Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 30 Mei 2014

PAS KAWASAN KUBANG PASU

sumber :-

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Kerajaan BN Kedah tiada halatuju

Posted: 30 May 2014 07:07 PM PDT

SETAHUN Kedah di bawah teraju Kerajaan BN dilihat tanpa hala tuju. Pendirian kerajaan negeri
bukan sahaja kabur, bahkan segala janji manis dan manifesto PRU13 gagal ditunaikan. Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir sejak seawalnya mengangkat iltizam membawa perubahan yang tidak pernah dilihat, akhirnya longlai lesu. Ikuti temubual IZWAN ABDUL HALIM bersama Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.


Penilaian umum Dato' terhadap keupayaan gabungan baru kepimpinan BN sekarang dalam menerajui kerajaan negeri?

Saya pada mulanya dengan latar belakang Menteri Besar yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Persekutuan meletakkan kemampuan yang dirasakan tinggi disebabkan pengalaman-pengalamannya. Apatah lagi hubungan mereka antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang sudah semestinya cukup baik; daripada parti yang sama. Tetapi setelah hampir satu tahun berlalu, saya tidak nampak sesuatu yang 'extraordinary' daripada apa yang sudah berlaku. Walaupun 'advantage' yang ada tu dari segi hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri tu sehingga kita merasakan projek yang dapat memberi manfaat, tetapi yang diwarisi dulu pun hampir-hampir dibuang kerana dikatakan kemampuan kewangan yang tidak mengizinkan. Jadi sudah hampir setahun ini, bagi saya 'perfomance' agak mendukacitakan kecuali beberapa program-program yang saya kira program kosmetik untuk meraih sokongan daripada rakyat, program selawat dan seumpamanya. Tapi tidak ada satu program menarik, yang diluar daripada kotak pemikiran sebuah kerajaan yang biasa walaupun dipimpin daripada orang kita merasakan mempunyai pengalaman sebagai korporat, sebagai Timbalan Menteri dan sebagainya.

Macamana pula penilaian Dato' terhadap saf Adun Pakatan Rakyat Kedah?
Ada beberapa orang lama dan sebahagian besar merupakan muka-muka baru dan dalam proses belajar. Melihat portfolio yang diberikan amanah kepada mereka untuk mengawasi dan memberikan komen-komen saya rasa perlu diberikan sedikit masa lagi. Dari segi keupayaan menjaga kawasan bersama dengan rakyat sangat baik. Dari segi amanah menjaga portfolio (shadow cabinet) mungkin memerlukan sedikit masa memahami skopnya untuk bertindak dengan lebih efektif, insya-Allah.


Secara bandingan, Dato' melihat antara wawasan kepImpinan kerajaan yang ada (BN sekarang) dengan wawasan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lalu.
 
Semasa kita jadi kerajaan dulu cukup terserlah dalam beberapa sektor contohnya sektor pendidikan. Bagaimana visi Yang Amat Berhormat Almarhum Ustaz Azizan untuk melihat taraf Insaniah (Kuin) ditingkatkan menjadi sebuah Universiti penuh memerlukan kampus yang tetap dan kita merancang, melaksanakan dan akhirnya berjaya dalam masa yang cukup singkat kita diberikan amanah itu. Setelah mereka ambil alih jadi macam-macam isu. Tetapi alhamdulillah akhirnya bersetuju kembali ke sana semula. Dalam bidang pendidikan ini kita juga wujudkan Maahad Tahfiz Sains dan memperkasakan lagi semua Maktab Mahmud induk dan daerah dan program sewaktu cuti, program untuk pelajar..KBS, kem-kem solat. Sekarang sudah sepi kem yang dianjurkan dulu sewaktu musim cuti. Visi kita waktu itu untuk meningkatkan Kedah ke arah negeri pertanian yang lebih moden. Kita mengambil langkah dan tindakan ke arah itu. Sekarang ini di uar-uarkan mereka tapi tak nampak suatu yang jelas nak dibawa mereka. Saya rasa dari segi wawasan itu berbeza sewaktu kita memerintah dengan sekarang walaupun dibuat Makmal Transformasi, tapi dari segi pelaksanaan tidak nampak lagi secara jelas perkara-perkara yang diputuskan.

Mereka tidak meneruskan agenda yang dibuat kepimpinan kerajaan yang lalu. Apa pendirian Dato' dengan sikap mereka?

Ini satu perkara dalam mana-mana kerajaan kita kena ingat kerajaan ini merupakan satu entiti yang ada kesinabungan. Apatah lagi program yang dibuat dulu baik dan bermanfaat. Kalau ambil sikap ini merupakan legasi kerajaan yang dulu, maka dengan 'arrogant' kerajaan sekarang menolak dan tanpa membawa satu alternatif yang lebih baik, ini satu yang cukup malang. Kalaulah kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini merasakan Insaniah (Kuin) merupakan satu legasi kerajaan BN yang terdahulu, sudah tentu kita tidak mengambil sikap untuk meningkatkan lagi tahap Kuin dengan tahap yang kita mahukan, sebab itu legasi mereka. Tetapi kita tidak melihat sedemikian, ini sesuatu yang baik. Sikap sebegini tidak seharusnya wujud  untuk tidak meneruskan sesuatu yang baik atas sebab legasinya.

Berkenaan manifesto berkaitan 100 hari dan perkara-perkara yang dijanjikan serta slogan BN iaitu "BN Menang, Kedah Senang", apa komen Dato' mengenai perkara ini?

Aku janji yang dibuat kita ada salinan. Ini baru setahun, Orang akan pertikaikan kerana masih banyak yang ada dalam janji itu tidak memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. Contohnya seperti tempoh 100 hari untuk menghapuskan lesen penjaja tak memerlukan tempoh yang panjang untuk dilaksanakan. Kenapa janji melaksanakan kursus kahwin percuma tidak dilaksanakan segera padahal tidak memerlukan kos yang besar pun. Janji tidak terlaksana seperti dalam manifesto. Saya yakin kalau kita secara ikhlas membuat perbandingan apa yang kita janjikan dulu masa 2008 banyak yang kita laksanakan segera kerana kita merasakan ini yang rakyat nilai kita dari segi pencapaian.



Bagaimana dengan portfolio yang diterajui MB sendiri?

Walaupun Makmal Transformasi diadakan, dari segi pelaksanaan masih belum berlaku. Masih tidak jelas untuk meningkatkan hasil negeri selain hasil yang sedia ada, MB tersilap untuk tidak menjadikan hasil hutan sebagai hasil kerajaan negeri. Kita lakukan pembalakan bukan bermakna kita melanggar undang-undang. Kita membalak dalam kuota yang dibenarkan. Mereka nampaknya nak kembali ke sistem asal iaitu negeri tidak mendapat hasil sebanyak mana, tetapi ada individu yang menjadi super kaya. Dari segi perancangan ekonomi yang berlaku kebanyakkan dari Kerajaan Pusat, yang kita juga lakukan dulu, ataupun memang projek Pusat maknanya negeri tumpang saja. Tidak ada 'outside the box'.



Mungkin Dato' ada maklumat perincian mengenai penyelewengan Kerajaan Negeri sekarang?

Ada, misalnya satu kes yang diselesaikan di luar mahkamah dengan membayar RM2.5 juta kepada
sebuah syarikat, menimbulkan seribu satu soalan kepada kita. Begitu juga kononnya kerajaan hendak belanja berhemah, baguslah nak belanja berhemah, tetapi dalam masa yang sama Mercedez Benz baru dibeli. Bila ditekan tanya, dijawab dibeli untuk Tuanku Agong guna di Langkawi. Padahal ini Kerajaan Negeri. Tuanku Agong Kerajaan Persekutuan yang mengurus Baginda. Program Maharaja Lawak Mega yang menelan RM1.2 juta. Program itu tidak wajar dianjurkan kerajaan negeri kerana ia akan berjalan kerana ada 'sponsor'. Tetapi kerajaan negeri keluarkan juga RM1.2 juta untuk tempoh 4 jam program itu. Banyak yang masih belum dilaksanakan, keberangkalian berlaku penyalahgunaaan kuasa dan rasuah itu 'mungkin dalam proses'.



Bacaan Dato' terhadap politik Kedah untuk 4 tahun atau sepanjang penggal ini.

Saya lihat amat mendukacitakan! Dari segi kewangan, kerajaan negeri mempunyai hubungan dengan kerajaan persekutuan; sepatutnya hubungan rapat membolehkan sesuatu dibawa ke Kedah, tetapi ini tidak berlaku. Banyak perkara yang patut dapat dilakukan untuk rakyat dan memerlukan komitmen kewangan, tetapi tak dapat dilaksanakan. Di Pusat sendiri mempunyai krisis, mereka juga mempunyai 'think tank' mereka yang tersendiri. Mereka gagal memenuhi kehendak tersebut, apa yang mudah untuk rakyat, yang boleh mencuit hari rakyat Kedah. Oleh kerana Kedah ini terkenal dengan kuat agama, imej itu yang ditonjolkan seperti mengadakan program Kedah Selawat yang saya rasakan tidak mahal dan mudah dilaksanakan, tapi boleh memberi impak kepada rakyat. Keadaan itu berbeza apabila seorang yang bukan ustaz seperti MB sekarang, tiba-tiba menjadi imam contohnya sudah tentu orang akan bercakap. Inilah yang mereka cari 'quick wins' yang dapat mereka buat untuk memenangi hati rakyat. Saya kira program seumpama ini akan mereka laksanakan supaya dapat memberi imej positif kepada MB dan BN.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan