Pengikut

Nuffnang

Khamis, 29 Mei 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


TABAH JAGA SUAMI TERLANTAR

Posted: 28 May 2014 09:15 PM PDT




TABAH JAGA SUAMI TERLANTAR

29 Mei 2014 REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu. Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup. Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.

Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.

"Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.

Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.

Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan  untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit kronik.

"Kadang-kala saya berasa sangat sedih apabila diuji seperti ini. Suami terlantar sakit, sementara anak-anak saya pula silih berganti ditahan di wad hospital.

Menurutnya, dia amat berharap agar permohonannya untuk mendapatkan katil khas diluluskan segera bagi memudahkan dia menguruskan suaminya terlantar sakit.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan