Pengikut

Nuffnang

Khamis, 29 Mei 2014

PAS KAWASAN KUBANG PASU

sumber :-

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Anakku ahli PAS

Posted: 28 May 2014 06:36 AM PDT

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD 

PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam
mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan "Kun Fayakun", tanpa apa-apa perancangan.

Dengan alasan PAS jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda.

Usamah bin Zaid  dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiah Rasulullah SAW sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah SWT telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu".

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Kenapa perlu menjadi ahli PAS

Senang untuk dicula ketika musim pilihanraya, kerana seorang ahli,  insyaAllah pasti memangkah PAS. Orang atas pagar belum tentu mereka akan bersama dengan PAS, apabila disogok dengan wang dan diasak dengan media. Berbeza dengan ahli, mereka tidak akan termakan dengan fitnah media dan sogokan wang. Walau pun dia tidak puas hati dengan calon, namun beliau tetap memangkah.

Senang untuk dikaderkan, kerana kita boleh mengetahui potensi diri yang ada di dalam setiap orang ahli. Kita tidak boleh melaksanakan perkaderan jika ia bukan ahli kita.

Senang untuk mendapat dana parti. Seperti yang kita maklum wang PAS daripada ahli PAS. Wang boleh diperolehi melalui yuran dan infaq ahli.

Seorang ahli dia merasa sayang dengan parti. Ia menganggap PAS bukan hak mana- mana individu, tetapi hak semua ahli.

Seorang ahli PAS ia akan menjadi jentera penerangan. Mereka akan menangkis fitnah musuh terhadap PAS. Mereka bertindak sebagai televisyen PAS di kedai kopi atau mana-mana perhimpunan orang ramai.

Cara Untuk Memastikan Anak Menjadi Ahli PAS

Apabila anak sudah baligh isilah borang ahli PAS.
Beri semangat kepada anak supaya meneruskan perjuagan PAS.
Jangan menakutkan anak-anak supaya jangan terlibat dengan PAS, nanti tidak dapat kerja. Yakinkan mereka bahawa tidak ada yang susah kerana berjuang Islam. Allah menjamin hambanya yang bekerja di jalan Allah.
Berikan semangat bahawa kerja di dalam jamaah akan dianugerahkan keberkatan oleh Allah SWT.
Ajak mereka hadir ke program PAS sejak kecil lagi supaya mereka tidak kekok ketika mereka besar nanti.
Beri galakan  kepada anak lelaki menyertai Unit Amal, anak perempuan menyertai Nisa' dan Briged Muslimat.
Ketika mereka masuk ke Pusat Pengajian Tinggi pastikan anak meneruskan tradisi berjamaah dengan PAS.
Bawa anak-anak ke Markaz Tarbiah supaya daripada kecil sudah jinak dengan PAS.
Berbual dengan anak-anak mengenai perjuangan supaya mereka dapat menyampaikan pula kepada orang lain. Satu perkara yang silap apabila ada ibubapa yang tidak mahu membawa balik cerita PAS di rumah, kononnya tidak mahu anak serabut dengan perjuangan.
Satu mala petaka yang menimpa perjuangan PAS apabila ada ibu bapa membiarkan anak menentang perjuangan PAS dan menjadi pemimpin parti lawan.
Banggalah jika kita berjaya meninggalkan warisan perjuangan apabila kita menemui Allah SWT.

DNA babi: Produk muslim sebagai alternatif

Posted: 28 May 2014 06:34 AM PDT

Oleh DR RIDUAN MOHD NOR

Isu kandungan babi (porcine) dalam coklat kegemaran ramai Cadbury menjadi polemik negara buat seketika.

Ia menjadi gempar dengan ramai pihak membangkitkan kemarahan kerana ianya telah dijual berleluasa dan dimakan oleh orang ramai tanpa pemantauan sehinggalah akhirnya pendedahan oleh kerajaan baru-baru ini.

 Ada cadangan beberapa pihak yang keterlaluan, terkeluar dari garis Islam dan menimbulkan rasa tidak senang dalam masyarakat termasuk mahu membakar kilang Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd.

Namun begitu Cadangan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad supaya tindakan tegas diambil terhadap syarikat Cadbury dilihat agak wajar, pertengahan dan boleh diambil perhatian.

Tindakan tegas ini amat penting sebagai suatu pengajaran berharga buat syarikat terbabit dan mana-mana syarikat lain agar mengambil sikap berhati-hati dalam menyediakan makanan mereka.

Sikap sambil lewa dengan tidak memerhatikan kandungan makanan sehingga bahan terlarang ada dalam makanan dianggap sebagai menipu.

Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak boleh diterima khususnya bagi umat Islam.

Bagi saya, syarikat terbabit telah melakukan suatu penyelewengan kerana berniat jahat bagi memastikan darah daging umat Islam tidak suci kerana memakan makanan yang haram kandungannya.

Perbuatan ini dianggap sebagai khianat atau sabotaj dan menutup operasi syarikat adalah hukuman paling setimpal atas perbuatan mereka.

Tindakan menyita atau menutup syarikat terbabit buat tempoh tertentu adalah paling wajar dan bersesuaian memandangkan tindakan yang sama dibuat terhadap premis-premis yang tidak mematuhi syariah dalam menyediakan makanan termasuk pengusaha bukan Muslim, premis kotor dan makanan tidak halal disediakan terhadap pembeli.

Isu kandungan halal dan haram dalam makanan perlu menjadi perhatian yang serius pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan.

Oleh kerana terlalu banyak produk yang dijual di pasaran terbuka, maka pemantauan yang ketat dan kerap perlu dibuat bagi memastikan produk makanannya benar-benar menepati piawaian dan standard halal yang ditetapkan.

Dalam hal ini, bagi mengelakkan polemik yang lebih besar dan sebagai pengajaran bersama, produk keluaran syarikat tempatan perlu menjadi pilihan utama bagi rakyat berbanding produk syarikat luar negara kerana pemantauan terhadap pengeluaran produk ini mudah dibuat manakala pengusahanya memahami budaya dan kehendak masyarakat tempatan

Namun begitu, pemantauan ketat dengan pemeriksaan berkala, ujikaji makmal yang kerap dan menyediakan pegawai syariah juga perlu dilakukan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Bagi umat Islam pula, sudah tiba masanya produk keluaran pengusaha dan syarikat Muslim mendapat tempat di hati mereka.

Produk syarikat atau pengusaha Muslim tidak kurang hebat dari segi kualiti, rasa dan sifatnya. Selain halal, ia juga dapat membantu mengembangkan produksi dan ekonomi umat Islam di negara ini.

Kerajaan pula perlu meletakkan polisi agar syarikat keluaran Muslim dan pengusaha tempatan diberi tempat yang meluas di pasaraya mega dan di pasaran terbuka agar mereka juga menjadi pilihan pengguna di negara ini.

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

.

Cukai, GST, amanah dan hukum Islam

Posted: 28 May 2014 06:31 AM PDT

Oleh DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia
dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya? Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti.

 Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.


HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-

 1.Haramnya cukai secara mutlak. Mereka berhujjah berdasarkan dalil :

a.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.

Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.

b.Sabdaan Nabi sallaallahu 'alaihi wasallam yang menyebut, ertinya: "Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya." (Riwayat Ahmad : hadis sohih)

Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

c.Sabda Nabi sallaallahu 'alaihi wasallam, Ertinya: "Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, "Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya." (Riwayat Muslim : Sohih)

Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut 'bertaubat' menunjukkan ianya berdosa.

d.Nabi bersabda, Ertinya: "Sesungguhnya penguasa yang mengenakan 'Maks' (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka." (Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

2.Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.

a. Dalil mereka: Sabda Nabi, ertinya: "Sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat." (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )

b. Berlandaskan Siyasah Syari'iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata, ertinya:

Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya "Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat). (Tafsir Al-Qurtubi, 2/223).

Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I'tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut, ertinya, "Apabila sudah kosong milikan negara daripada harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. (Al-Mustasfa, 1/426)

Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.

3.Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a'la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan 'Maks' di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi SAW itu membawa maksud khusus iaitu, ertinya: iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. (Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)

Prof. Dr Ali Muhydin al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan pada zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.

TARJIH PANDANGAN

Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama', nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada 'illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi SAW. Melihat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.

Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan "Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan)". Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan. Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.

ANTARA SYARAT

Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah "yang kurang mudarat dari dua mudarat" ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :-

1.Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.
2.Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa. Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.
3.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.
4.Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.
5.Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka 'terpaksa' menghabiskannya  kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah amanah.

Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah.

www.zaharuddin.net

Perlukah Pemberian BR1M Diteruskan ?

Posted: 28 May 2014 06:28 AM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff.

Saya ke hospital melawat saudara, sedih melihat katil yang sesak. Saya ke Kuala Lumpur, gelisah melalui jalan yang sibuk. Saya balik kampung, sedih mendengar cerita penoreh getah yang susah. Saya melihat data ekonomi negara, sedih melihat hutangnya banyak.

Maka, saya terfikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tentunya tidak mudah untuk kerajaan mengatasi kesemua masalah di atas kerana memerlukan belanja yang banyak. Lalu, terlintas di hati saya tentang BR1M. Perlukah kita pada BR1M?


BR1M diperkenalkan dalam kempen pilihan raya yang lalu dengan tujuan untuk membantu rakyat miskin. Tidak cukup dengan itu, mahasiswa juga diberikan baucer buku dan anak-anak sekolah diberikan wang poket di awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa.

Belanja BR1M bukan sedikit. Pada Februari lepas, sejumlah RM3 bilion dibelanjakan kerajaan untuk BR1M. Dengan belanja sebanyak itu, apakah kesannya kepada rakyat?

Saya tidak nampak kesan yang BR1M boleh mengurangkan beban hidup, apatah lagi kemiskinan rakyat. Yang saya nampak ialah kenaikan harga meningkat, cukai yang meningkat dan lainnya. Di pihak penerima pula, yang saya nampak ialah mereka gembira buat sehari dua dan selepas itu kembali hidup dalam kesusahan. Lebih dari itu, yang saya nampak ialah BR1M menjadi momokan pembangkang bahawa pembayarannya adalah semata-mata untuk kerajaan mendapat keuntungan politik.

Perlukah BR1M diteruskan?

Saya tidak merasakan keperluannya, jikapun itulah janji kerajaan kepada rakyat. Ini kerana pengagihan BR1M ini tidak juga meringankan beban rakyat, sebaliknya menyusahkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

Betul, kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M. Tetapi buat apa meneruskan jika ia tidak menguntungkan dan tidak mencapai sasarannya untuk mensejahterakan rakyat. Rakyat lebih sejahtera sekiranya kita mempunyai hospital yang baik, jalan raya yang baik, sekolah yang baik dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang baik.

Maka, hentikan BR1M dan gantikan peruntukan BR1M itu dengan membaiki dan menyediakan kemudahan prasarana yanag lebih baik. Jika ada lebihannya, gunakanlah untuk membayar hutang negara. Bila hutang negara sedikit, ekonomi negara tidak terbeban. Bila ekonomi negara tidak terbeban, maka kerajaan tidaklah perlu mengurangkan subsidi barangan asas dan bercakap tentang rasionalisasi subsidi. Dan kerajaan juga tidak perlu lagi memikirkan kenaikan cukai.

Bagaimana Membantu Orang Miskin?

Menghapuskan BR1M bukan bererti kerajaan tidak membantu rakyat miskin. Kerajaan perlu terus membantu, tetapi bantuannya adalah melalui jabatan, agensi kerajaan, Pusat Zakat dan badan-badan kebajikan. Rakyat miskin yang tidak mampu, mengadulah kepada badan-badan ini. Begitulah sepatutnya cara bantuan kepada rakyat miskin diberi, iaitu dengan negara membantunya secara yang tersusun.

Wakil rakyat pula tengoklah rakyat miskin di kawasan masing-masing. Kumpulkan data dan maklumat mengenainya, bukan sahaja sibuk mengumpul data mengenai sokongan pengundi.

Apakah Menghapuskan BR1M Menyebabkan Kerajaan Hilang Sokongan?

Saya tidak nampak kaitannya. Dalam politik, cara mendapatkan dan mengekalkan sokongan bukanlah dengan kaedah membantu rakyat melalui BR1M, tetapi dengan membuktikan kerajaan peka kepada masalah mereka, menghormati mereka, memahami mereka, mendengar suara mereka dan berlaku adil kepada mereka.

Rakyat hanya mahukan kesejahteraan. Majoriti rakyat melihat BR1M bukanlah penyelesai masalah kepada tekanan kehidupan mereka. Sudah ramai rakyat yang melihat BR1M sebagai projek gajah putih, tetapi tidak berani menyuarakannya. Mereka menyimpannya secara diam biarpun mereka terhimpit.

Maka, kali ini jikapun dengan menghapuskan BR1M ada segelintir rakyat yang marah, biarkahlah. Hentikan pemberian BR1M, dan sebagai gantinya, gunakan peruntukan tersebut untuk memastikan katil hospital dan jalan raya tidak sesak, kenaikan harga barang terkawal baik, harga komoditi getah ditambat, hutang negara diturunkan, dan lihat, apakah reaksi rakyat?

Yakinilah, rakyat tidak akan marah dengan menghapuskan BR1M, malah akan terus menyokong jika kerajaan mendengar jeritan mereka. Bertindaklah.

Jangan lawan kerajaan !

Posted: 28 May 2014 06:25 AM PDT

Oleh Dr Azman Ibrahim

"Orang PAS ni dok habih-habih nak lawan kerajaan. Semua hok kerajaan buat dok kena belako!" Seorang pakcik yang datang ke sebuah kedai kopi di Jabi dengan Honda Cup buruk membebel sambil makan nasi berlauk.

"Anak kita sekolah kerajaan, jalan kerajaan buat, lektrik kerajaan bagi, air kerajaan bagi tapi dok tahu nak terima kasih, nak lawan semacang kerajaan!"

Saya terdengar dialog ini daripada seorang pakcik umur 50-an yang tengah naik haji di atas wakaf ketika kebetulan saya singgah membeli nasi bungkus di sebuah gerai di Kuala Besut.Sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, ada terdengar di telinga saya, "Calon PAS tu boleh jadi doktor kerana bantuan kerajaan, tapi kelik lawan kerajaan. Pesen dok kenang budi!"

"Makcik bukan tak boleh nak pakah PAS, tapi kerajaan banyak bantu makcik. Dekat nak raya kekgi, boleh pitih pulok." Jawab seorang warga emas di Jabi ketika saya mengunjunginya dalam kempen pilihan raya 2008.

"Awe nak suruh ambo pakah PAS? Kalu awe boleh bawak sedulang emas pun, ambo tak akan pakah PAS untuk lawan kerajaan!!" Ini ucapan yang keluar daripada seorang kaum ibu Umno di Kampung Kuala Kubang, Jabi ketika saya mengunjungi rumahnya dalam kempen PRU13 lalu.

Apa kesimpulan yang boleh kita ambil daripada senario di atas? Saya cerita di sini level tahap kefahaman orang kampung saya di Besut, tapi sebenarnya orang bandar pun sama dan serupa. Kefahaman yang ditelan sejak turun temurun, lawan Umno maknanya lawan kerajaan!

Bila kita masuk pilihan raya bermakna kita nak tukar kerajaan. Berapa peratus orang yang faham, PAS masuk pilihan raya untuk nak tukar parti pemerintah, bukannya hendak tukar kerajaan? Yang kita nak tukar adalah Umno/BN.

Kerajaan kekal, polis kekal, askar kekal, bomba kekal, jalan raya kekal, elektrik kekal, Jabatan Pelajaran, universiti kekal, persatuan bola sepak kekal, Jabatan Kebajikan Masyarakat kekal, Risda kekal, Felda kekal, Felcra kekal, Petronas kekal, Lebuhraya Utara Selatan kekal cuma buang plaza tol saja, KLIA kekal, Stadium Nasional kekal, Masjid Negara kekal dan Putrajaya kekal!

Semua salah faham dalam masyarakat ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana ajaran salah Umno.
Bantuan kerajaan dilekatkan logo keris dan dacing. Premis kerajaan jadi premis Umno. Projek kerajaan menggunakan wang rakyat diletakkan label "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" lengkap dengan logo penimbang kati.

Masa pilihan raya, habis jentera kerajaan jadi jentera Umno, premis-premis milik kerajaan jadi tempat pemimpin Umno bertemu dengan rakyat. Presiden Umno masih ke sana sini dengan pesawat kerajaan walaupun Parlimen sudah bubar.

Orang tua dulu kalau lawan Umno tidak dapat baja subsidi. Kalau lawan Umno kena tukar tempat kerja. Cikgu yang lawan Umno kena surat tunjuk sebab. Isteri yang jadi calon PAS lawan Umno, suami pula yang dapat notis tukar 24 jam. Ayah yang lawan Umno, anak pula susah nak dapat duit Yayasan Terengganu. Lawan Umno, tidak dapat duit ehsan. Lawan Umno tidak disambung kontrak guru Kafa dan pelbagai lagi.

Seolah-olah subsidi baja tu daripada duit Umno, cikgu tu kerja dengan Umno, Yayasan Terengganu tu hak Umno, guru Kafa Umno yang bayar gaji dan duit ehsan dikeluarkan daripada akaun Umno untuk diberi kepada penerima.

Inilah perangai Umno yang sudah lama jadi hantu raya yang menakutkan rakyat dengan bayang-bayang.

Kerana itulah saya pernah jumpa pegawai tinggi polis yang menasihatkan saya supaya jangan lawan kerajaan. Kesian dia. Di topi ada logo kepala harimau, di baju pun ada kepala harimau, atas bahu ada bintang, ada crown lagi. Celah ketiak ada tali, tak cukup dengan pistol, ada tongkat pula. Tapi penakut dengan Umno dan tidak tahu hendak beza dia kerja dengan Umno atau kerajaan!

Bekas dekan saya di Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM dulu pun memang Umno tulen. Selalu dia sebut kepada saya, kita kena mendokong polisi kerajaan, jangan lawan kerajaan. Saya kata, tidak ada masalah untuk kita dokong polisi kerajaan, melaksanakan dasar-dasar kerajaan kerana itu memang tanggungjawab kita sebagai pegawai kerajaan. Yang saya lawan adalah Umno, bukannya kerajaan!
Apa sebabnya pegawai kerajaan takut sangat dengan Umno, fobia dengan PAS dan Pakatan Rakyat?

Kalau anda seorang pegawai polis, PAS memerintah pun anda tetap pegawai polis. Cikgu-cikgu tidak akan jadi penoreh getah. DO tidak akan kena kerja kait buah kelapa sawit. Pegawai pelajaran tak akan jadi cikgu mengajar beruk naik nyior dan pilot kapal terbang tak akan jadi pemandu teksi.

Kalau sekarang anda makan nasi, PAS dan Pakatan Rakyat memerintah pun, dengan izin Allah anda tetap akan makan nasi. Cuba tengok di Kelantan, berapa ramai orang yang beli Beras Nasional berbanding dengan orang beli beras Siam yang lebih berkualiti? Sepatutnya dengan lebih 20 tahun PAS memerintah, sudah banyak restoran yang menghidangkan menu ubi kayu berbanding nasi.
Cukup-cukuplah dengan kebodohan itu!

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah

Posted: 27 May 2014 10:51 PM PDT

OLEH ZULKIFLI YAHAYA  
 
KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.

Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma 'tumpang tui' mencari nama.

Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi?

Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Setahun Mukhriz dan BN Kedah sangat teruk!

Posted: 27 May 2014 10:49 PM PDT

OLEH ZULKIFLI YAHAYA 

PADA masa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, Menteri Besarnya Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menekankan keperluan mengekalkan Kedah sebagai penghasil utama bekalan beras negara. Penguatkuasaan yang dilakukan ialah tiada pembukaan kawasan industri mahupun perumahan di atas tanah sawah padi.

 Di kala itu bekalan beras dari Kedah yang disumbangkan untuk keperluan rakyat Malaysia sudah tinggal 44 peratus.Agak mengejutkan apabila, selepas setahun BN mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan, negeri Jelapang Padi ini hanya mampu menghasilkan 30 peratus bekalan beras dalam negara. Kemerosotannya sangat besar.

Apakah BN prihatin terhadap isu yang melibatkan makanan asasi rakyat Malaysia ini? Jawapannya tidak!

Buktinya, meskipun BN sedar bahawa hasil beras dari Kedah merosot teruk akibat kegagalan mereka namun mereka meneruskan kerja rakus memusnahkan tanah sawah atas nama pembangunan.
Hampir genap setahun pemerintahan Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, beliau mengumumkan penerusan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid dahulu.

Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa Ustaz Azizan sebaik mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 10 Mac 2008, Almarhum telah membatalkan projek ZIPY yang dirancang dalam kawasan sawah padi seluas 4,300 ekar di Yan. Kalau nak buat boleh tapi jangan korbankan kawasan sawah padi. Maka diubahlah rancangan ZIPY menjadi SULIHH yang tapaknya adalah di dalam laut.
Setahun pentadbiran BN Kedah,penuh dengan kegagalan. Mukhriz menjadi menteri besar yang paling teruk pernah dilahirkan di Kedah.

Sentuhannya serba tidak menjadi. Wibawanya hanyalah palsu, tidak lebih daripada menumpang status anak bekas perdana menteri.

Jika Mukhriz mahu dinilai prestasi berasaskan pencapaiannya, maka beliau hanya layak menerima satu bintang. Satu bintang tersebut adalah kejayaan melaksanakan projek- projek Pusat di negeri.

Misalnya projek UTC, perumahan rakyat dan sebagainya. Rakyat tidak nampak projek besar yang dibuat atas nama negeri dan dengan menggunakan dana negeri. Jangankan hendak membuat yang baharu gagal, yang telah diasaskan oleh kerajaan terdahulu pun gagal disambung walaupun projek dirancang penuh kebaikan.

Semua tahu, bahawa Mukhriz gagal menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan kemudahan yang ditinggalkan begitu cemerlang sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk.
Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

Mukhriz didakwa berbohong dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terangterangan tertera perkataan 'Menteri Besar Kedah.'

Barisan Exco kerajaan Negeri juga tidak dapat menahan nafsu, menukar kereta rasmi daripada Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

Mukhriz juga gagal mengawal pembalakan yang berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah- olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

Mukhriz juga gagal mengawal pertambahan pusat-pusat hiburan.

Rakyat Kedah tidak perlu ke Danok atau Hadyaai untuk berhibur, di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim - pusat hiburan bersepah-sepah. Ia menjadi tempat menjahanamkan akhlak anak-anak muda.

Dahulu, merekalah kononnya paling anti dengan pusat hiburan. Bila dah dapat kuasa, yang haram menjadi halal.

Tidak cukup dengan maksiat dari dalam negeri, pelopor program hedonism melampau dari luar juga dibenarkan dibawa masuk sekalipun dibantah oleh umat Islam setempat.

Kumpulan penyanyi separa bogel KPop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang diadakan di Sungai Petani.

Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati 'bersedekah' kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

Mukhriz juga telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampir pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

Mukhriz turut gagal mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Tidak dinafikan Mukhriz bijak kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Lepas ini Pusat yang tanggung. Cuma soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut?

Mukhriz juga gagal merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Entahlah, mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat 'mencurah air ke daun keladi' Mukhriz juga dikaitkan dengan keputusan tidak wajar apabila melantik Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salah laku.

Mukhriz juga dipersalahkan kerana gagal membentuk sebuah kepimpinan kerajaan negeri yang benar-benar berwibawa dan berkelayakan.

Ramai Exco yang tidak selayaknya menjadi Exco berdasarkan tahap pendidikan.

Kegagalan paling besar Mukhriz selaku Menteri Besar ialah pembelaan terhadap penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu langsung cara untuk menanganinya. Terlalu banyak kegagalan

Mukhriz dan kepimpinan BN Kedah untuk disenarai dalam ruangan yang terhad ini. Apa yang nyata adalah Mukhriz gagal! Negeri Kedah boleh lingkop jika Mukhriz dan kepimpinan BN terus menerajui kerajaan negeri Kedah.

Markah ‘3B’ untuk pentadbiran Mukhriz di Kedah

Posted: 27 May 2014 10:47 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar memberikan markah '3B' kepada kerajaan Kedah di
bawah pemerintahan BN dengan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar."3B yang saya maksudkan ialah, 'Blur' iaitu kabur, 'Blind' maksudnya buta dan 'Blank' bermakna kosong.

"Mukhriz terlalu lemah mentadbir Kedah sekarang walaupun sudah genap setahun namun, masih gagal melaksanaan program-program pembangunan malah pembangunan yang sedia ada juga tidak dapat diurus dengan baik," kata beliau pada sidang media yang diadakan 6 Mei lalu.Sidang media di Markas PAS Pokok Sena di sini sempena genap setahun Kedah di bawah pemerintahan BN.


Menurut Mahfuz, antara kegagalan BN Kedah ialah dalam menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik walaupun sudah mempunyai kampus tetap dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun katanya, apabila BN mengambil-alih, para pelajar dan tenaga pengajar diarahkan berpindah-randah sehinggakan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada semua pihak.

"Bukan itu sahaja, kakitangan Insaniah Holdings juga tidak dibayar gaji, status mereka tidak menentu serta hak mereka dinafikan lebih-lebih lagi ketika menjelang Aidilfitri yang lalu," jelasnya.

Sambungnya lagi, walau pun Mukhriz cuba membawa budaya berselawat di Kedah, program seumpama itu telahpun dimulakan sejak pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu dan ianya lebih kepada retorik untuk memenangi hati golongan ustaz dan ulama di Kedah.

"Realitinya, dalam masa yang sama beliau membenarkan penyanyi separa bogel K-Pop yang dibawa masuk dari Korea membuat persembahan di Konsert EUPE di Sungai Petani.

"Dalam soal kebajikan rakyat juga, Skim Kafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan dahulu dibatalkan sedangkan skim itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah bila ahli keluarga mereka meninggal dunia, tetapi kerajaan Kedah sanggup 'bersedekah' sebanyak RM200 ribu untuk program Raja Lawak.

"Walaupun kononnya di wujudkan skim khairat kematian untuk menggantikan skim kafalah, tetapi jumlah yang diberi hanya sekitar RM280, dan sumbangan ini kepada semua tidak kira miskin atau kaya walhalnya kita dahulu mengeluarkan RM500 untuk setiap kematian dan memfokuskan kepada golongan sasaran berpendapatan ren dah," jelas Mahfuz lagi.

Dalam masa yang sama Mahfuz mendakwa kerajaan BN Kedah juga gagal me nyelamatkan kawasan ta nah sawah apabila mengumumkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) akan diteruskan di Yan dan dijangkakan akan mengorbankan tanah sawah yang luas.

"Sedangkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, Projek ZIPY yang ditukarkan kepada Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH) hanya akan diteruskan di kawasan laut dan tidak melibatkan tanah sawah rakyat.

"Kalau mereka nak berbangga dengan Projek ZIPY, mereka kena ingat projek itu telah pun dirancang sebelum 2008 lagi dan mere ka hanya menyambung perlaksanaannya sahaja dan bukannya dari hasil pe merintahan yang ada se karang.

"Sepatutnya dalam setahun ini sahaja, Mukhriz yang sudah tiga kali ke London tentulah dapat membawa balik hasil untuk Kedah, tapi apa yang kita semua dapat lihat, Kedah sekarang hanya mampu me nyumbang 30 peratus be kalan be ras negara berbanding semasa pemerintahan Pa katan Rakyat di mana Kedah menyumbang sebanyak 44 peratus.

"Ini pula, bila Projek ZIPY nak diteruskan, akan melibatkan sebahagian kawasan tanah sawah di Yan, sedangkan kawasan itu amat terkenal dengan kesuburan dalam menghasilkan padi. Macam mana saya tak kata blur, blind dan blank," kata Mahfuz lagi.

Selain itu, Mukhriz juga dikatakan gagal bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah baru-baru ini di mana beliau mengeluarkan kenyataan kononnya kereta tersebut untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong padahal nombor pendaftarannya secara terangterangan tertera per kataan "Menteri Besar Kedah".

"Kenapa Mukhriz harus berbohong sedangkan duit yang dia gunakan itu adalah duit rakyat. Kalau beliau berani buat beranilah tanggung semuanya.

"Begitu juga dalam hal kereta rasmi Exco daripada Toyota Camry ditukar kepada Proton Perdana walhal Camry itu baharu sahaja ditukar kerana kereta yang sebelum itu terlalu uzur.

"Maknanya mereka sang gup mengeluarkan wang yang banyak demi kepuasan nafsu mereka sen diri tetapi untuk kebajikan rakyat seperti Skim Kafalah diberhentikan," jelasnya

PAS persoal pembangunan Kedah di bawah Mukhriz

Posted: 27 May 2014 10:44 PM PDT

Oleh BASHIR ISHAK & SARINA ISMAIL

Selepas setahun mengambil-alih pe merintahan daripada Pakatan Rakyat, kerajaan Kedah di bawah
teraju BN gagal menonjolkan pelaksanaan pembangunan seperti mana Akujanji mereka pada PRU13 lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar, semasa PRU lalu, BN telah mengeluarkan Aku janji BN Kedah dengan beberapa topik besar tetapi selepas genap setahun, mereka masih gagal membuktikan apa yang mereka janjikan dahulu.

 Katanya, tema "Memacu Tranformasi Kedah" ditukar kepada "Tranformasi Kedah Aman Makmur" namun, Dato' Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar masih gagal membuktikannya.

"Ketika genap 100 hari pemerintahan BN dahulu, Mukhriz hanya sekadar me ngeluarkan amanat dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu ter gopoh-gapah dalam soal melaksanakan pembangunan di Kedah," ujar

Mah fuz pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena 6 Mei lalu sempena genap setahun pemerintahan BN Kedah.

Jelasnya, dalam keadaan Kedah mengamalkan budaya pencernaan dan perancangan di mana semua perancangan akan dibawa ke makmal transformasi untuk kajian menyeluruh terlebih dahulu, tetapi malang dalam usia setahun ianya masih belum berhasil.

"Saya masih tertunggutunggu, bila masanya Bandaraya Getah yang kononnya di Padang Terap akan dilaksanakan? Mana dia Ban daraya Aeroangkasa di Changlun?

"Mungkin betul di situ sudah ada kilang pembuatan bahagian Boeing tetapi apa bentuk pelan tindakan yang betul-betul nak dijadikan Changlun sebagai Bandaraya Aeroangkasa?

"Di Jerlun pula nak dijadikan Hub Minyak dan Gas, tapi yang saya tengok sehingga hari ini hanyalah kedai minyak dan gas sahaja di sana, apakah itu yang Mukhriz maksudkan?" soal Mahfuz.

Tambahnya lagi, perancangan untuk menjadikan Alor Setar sebagai Bandaraya Metropolis juga masih terawang-awang.

"Kita akui untuk menjadikan Alor Setar sebagai bandaraya sedemikian memerlukan masa tetapi sehingga kini belum ada lagi pelan tindakan atau blueprint dan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya kesungguhan kerajaan Kedah untuk melaksanakan pembangunan seperti yang mereka hebah-hebahkan.

"Pembangunan yang ber laku di Kedah sekarang adalah pembangunan dari Kerajaan Persekutuan seperti projek lebuhraya dan perumahan, manakala program- program seperti marhaban dan berselawat, itu bukanlah perkara baru kerana ianya telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.

"Apa yang jelas slogan 'BN Menang Kedah Senang' tidak lebih hanya sebagai gimik politik semata- mata, walhal rakyat masih hidup susah dengan kenaikan kos sara hidup di bawah peme rintahan BN," katanya lagi.

20 kegagalan BN urus tadbir Kedah

Posted: 27 May 2014 10:42 PM PDT

BERIKUT adalah senarai kegagalan kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali.Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.
 
2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak di bayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.

3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk ne gara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pa katan Rakyat dahulu ne geri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

5. GAGAL bercakap benar.

Dato' Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan "Menteri Besar Kedah".

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu.

Me reka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu me nukar kereta baharu aki bat kereta lama sudah ter lalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

7. GAGAL mengawal pem balakan yang berleluasa.

Kegiatan pembalakan ber jalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolaholah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

8. GAGAL mengawal bu daya hedonism. Kerajaan negeri membenarkan kum pulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert EUPE yang diadakan di Sungai Petani.

9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati "bersedekah" kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar un tuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

10. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz te lah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri.

Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

11. GAGAL mengurus sem bilan buah Maktab Mah mud yang selama ini di urus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran di bawah pen tadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin "bijak" kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?

12. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tah fiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin ke rana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat "mencurah air ke daun keladi".

13. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urus an Bina Darulaman Ber had (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku.

Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.

14. GAGAL menangani pen deritaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Ke dah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.

15. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.

16. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.

17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.

18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.

19. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.

20. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luar biasa.

Walhal mengikut tradisi pen tadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.

15 Tip Pilih Power Bank

Posted: 27 May 2014 10:38 PM PDT

Power Bank ialah peranti yang di reka khusus untuk membantu meningkatkan jangka hayat

ketahanan bateri peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet. Peranti ini memiliki fungsi untuk menyimpan kuasa bergantung pada kapasiti Power Bank tersebut.

Fungsi Power Bank ini juga selalu diistilahkan sebagai pengecas mudah alih yang boleh diusung ke mana-mana dan membantu mengecas peranti mudah alih tanpa memerlukan elektrik. Kemampuannya untuk menjadi pembantu ketika pengguna mengalami masalah kehabisan bateri semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Dengan perkembangan pesat pengguna yang memiliki peranti mudah alih, industri Power Bank ini turut ikut sama bertumbuh dengan kadar yang mengejutkan. Pelbagai pengeluar mulai turut serta mengeluarkan produk-produk yang pelbagai bagi mendapatkan perhatian pengguna. Tetapi, sejauh mana prestasinya pula?

Ciri dan fungsi

Sering kali pengguna yang ingin mendapatkan Power Bank tertanya-tanya, apa ciri-ciri yang perlu diambil kira kerana Power Bank merupakan salah satu peranti mudah alih yang mulai mencetuskan fenomena tersendiri semenjak semakin ramai menggunakan telefon pintar dan tablet di seluruh dunia.

Dengan penggunaan Power Bank, pelbagai masalah dapat diatasi. Kerunsingan pengguna berkaitan bateri peranti mudah alih mereka juga turut menjadi penyebab utama kepada pembangunan industri ini. Walaupun peranti mudah alih mereka dilabelkan berspesifikasi tinggi dengan bateri berkapasiti tinggi, ia tetap ada masalah.

Secara umumnya, pemilihan Power Bank memerlukan sedikit penelitian seperti mana untuk memiliki peranti mudah alih yang lain. Hal ini kerana, sesetengah pengguna mengadu Power Bank yang dibeli sering kali mengalami masalah daripada segi produktiviti. Oleh itu, tip-tip berikut boleh membantu anda.

1. Jenama

Secara kasarnya, pilihlah jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Ini kerana, di pasaran Malaysia khususnya sudah muncul banyak jenama-jenama yang agak meragukan. Seboleh-bolehnya, pilih jenama yang memiliki pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan.

2. Syarikat pengeluar

Rujuk terlebih dahulu berkaitan syarikat pengeluar atau kilang yang menghasilkan Power Bank yang bakal anda pilih. Sama ada benar syarikat tersebut memiliki kepakaran dan industri bateri atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda terbeli Power Bank daripada syarikat yang tidak sahih kewujudannya.

3. Kualiti

Kualiti bukan lah penentu kepada prestasi Power Bank itu sendiri, tetapi ia akan memberi kesan kepada kepantasan ketepatan memenuhkan bekalan kuasa. Selain itu, jika kualiti Power Bank itu sendiri sedia maklum di tahap sederhana, ia akan merosakkan kapasiti bateri pada peranti mudah alih anda.

4. Jaminan

Untuk keselamatan, cuba pilih Power Bank yang memiliki jaminan sekurang-kurangnya setahun. Jaminan tersebut juga perlu diteliti berkaitan terma dan syarat. Dengan itu, semasa pembelian semak di manakah boleh anda menghantar Power Bank dengan jaminan jika ada sebarang masalah timbul.

5. Ciri tambahan

Sesetengah Power Bank di pasarkan dengan ciri-ciri tambahan. Ini akan memberikan nilai tambah kepada Power Bank tersebut. Ciri-ciri tambahan seperti port tambahan dan sebagainya ini perlu juga diambil kira selagi mana tidak menjejaskan fungsi utama Power Bank tersebut.

6. Kapasiti

Strategi perniagaan Power Bank di pasaran ialah mengumpan pengguna dengan kapasiti yang besar tetapi dijual pada harga yang murah. Apa yang penting, pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan, dan bukan keinginan. Ini membantu untuk mengawal rasa ingin membeli dengan cepat.

7. Model

Model Power Bank ialah persoalan terbesar yang akan bermain di fikiran setiap bakal pengguna. Dengan lambakan model-model Power Bank di pasaran, pilih mengikut kesukaan anda termasuklah daripada segi saiz, fizikal, binaan, warna dan sebagainya setelah mengambil kira informasi di atas.

8. Bateri

Teliti berkenaan bateri pada Power Bank anda di nota pemberitahuan dalam kotak. Cuba dapatkan kepastian daripada pengedar bahawa bateri tersebut adalah tulen dan bukan bateri yang diguna semula. Rujuk kepada pelekat-pelekat pemberitahuan berkenaan ketulenan bateri pada Power Bank tersebut.

9. Ciri keselamatan

Jika boleh, pilih Power Bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus yang mampu melindung peranti mudah alih dan anda sendiri. Usah segan bertanya kepada penjual, adakah Power Bank ini memiliki ciri keselamatan seperti perlindungan short circuit, pengecasan berlebihan atau suhu.

10. Indikator

Sesetengah Power Bank menawarkan isyarat indikator yang berbeza-beza bagi sesetengah fungsinya. Ini sangat penting untuk mengetahui maklumat pada Power Bank anda seperti kadar pengecasan, aktiviti sekarang dan sebagainya. Dengan isyarat ini, pengguna dapat lebih peka berkaitan masa pengecasan.

11. Output

Perhatian voltan pada port output Power Bank yang sedang anda pantau. Contohnya seperti 5V/1A atau 5V/1.5A dan sebagainya. Ini kerana output ini memiliki pengaruh pada proses kepantasan pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.

12. Plug

Pilih Power Bank yang tidak terlalu khusus untuk satu jenis peranti sahaja. Sesetengah Power Bank menawarkan plug kuasa yang bervariasi bagi melengkapkan koleksi setiap jenis peranti. Untuk itu, anda boleh tetap gunakannya walaupun menukar peranti mudah alih.

13. Kabel original

Untuk penggunaan yang lebih baik dengan ciri terbaik, Power Bank tersebut perlulah memiliki sokongan untuk kabel data original peranti (telefon pintar atau tablet) anda. Ini kerana, kabel data pengecas original peranti anda akan mengalirkan kuasa daripada Power Bank dengan lebih stabil.

14. Harga

Tinjau harga Power Bank dengan kapasiti yang tertentu terlebih dahulu sebelum mula memantau pada pengedar atau penjual-penjual. Pastikan anda telah memiliki senarai secara kasar harga yang sepadan dengan kapasiti Power Bank. Untuk itu, anda masih boleh menilai ada ia berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

15. Set Lengkap

Seperti ketika membeli peranti mudah alih lain seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya, anda perlu lebih prihatin berkenaan set yang ditawarkan secara percuma oleh pengedar Power Bank tersebut. Contohnya set lengkap untuk Power Bank merangkumi A/C adapter, penyambung kabel, lampu indikator dan lain-lain untuk menyokong prestasi Power Bank tersebut

BN takut Pakatan buat hatrik

Posted: 27 May 2014 10:36 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

'HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud'. Demikian fatwa
politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur.

Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato' Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah.

Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi?

Niat sebenar fatwa songsang tadi hanya untuk ditujukan kepada pengundi Islam yang bercadang untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apabila penyokong Islam daripada Pakatan tidak mengundi sesiapa, sedang Melayu BN semua mengundi calon daripada Gerakan itu – maka menanglah BN. Itu saja matlamat fatwa tersebut disebarkan.

Begitulah sebabak senario politik Malaysia yang sangat primitif sejak merdeka. Atau sejak Umno berkuasa dan tidak pernah kalah-kalah. Hukum suci ciptaan Allah SWT menjadi bahan eksploitasi politik Umno; untuk mengajak umat Islam menolak PAS atau untuk memecahbelahkan PAS dengan rakan-rakan politik. Isu politik yang dimainkan dalam pilihan raya Malaysia itu hampir tidak terdapat dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.

Isu hudud sangat laris digunakan para pemimpin BN mutakhir ini. Ia menjadi serampang dua mata. Mata pertama, seperti yang disebutkan tadi, untuk memecahkan PAS dengan rakanrakan sekutu dalam Pakatan.

Mata kedua, ialah untuk mengalih isu derita rakyat akibat bebanan kos hidup. Sebahagian orang Melayu sangat mudah diumpan dengan isu agama dan rasis. Ahli Umno berkarat di Sik dan Baling begitu marah dengan calon Melayu kerana bertanding atas tiket DAP.

"Melayu sanggup jadi alat DAP," tengking mereka. Besok pagi, pendukung kuat Umno bawahan itu tekun menghadap pokok getah untuk menoreh yang hasilnya kini cuma RM1.70 sekilogram getah sekerap. Atau tekun bekerja di kilang milik tauke Cina dengan pendapat an tidak seberapa.

Orang Melayu penyokong tegar Umno hari ini menderita di mana-mana akibat kegagalan kerajaan membela nasib mereka, namun derita hidup golongan ini tidak jadi isu. Isu yang menjadi tersemat dalam benak sanubari me reka ialah jika Pakatan menang, DAP akan berkuasa dan hilanglah hak Melayu. Jika Pakatan berkuasa, negara huru hara dan rakyat menderita. Mereka tidak sedar kehidup an yang diuliti sekarang adalah dalam longkang derita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Begitulah bijaknya Umno memperbodohkan orang Melayu sehingga kabur untuk melihat yang mata satu isu diri sendiri dan yang mana isu yang tiada kena mengena dengan mereka.

Menghantar seorang wakil ke Parlimen bukan bertujuan untuk membahas isu hudud sematamata dari awal hingga ke akhir sesi. Terlalu banyak isu rakyat yang mahu diperjuangkan. Andai rak yat terpaksa memilih antara dua parti yang menolak hudud, maka kewajipan memilih salah satu parti yang lebih besar manfaat dalam aspek yang lain menjadi keutamaan.

BN adalah parti memerintah yang sangat teruk, mungkar, menyeleweng, membocorkan wang rakyat dan rangkaian kebejatan mereka sudah berakar umbi dan 'bersistem' dalam pentadbiran.
Menjatuhkan kerajaan yang seburuk itu adalah kewajipan rakyat yang berakal. Berdasarkan perkara tersebut, bukan susah sangat untuk memilih antara calon 'non-Muslim' daripada Gerakan atau calon Muslimah daripada DAP.

Seperti biasa, bukan Umno namanya jika tidak menyerang calon dengan isu peribadi. Gaya pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Kelakar juga apabila Umno turut bermain de ngan isu aurat wanita hanya kerana calon DAP tidak menutup aurat dengan sempurna. Umno kena cari cermin yang besar untuk di letakkan di hadapan isteri Perdana Menteri supaya mereka dapat melihat diri sendiri.

Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menghamburkan pelbagai tuduhan.
Paling celupar apabila menuduh Dyana sebagai 'alat dan boneka' DAP.

Apa pun tuduhan yang dihamburkan dan perangkap yang dibuat untuk memecahkan Pakat an, BN tidak dapat menyembunyikan perkara sebenar dalam PRK Teluk Intan, iaitu kalah kali ketiga berturut-turut selepas Kajang dan Bukit Gelugor. Jika hatrik ini berlaku, ia pukulan maut untuk PM Najib Razak yang sedang nazak.

DAP kekal Bukit Gelugor

Posted: 27 May 2014 10:34 PM PDT

Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

8.29pm: Penyokong DAP melaungkan "Celaka! Celaka! Celaka!" untuk meraikan kejayaan Ramkarpal mengekalkan kerusi Bukit Gelugor untuk parti itu.

Makian "celaka" itu merujuk kepada satu kenyataan ADUN DAP yang mencetuskan siri protes anti-DAP minggu ini.

Sementara itu, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding.

Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu.

"Undi diperolehi PCM dan Bebas adalah dari penyokong BN, pastinya jumlah keluar mengundi lebih besar jika BN bertanding," katanya.

8.26pm: RASMI Jumlah keluar mengundi adalah 46,099 (56.04 peratus).

8.15pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ramkarpal mempertahankan kerusi Bukit Gelugor dengan memperolehi 37,729 undi. Beliau meraih 89 peratus daripada keseluruhan undi yang diterima.

Kesemua tiga calon lain gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah undi untuk membolehkan mereka mendapatkan semula deposit RM10,000.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

DAP - 41,236
PCM - 3,507
Mohamed Nabi Bux - 756
Abu Backer - 218
Undi rosak - 539

Para penyokong meraikan keputusan tersebut dengan menjulang Ramkarpal dan melauungkan namanya.

Ibunya Gurmit Kaur serta dua abangnya Gobind Jagdeep memeluk beliau dalam kegembiraan.

Para penyokong juga melaungkan nama mendiang Karpal Singh.
 
8.05pm: TAK RASMI Majoriti yang diperolehi Ramkarpal mencecah 30,068, walau dengan jumlah keluar mengundi yang berkurangan.

Peguam itu dijangka tidak akan dapat menyaingi jumlah majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, 41,778 votes, memandangkan hanya kira-kira 6,000 undi yang masih belum dijumlahkan.

Huan dari PCM mungkin berpeluang mendapatkan semula deposit, tapi tidak bagi dua calon Bebas.

Mereka perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi atau kira-kira 5,600 undi, untuk mendapatkan semula deposit RM10,000.

Jumlah undi tidak rasmi setakat ini:

DAP - 33,695
PCM - 3627
Mohamed Nabi Bux - 966
Abu Backer - 239
Undi rosak - 405

7.30pm: TAK RASMI Data dari saluran pengundian menunjukkan PCAM menang kebanyakan undi mereka dari tiga kawasan.

Ia terdiri dari kawasan campuran Bukit Gelugor (184 atau 12.73 peratus) dan kawasan majoriti Melayu di Taman Tun Sardon (359 undi atau 20.48 peratus) dan Kampung Melayu (433 undi atau 29.34 peratus).

PCM dilihat mampu menarik pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Sementara itu, majoriti yang diperolehi Ramkarpal semakin besar dengan 14,816 undi.

7.16pm: TAK RASMI

DAP - 16,716
PCM - 1,900
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  -  507
Abu Backer Sidek - 153
Undi rosak - 203
Majoriti - 14,816

6.50pm: TAK RASMI Ramkarpal dijangka akan mengekalkan kerusi Bukit Gelugor.

Beliau mendapat 12,375 undi berbanding 1,525 yang diraih PCM.

Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar mendapat 462 undi manakala Abu Backer Sidek mendapat 133 undi - lebih rendah dari jumlah undi rosak, 159.

Calon Bebabs dan Huan dijangka akan kehilangan deposit RM10,000.

Sementara itu, suasana di pusat operasi DAP Bukit Gelugor masih santai manakala skrin besar di situ turut menunjukkan keputusan perlawanan akhir Piala Thomas.

6.41pm: TAK RASMI Ramkarpal terus mendahului.

DAP - 5478
PCM - 677
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 148
Abu Backer Sidek - 50
Undi rosak - 64

6.28pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya menguasai di kawasan majoriti Melayu, Kampung Melayu dengan 869 votes berbanding 433 yang diperolehi PCM. Mohamed Nabi Bux mendapat 112 undi dan Abu Backer 29 undi.

Kampung Melayu merupakan salah satu darupada dua daerah mengundi yang gagal dikuasai DAP pada 2013. Satu lagi kawasan ialah Sungai Gelugor.

Tiga pencabar DAP perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi untuk mengekalkan deposit.

Sekiranya jumlah keluar mengundi ialah 56 peratus, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 5,600 undi.

6.17pm: Sumber DAP menjangka Ramkarpal akan dapat mengekalkan majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, Karpal Singh, dengan 41,778 undi.

Sejumlah 53 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi.

6.02pm:TAK RASMI
 
DAP 2,725 
PCM  177
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  27
 Abu Backer Sidek 10

Umno dicabar bentang hudud di parlimen

Posted: 27 May 2014 10:30 PM PDT

JIKA Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (hudud) yang akan dibentang di Parlimen bukan hudud Islam maka Umno dicabar membentang hudud mereka pula.Demikian kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tentang hukum hudud semasa diwawancara Wartawan Harakah ROY RASUL

WARTAWAN : Polemik pelaksanaan Undang-undang Syariah atau hudud di negara ini khasnya yang dibawa Kerajaan Kelantan adalah biasa jika ditentang bukan Islam, namun, dalam masa yang sama orang Islam sendiri yang menolaknya. Jadi apa pandangan Dato'? 

TUAN IBRAHIM: Saya lihat gambaran-gambaran atau komentar-kementar itu semua mencerminkan kejahilan masyarakat Islam di Malaysia terhadap perkara-perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan di mana menjadi asas utama dalam ilmu. Apabila masyarakat negara ini jauh daripada ilmu mereka tidak dapat membezakan mana satu perkara yang tidak boleh ditolak dan mana satu yang ditentang, mana satu yang dibuat pilihan dan mana satu yang tidak diberi pilihan.

Akibat daripada kejahilan tersebut maka timbul pelbagai polemik.

Jadi isu ini turut menjadi polemik. Setiap kali diutarakan ia menjadi polemik dan penentangan itu datangnya dari orang Melayu sendiri. Orang Melayu yang menakut-nakutkan bukan orang bukan Islam khususnya dengan pelbagai tohmahan terhadap hukum hudud.

Jadi saya fikir ini pertama dan keduanya tiada kesungguhan dan parti pemerintah meletakkan bebanan tanggungjawab itu seolah-olah kepada PAS.

Padahal sebagai seorang Islam yang menerajui parti memerintah mendakwa parti pemerintah terbesar dunia dan sebagainya mereka tidak berasa sebagai satu kewajipan dan meletakkan tanggungjawabnya kepada PAS untuk melaksanakannya.

Maknanya ini juga kita melihat mereka tidak bersungguh-sungguh sedangkan tanggungjawab melaksanakan undang-undang Islam, tanggungjawab kepada semua orang Islam yang berkuasa. Jadi bagi PAS kita terima permintaan mereka untuk dibawa ke parlimen. Tetapi dalam masa sama kita mengingatkan Umno sebenarnya perlu bertanggungjawab di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Sebelum ini kita melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penentangan terhadap undangundang hudud contohnya di Terengganu. Jadi kenapa beliau mengambil pendirian demikian?

Saya lihat sampai sekarang pun beliau pun masih sama.

Beliau masih menggambarkan apabila undang-undang Islam dilaksana akan kudung tangan dan sebagainya.Kita lihat ulasanulasan beliau mencerminkan 'kejahilan' atau beliau tidak tahu tentang undang-undang Islam dan tanggungjawab tentang pelaksanaan ini. Jadi saya lihat Tun Mahathir seolah-olah tidak runsing sebagai seorang Islam harus mencari jalan bagaimana untuk laksana perintah Allah bukan mencari jalan bagaimana untuk tidak laksanakan undangundang Islam.

Jadi kita harus melihat tindakan beliau sehingga mengugut kerajaan Kelantan. Malah ucapanucapannya beliau langsung menggambarkan bahawa seorang Islam tidak adil atau tidak sesuai di zaman sekarang dan sebagainya.

Bagaimana Dato' melihat usaha kerajaan PAS Kelantan membawa isu hudud hingga ke parlimen?

Saya lihat kerajaan Kelantan telah tubuh satu Jawatankuasa teknikal untuk membawa isu hudud ke parlimen dan Jawatankuasa ini pun telah banyak kali adakan perbincangan.Kita yakin sebelum hujung tahun kita akan bentang di parlimen. Insya- Allah.

Baru-baru ini ada laporan mendakwa kemungkinan seramai 34 anggota parlimen dari DAP tidak akan menyokong hukum hudud yang dibawa Kelantan ke parlimen nanti. Jika penentangan ini berlaku apa komen Dato'?

Bagi saya ahli DAP ada berapa iaitu satu beragama Islam dan satu lagi bukan Islam. Kita harap yang beragama Islam memahami tanggungjawab agama mengatasi tanggungjawab parti.Bagi kita jika di segi pendirian parti mereka tidak setuju, itu hak parti masingmasing.

Kita tidak boleh komen jika mereka menolak dan sebagainya kerana itu hak parti. Di waktu yang sama kita masih mengharapkan wakil-wakil rakyat yang beragama Islam untuk melaksanakan tanggungjawabnya.Sebab tanggungjawab Islam mengatasi tanggungjawab parti. Jadi kita masih mengharap mereka akan memberi sokongan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Umno akan meneliti balik isu hudud yang dibawa Kelantan di parlimen nanti sama ada hukuman itu merupakan hudud ala PAS atau mengikut ciriciri yang dituntut Islam?

Kita lihat Umno ini hanya akan meminta PAS melaksanakannya
Bagi kita sekiranya apa yang dibentangkan itu ada benda yang tidak betul dari pandangannya hudud itu hudud Kelantan itu bukan hudud Islam jadi kita hendak lihat termasuk Umno mengapa tidak membawa hudud mereka.

Jadi PAS hendak tengok mana dikatakan hudud betul dengan Islam. Jadi bagi PAS, perbincangan kita sebenarnya bukan sahaja di kalangan parti.

Semasa menggubalnya itu kita menjemput tokoh-tokoh perundangan Islam untuk bersamasama terlibat dalam penggubalan Enakmen Syariah Kelantan itu dan kita mengambil kira semua pandangan dari pelbagai mazhab yang ada dan muktabar. Mazhabmazhab yang muktabar itu kita tengok mana-mana yang menepati tentang makhasih syariah untuk kita mengambil keputusan terhadap enakmen jenayah syariah Kelantan dan sebagainya.

Apa harapan Dato' terhadap pelaksanaan hudud yang akan dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan itu?

PAS berharap sangat bahawa negara ini terima hudud. Kerana kita hanya hamba Allah dan bumi ini bumi Tuhan. Undang-undang yang turun itu undang-undang Allah Taala.

Mudah-mudahan undangundang Allah Taala dapat dilaksanakan di atas muka bumi ini. Jenayah semakin meningkat dan sampai ke peringkat kita sudah tidak boleh kawal seperti berlaku setiap hari pembunuhan dan jenayah lain semakin dahsyat.

Kita harapkan dengan pelaksanaan itu nanti sekurang-kurang pada peringkat pertama kita letak dahulu ada penerimaan enakmen jenayah syariah.

Kemudian peringkat kedua kita akan lihat proses-proses pelaksanaannya. Kita berharap sangat Jabatan Peguam Negara dan pihak-pihak yang terlibat dalam perundangan membantu dan mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan enakmen jenayah syariah itu bukan mencari jalan untuk menolak untuk tidak melaksananya. Jadi kita mengharapkan kerjasama ke arah untuk menjayakan enakmen jenayah syariah di Kelantan, Terengganu dan seluruh negara.

Umno kudis negara

Posted: 27 May 2014 10:27 PM PDT

Oleh Edwin Michael

Tiada di dunia ini sebuah institut pendidikan yang dikhaskan hanya untuk satu etnik sahaja dan pada
masa sama menganaktirikan etnik lain demi survival politik.

Tidak pernah terbaca kerajaan mana-mana negara menggunakan institut pendidikan negara mereka sebagai medan  untuk  mengaib dan menjatuhkan maruah penganut agama lain. Semua ini hanya berlaku di Malaysia, di bawah pemerintahan regim Umno Barisan Nasional.

Menguruskan hubungan sesama etnik merupakan satu cabaran utama kepada setiap rakyat Malaysia. Maka seharusnya perlu satu kefahaman akan terhadap kedinamikan setiap kumpulan etnik di negara ini berhubung dan bertindak secara positif antara satu sama lain.

Sayangnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedikit pun tidak menyumbang kepada keperluan untuk menstabilkan hubungan sesama etnik dan sebaliknya bertindak sebagai satu medium provokasi yang secara jelas diguna pakai oleh regim Umno untuk menghalalkan matlamat mereka dengan menyebarkan propaganda kebencian dan rasis dalam kalangan anak muda.

Kekangan sebegini menjadikan proses pembinaan bangsa Malaysia terlalu sukar dan segala propaganda kononnya Malaysia sebuah  negara plural yang aman damai hanya merupakan satu iklan murahan regim Umno BN.

Selagi regim ini terus menguasai Putrajaya dan selagi wujud dasar pecah dan perintah seperti kewujudan UiTM yang menjadi pusat doktrinasi dan suntikan kebencian serta rasis pada etnik lain, selagi itu proses pembinaan bangsa Malaysia akan gagal serta merencatkan pembinaan identiti kebangsaan dan kenegaraan merangkumi kepelbagaian etnik.

Contoh terbaik bagaimana integrasi nasional tidak mungkin akan dapat dicapai ialah apabila Pemuda Umno merusuh dan mengugut membakar bangunan DAP. Tindakan bacul anak-anak didik menteri Belia dan Sukan ini harus dilihat sebagai satu mekanisma dalam  mewujudkan ketegangan etnik.

Ungkapan 'Umno celaka' itu tidak mungkin dan tidak harus disamakan dengan Melayu. Persepsi Umno adalah penyelamat etnik Melayu merupakan satu persepsi yang amat dangkal dan tidak mencerminkan realiti apabila masih ada Melayu yang ditindas dan hak mereka dirampas oleh ahli politik Umno.

Maka untuk memastikan survival kemelayuan Umno ini terus dipelihara dalam usaha menguasai Putrajaya, rusuhan digerakkan, UiTM dijadikan pusat penyebaran kebencian agama dan etnik dan Umno akan terus berpura-pura sebagai penyelamat negara.

Rakyat Malaysia amat malang. Mandi air 7 jenis bunga mahupun 70 jenis bunga pun belum tentu akan dapat membuang kesialan yang mencengkam mereka selama lebih 50 tahun ini.

Pembinaan bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai selagi regim Umno terus menindas etnik lain.
* Penulis ialah aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tutup kilang Cadbury, saran Imam Besar Masjid Negara

Posted: 27 May 2014 10:18 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.
  
Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.
  
"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
  
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir.
  
Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.
  
"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.
  
"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. - BERNAMA

'Atuk' lawat 5 beradik yatim piatu

Posted: 27 May 2014 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak semalam hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan 'atuk'.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

"Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

"Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup," katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

"Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung 'power rangers'," guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam meluangkan masa, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak. - Selangor Kini

DNA babi: Jangan teragak-agak ambil tindakan

Posted: 27 May 2014 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim kesal dan mengutuk pihak pengeluar yang telah mencemari pengeluaran dua jenis coklat Cadbury dengan memasukkan DNA khinzir yang haram bagi orang Islam sedangkan syarikat tersebut telah memperolehi sijil halal dari Jakim untuk keluaran mereka.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid sama ada ia adalah akibat dari kejahilan mereka mengenai bentuk atau unsur dari sumber yang haram yang tidak boleh dicampuri dalam apa sahaja barangan atau pemakanan untuk konsumsi orang Islam atau kerana sengaja berbuat demikian perlu disiasat dengan rapi oleh pihak berkuasa.

"Kami berpendirian bahawa jika jelas berlaku pelanggaran terhadap penggunaan logo dan sijil halal kepada produk tersebut, maka pihak berkuasa tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan mengharamkannya di pasaran dan menjalankan pendakwaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementera itu, katanya proses pemantaun perlu ditingkatkan kepada semua barangan dan pemakanan dalam pasaran yang mendapat sijil dan logo halal agar tidak berlaku penyalahgunaan atau pelanggaran undang-undang yang sedia ada.

"Kami mengingatkan juga kepada masyarakat Islam agar lebih berwaspada dan lebih sensitif dalam hal pemakanan berproses yang dibawa dari luar negara," katanya lagi.

Beliau menambah, industri makanan berproses sangat besar dalam dunia sekarang sehingga umat Islam tidak boleh bersikap tidak endah atau ambil mudah terhadap isu pemakanan yang halal.

Justeru, katanya umat Islam perlu mengutamakan keperluan asas dalam pemakanan agar tidak terlalu ghairah dengan makanan sampingan yang banyak dikeluarkan dalam pasaran sekarang ini.

"Kami tidak bersetuju pandangan yang melampaui hukum Islam sehingga ada pihak yang mahu menuntut syarikat berkenaan membayar ganti rugi untuk masyarakat Islam menjalani proses ganti darah.

"Ini adalah pandangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang betul," katanya.

Menurutnya, pendapat sedemikian sangat mengelirukan kerana tidak menggunakan asas hukum syarak yang betul dalam mengatasi isu seperti ini.

Beliau menasihatkan pihak berkenaan perlu merujuk kepada para ulama yang mempunyai keilmuan yang sahih mengenai isu yang berkaitan agar umat Islam tidak mengambil sikap emosional dan melampaui batas panduan syariat sehingga menimbulkan gambaran yang  salah terhadap hukum Islam.

Tambahnya, sementara umat Islam boleh bertindak menjauhkan diri dari membeli dan mengguna barangan atau makanan yang diragui kehalalannya, menuntut  tindakan untuk memastikan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melanggari syarat logo halal, boleh diambil.

"Kami menggesa pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal pensijilan halal dan penggunaan logo halal hendaklah meningkatkan kawalan dan pemantauan agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya lagi.

Tegasnya, prosedur yang ketat sebelum mengeluarkan sijil halal perlu dikemaskinikan supaya tidak berlaku penyelewengan oleh mana-mana pihak sebelum atau sesudah mengeluarkan sijil halal. - HARAKAHDAILY

Anggota tentera maut, dua awam cedera ditembak

Posted: 27 May 2014 10:13 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan di hadapan kedai Gemilang 24 Jam di kawasan Pekan Lahad Datu awal hari ini.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.
  
Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.
  
Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian belakang sebelah kiri badan, kata Hamza ketika dihubungi Bernama.
  
Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Hamza berkata semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah.
  
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat.
  
"Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," kata Hamza.
  
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah dari luar. - Bernama

Isu hudud tidak jejaskan kesetiaan PAS

Posted: 27 May 2014 10:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya
malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Ketika membentangkan pandangannya dalam majlis forum bertajuk "Perspektif Kemunculan Mengenai Hudud di Malaysia" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli)  dan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), beliau berkata generasi muda hari ini lebih tertarik dalam membincangkan soal kos sara hidup dan pendidikan.

Selain Dr Mujahid, turut dijemput sebagai panelis ialah Ahli Parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Mydin, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya, wakil MCA serta wakil NGO, Gan Peng Siew.
Forum dipengerusikan Tan Sri Michael Yeoh dari Asli.

Dalam ucapannya juga, Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menekankan sikap PAS yang terbuka kepada kritikan.

Hanipa pula ketika berucap menjawab persoalan sama ada hudud bertentangan dengan perlembagaan negara atau tidak.

Menurut beliau, perlaksanaan hudud tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan ia boleh dibincangkan tanpa perlu mengubah asas perundangan yang ada.

Liew Chin Tong lebih menekankan bahawa PAS mempunyai isunya tersendiri walaupun DAP menyatakan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan PAS.

Fathul Bari pula berkata, hudud perlu difahami dalam konteksnya yang lebih tuntas.

Sambil menyokong pembentukan jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyarankan supaya jawatankuasa teknikal itu turut melibatkan wakil nonmuslim untuk menerima pandangan mereka.

Wakil MCA pula mengakui bahawa isu hudud memberi tekanan kepada parti itu dan berpendapat ia sukar untuk diterima apatah lagi dalam suasana DAP didakwa sebagai penyebab utama pengundi cina lari dari MCA.

Dalam sesi soal jawab banyak soalan diajukan kepada PAS dan DAP serta bagaimana mereka menguruskan perbezaan pandangan ini.

Dr Mujahid menjawab, isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda.

Kegagalan berubah, ujarnya akan mengancam survival parti-parti politik terbabit dan kemungkinan besar mereka 'akan terhapus'.

Kesemua ahli panel bersetuju bahawa masa depan negara adalah lebih utama dipelihara walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu

Kejadian Alam dan Manusia

Posted: 27 May 2014 10:09 PM PDT


Transformasi Ramadhan

Posted: 27 May 2014 10:08 PM PDT


Mereka Merompak Wang Rakyat

Posted: 27 May 2014 10:04 PM PDT


Dyana buka lembaran baru politik M'sia

Posted: 27 May 2014 09:58 PM PDT


Debat Perdana : Anuar Musa vs Mahfuz Omar

Posted: 27 May 2014 09:56 PM PDT


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan