Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 13 Jun 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


PRK KULIM BANDAR BARU BAKAL BERLAKU ??

Posted: 13 Jun 2014 01:56 AM PDT


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank. Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.

 Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu. Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu. Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu. Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya. 



 Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat. "Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu. "Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis. Salinan notis muflis terhadap Abdul Aziz mula tersebar di internet sejak lewat petang Rabu dengan pelbagai andaian kemungkinan bakal diadakan satu lagi PRK kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. 

 Mengulas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata, beliau juga tidak menyedari mengenai tunggakan pembayaran berkenaan dan hanya mengetahui kewujudan notis tersebut pada Rabu. "Saya pun tak tahu, malam semalam (Rabu) saya menerima banyak SMS dan maklumat mengenai perkara ini. "Pagi ini baharu saya buat semakan dengan bank," katanya.

Darjah 6 Pun Dah Pandai

Posted: 13 Jun 2014 01:54 AM PDT

SEGAMAT: Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berb0gel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis. Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. "Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik," katanya.Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya."Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berb0gel."Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis./Sinar

TUKAR PANDA DENGAN TENUK : MALAYSIA TUNGGU JAWAPAN CHINA

Posted: 13 Jun 2014 01:50 AM PDT

JERANTUT: Kerajaan sedang menunggu jawapan China berhubung cadangan Malaysia meminjamkan sepasang tapir kepada negara itu sebagai balasan terhadap sepasang beruang panda gergasi yang dipinjamkan oleh China. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, jika China bersetuju, pasangan tapir berkenaan akan dihantar ke sana dalam tahun ini juga. "Kita sudah beritahu China dan sedang tunggu jawapan mereka,"
katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Kawasan Peliharaan Kebangsaan yang pertama di Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan tapir antara haiwan yang dijangka dipinjamkan kepada China sebagai pertukaran balas sepasang beruang panda gergasi yang tiba di negara ini bulan lepas. Ditanya mengenai kemasukan percuma untuk rakyat negara ini menyaksikan pasangan beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, Palanivel berkata perkara itu masih dalam pertimbangan. "Kemungkinan kita akan beri kemasukan percuma untuk tujuh atau 10 hari sahaja," katanya.Sinar

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan