Pengikut

Nuffnang

Isnin, 23 Jun 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Video : Isu Pencemaran Air di Jasin

Posted: 23 Jun 2014 01:04 AM PDT



Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam. 

Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar. 

Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa.

DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
Jauhar Muhammad Dawi


*Penulis juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil




Guru PASTI adalah Duta PAS

Posted: 23 Jun 2014 12:51 AM PDT


MELAKA: Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia
kali ke-8 telah berlangsung dengan jayanya di D'Village Resort Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini dan dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik. 

Dalam ucapan perasmiannya Dato' Abu Bakar Chik
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru-guru Pasti di atas penganugerahan Konvokesyen Guru Pasti Malaysia
ini kerana ia mengangkat martabat para guru Pasti setanding dengan profesion keguruan lain.

"Sebab itu guru-guru Pasti tak boleh lari dari PAS, mereka adalah duta PAS, mereka dilihat masyarakat, baiknya mereka baiklah PAS, buruk mereka buruklah PAS, maka saya minta semua jagalah keperibadian
Islam. 

"Gelombang untuk bangunkan masyarakat ini mesti dilakukan secara serius dan ia mesti digerakkan oleh semua anggota PAS. 

"Institusi Pasti adalah institusi besar yang sedang capai standard dunia. Insya-Allah Pasti akan memimpin pelaksanaan pendidikan Islam di Malaysia," ujarnya. Beliau turut mengalu-alukan cadangan Pasti ingin menubuhkan sekolah rendah berpusat kerana ianya satu keperluan di dalam masyarakat yang telah melihat kejayaan pengurusan Pasti secara yang bersistematik.

"PAS sangat menitikberatkan soal pendidikan dan tarbiah dalam perjuangannya kerana ia akan memantapkan asas dan dasar perjuangan agar tidak melencong daripada matlamat perjuangan.

"Saya amat berharap sistem pendidikan Pasti akan sentiasa melahirkan generasi umat terbilang yang menjunjung Islam di masa hadapan dan merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di semua peringkat," katanya.

Pada majlis tersebut dua orang guru Pasti terpilih menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato' Abu Bakar Chik iaitu Nadhrah Abdul Samad penerima Anugerah Presiden dan Rusnani Husain penerima Anugerah Ketua Pengarah Pasti.








Harakah keluaran 22 – 24 SYAABAN 1435 / 20 – 22 JUN 2014

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan