Pengikut

Nuffnang

Khamis, 8 Mei 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Mungkin ini antara punca kenapa ada masjid-masjid di N.Sembilan suram, jemaahnya terlalu sedikit

Posted: 08 May 2014 05:50 PM PDT




Di N.Sembilan, pemilihan AJK masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana pemilihan di buat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini, kata parti A ambil ahli jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain.

Bila YB pilih AJK daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana tidak puas hati dan sebagainya – Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad (petikan majalah Milenia Muslim)

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni`mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" - Ali Imran 103

15 tahun derita sakit misteri

Posted: 08 May 2014 12:43 AM PDT



Bersama kita membantu. Mungkin kita boleh dapatkan penyumbang serta pihak farmasi untuk memberi sumbangan lampin pakai buang serta susu khas.

15 tahun derita sakit misteri

8 Mei 2014 REMBAU –"Ada masanya saya terasa sakit seluruh badan. Sakitnya seperti dicucuk duri. Tapi, doktor kata saya hidap sakit usus," luah Rokiah Baba, 59, ketika ditemui di kediaman sewa anaknya di Jalan Datuk Mohd Dom, dekat sini, semalam.

Rokiah berkata, sejak hampir 15 tahun lalu, dia tiba-tiba diserang sakit misteri dan terpaksa berhenti kerja sebagai tukang sapu di sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) di daerah berkenaan.

"Kini saya tinggal di rumah sewa anak saya, Mohd Fadzly Zainal, 34. Kami lapan sekeluarga menetap di sini termasuk seorang anak saya yang masih bersekolah di tingkatan tiga serta anak perempuan saya, Nur Fazilatul Wahida Zainal, 20, yang tidak bekerja bagi menjaga saya.

Walaupun Rokiah memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM270 sebulan, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi untuknya menampung perbelanjaan membeli lampin pakai buang dan kos ke hospital.

Menurutnya, susulan masalah kewangan yang dihadapinya itu, ada kalanya dia terpaksa menggunakan surat khabar sekiranya kehabisan lampin pakai buang dan tidak mampu untuk membeli keperluan perubatan lain.

"Rokiah kini bergerak menggunakan kerusi roda dan banyak bantuan yang perlu dipenuhi terutamanya bantuan lampin pakai buang serta susu khas bagi tulang belakangnya susulan dia hanya duduk dan terbaring sahaja.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan