Pengikut

Nuffnang

Khamis, 19 Jun 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


TAHNIAH BUAT DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Posted: 19 Jun 2014 04:14 AM PDT


DATUK BANDAR KUALA LUMPUR ANGKUH DAN BIADAP

Posted: 19 Jun 2014 04:11 AM PDT

Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar (LTPM) Pemuda PAS Malaysia merasa terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tetap berkeras mahu kesemua rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan walaupun penduduk telah mendapat perintah injunksi dan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. LTPB PPM melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal sebagai sombong, angkuh, biadap serta tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2014 yang telah memberikan perintah Injunksi menghalang sebarang tindakan perobohan rumah oleh pihak DBKL. Sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya faham dan menghormati keputusan mahkamah yang telah membenarkan penangguhan perobohan perkampungan tersebut sehingga kes mahkamah yang difailkan oleh 58 orang penduduk itu selesai sepenuhnya. 


Tindakan Datuk Seri Ahmad Phesal tidak kena pada masa dan tempatnya dan berlagak seolah-olah beliau berkuasa melakukan apa sahaja terhadap penduduk, sedangkan seharusnya kesemua masalah ini boleh diselesaikan dengan baik di meja rundingan. Kekerasan dan ketegasan sikap beliau melambangkan keangkuhan beliau sendiri sehingga mengenepikan perintah mahkamah dan tanpa pertimbangan yang wajar terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan. LTPM PPM menegaskan, jika Datuk Seri Ahmad Phesal masih berkeras untuk merobohkan rumah sehingga melanggar perintah Injunksi Mahkamah Tinggi tersebut, maka para peguam tidak akan teragak-agak untuk memfailkan prosiding komital menghina mahkamah (contempt of court) terhadap Datuk Bandar KL.

Ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang negara. Sesiapa sahaja termasuk penjawat awam tertinggi sekalipun tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. LTPB PPM juga mengingatkan kesemua pihak bahawa dalam isu Kampung Chubadak Tambahan ini, perbincangan dan dialog adalah kaedah terbaik dengan membuka ruang penyelesaian yang seluasnya dan memuaskan hati kesemua pihak, bukannya dengan cara merobohkan rumah rakyat ala-Zionis seperti ini. 

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI 
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan