Pengikut

Nuffnang

Khamis, 15 Mei 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


50 km/j tak munasabah di kawasan parlimen Rembau, DUN Chembong berhampiran Wet World Pedas

Posted: 15 May 2014 04:03 PM PDT

Semoga Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Chembong prihatin akan isu ini.


50 km/j tak munasabah di kawasan parlimen Rembau, DUN Chembong berhampiran Wet World Pedas

15 Mei 2014 REMBAU – Pengguna jalan utama Seremban-Tampin, dekat Pedas, di sini memohon pihak berkaitan mempertimbangkan semula had laju ditetapkan di kawasan berkenaan. Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, beberapa papan tanda had laju iaitu 50 kilometer sejam (50km/j) didirikan di laluan selekoh berkenaan berbanding had laju sebenar bagi jalan persekutuan iaitu 90km/j.

"Laluan berkenaan membenarkan had laju sekitar 50km/j sedangkan had laju berkenaan agak sukar untuk dipatuhi kerana agak perlahan dan pengguna jalan raya terpaksa menekan brek melalui kawasan berkenaan untuk mengelak kemungkinan disaman.

"Ada juga pengguna yang memandu sekitar 60km/j dan turut dikenakan saman. Jadi saya harap agar pihak berkaitan dapat mempertimbangkan permohonan untuk menaikkan had laju iaitu 70km/j di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.

Peniaga, Yau Ho Huat, 60, memberitahu, kenalannya juga terkejut apabila mendapat surat saman sebulan lalu kerana memandu dengan had laju sekitar 70km/j.

"Tentu sahajalah rakan saya terkejut kerana tidak menyangka had laju di kawasan itu hanya sekitar 50km/j. Malah, jika di Pekan Pedas pun had lajunya adalah sekitar 70km/j.

JELAJAH USTAZ NURSALAM

Posted: 15 May 2014 03:55 PM PDT



Biara gereja diserang dengan topi keledar

Posted: 14 May 2014 11:21 PM PDT




Seremban 15 Mei 2014 - Dua biarawati yang diserang di kawasan gereja Seremban awal pagi semalam dipukul dengan topi keledar sebelum dirompak, kata seorang biara. Biara yang tidak mahu dikenali itu berkata Sister Juliana Lim, 60, dan Mary-Rose, 80 dipercayai diserang oleh sekurang-kurangnya dua orang menggunakan topi keledar untuk memukul mangsanya.

Juliana masih lagi dalam koma dan dikatakan dalam keadaan kritikal. Dia juga bernafas dengan respirator.

Biara itu mengatakan Mary-Rose mendedahkan penyerang mereka menggunakan topi keledar untuk memukul mereka sebelum merampas beg mereka yang mengandungi Bible, buku doa, tasbih dan sedikit wang.

Kedua-dua mangsa tiba di gereja Church of the Visitation di Jalan Yam Tuan kira-kira pukul 6.15 pagi, di dalam kereta bersama dua orang lagi biara untuk menghadiri perhimpunan pagi.

Dua lagi biara pergi ke bahagian luar gereja sementara Juliana dan Mary-Rose berjalan ke pintu utama di mana mereka dipercayai diserang.

Beberapa minit kemudian, kedua-dua mereka dijumpai terlentang di tangga pintu utama oleh penjaga gereja yang datang membuka pintu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan