabatkan pendidikan di dalam PAS, dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang yang tidak pernah jemu di dalam menuntut ilmu. 

 Saya sentiasa perhatikan jika sekiranya beliau berjumpa dengan Tuan Guru Presiden tanggannya tidak akan berhenti mencatat setiap apa yang dibincangkan. Ketika usianya yang sudah lanjut beliau masih sempat mengambil cuti dalam satu tempoh yang lama untuk mendalami Bahasa Arab di Sudan. Jabatan Amal yang menjadi kebanggaan PAS pada hari ini ditubuhkan pada zaman beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS. Satu institusi yang sangat berjasa dan memberikan kesan yang sangat besar kepada PAS khususnya di persada dakwah secara langsung di dalam negara. Almarhum tidak pernah mengenal penat dan lelah di dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bagi sesiapa yang rapat dengan beliau pasti akan mengakuinya. Beliau seorang yang sentiasa bersemangat jika membincangkan soal ummah. Jika berbincang dengannya beliau tidak akan mengakhirinya melainkan dengan tindakan yang akan dilakukan. Komitmennya begitu tinggi, kalau nak ajak berbincang berkait dengan jemaah bila-bila masa beliau akan menyahutnya walaupun sudah larut malam. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan Dewan Pemuda PAS tetapi semangat juangnya sentiasa segar. Pantang dijemput untuk menghadiri program-program Dewan Pemuda PAS beliau tidak akan menghampakannya. 

Alhamdulillah, Allah mengakhirkan riwayat hidupnya selepas memberikan pengisiannya di dalam program pemuda. Hampir satu jam setengah beliau memberikan taujihaat kepada anak muda dengan penuh semangat. Selepas program dengan arwah malam tadi saya sempat berbual dengan Ustaz Syarhan, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor dan menyarankan kepadanya supaya menjemput lagi Ustaz Abu Bakar Chik untuk program anak muda selepas ini. Namun, apakan daya ternyata Allah lebih sayang kepadanya. Firman Allah di dalam Surah al-Fajr : "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu" Al-Fatihah. 

 Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Timbalan Ketua DPPM

Allahyarham Ustaz Datuk Abu Bakar Chik Bapa Pendidikan PAS

Posted: 23 Jun 2014 07:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarham Ustaz Datuk Abu Bakar Chik sebagai Bapa Pendidikan PAS yang begitu banyak menyumbang jasa kepada parti itu khususnya dalam bidang pendidikan. "Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. Bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan PAS,"tulis Nik Aziz di laman facebooknya. Beliau turut mendoakan semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran.

 "Dan diampunkan segala dosa-dosa beliau serta digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh," ujarnya. Ustaz Abu Bakar Chik, 64, yang juga AJK PAS Pusat terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera. Allahyarham adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat semenjak tahun 2008 hinggalah kini. Beliau mula terlibat dalam kegiatan pendidikan sejak tahun 1979 dengan mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah Taski Abim, dan pada tahun 1983 beliau mengasaskan Maahad Darul Quran di Terengganu.


 Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi PASTI Malaysia selama setahun bermula 1989. Beliau juga adalah Timbalan YDP Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (Yakep) sehingga kini serta Pengerusi Majlis Kebajikan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen).

MAHKAMAH KEZALIMAN JATUH HUKUM MATI

Posted: 21 Jun 2014 08:33 PM PDT

Mahkamah Jenayah wilayah El Menia membuat keputusan muktamad hari ini dengan menghukum mati 183 orang pejuang Islam daripada 683 orang yang diarahkan dokumen mereka dipindahkan kepada Mufti Mesir sebelum ini. 683 orang ini merupakan kumpulan kedua selepas 529 orang yang ditimpa nasib yang sama sebelum itu yang dituduh terlibat dalam serangan balai polis Edwah di wilayah tersebut Ogos tahun lalu. Mengetuai senarai yang dihukum mati ialah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badie.


 Beliau kini juga menghadapi proses hukuman mati dalam beberapa kes palsu lain termasuk "Tragedi Masjid Istiqamah" beberapa hari lalu yang failnya telah dipindahkan kepada Mufti untuk memperolehi persetujuan Mufti Mesir untuk dihukum mati. Jika dokumen itu ditandatangani oleh maulana Mufti itu maka dua kali beliau akan ke tali gantung. Kemungkinan tiga, empat atau puluhan kali lagi akan ke tali gantung melalui kes-kes palsu yang direka. Selain itu, 4 orang termasuk dua wanita dihukum penjara seumur hidup manakala baki 496 yang lain dibebaskan.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan