Pengikut

Nuffnang

Ahad, 18 Mei 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Gesa Menteri Besar Baru Beri Perhatian Minat Ibubapa Terhadap Sekolah Menengah Agama

Posted: 18 May 2014 09:49 AM PDT

DUNGUN, 18 Mei 2014 - Ekoran permohonan yang tinggi setiap tahun untuk memasuki sekolah menengah agama, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, menggesa Menteri Besar Terengganu yang baru memikirkan langkah positif ke arah menambah bilangan sekolah tersebut di setiap daerah, khususnya di Dungun.

"Di Dungun ini, hanya Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail sahaja yang ada, sedangkan permohonan dan minat ibubapa kepada para pelajar yang selesai peperiksaan UPSR adalah lebih cenderung memasuki sekolah agama," beliau berkata demikian sebelum menyampaikan sumbangan penghargaan kek sempena Hari Guru 2014 ke sekolah-sekolah sekitar DUN Sura, di sini.
 
 "Ditambah dengan gejala sosial di kalangan remaja, menyebabkan ibubapa menaruh keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama, "tambah beliau lagi yang pernah mendengar rungutan ibubapa yang melahirkan kekecewaan setelah anak mereka yang mempunyai kelayakan gagal memasuki sekolah berkenaan kerana tempat terhad.
"Jika sekolah tidak ditambah sekalipun, sekurang-kurang ada usaha dan perancangan untuk menambah kelas bagi menampung permohonan yang tinggi setiap tahun, " akhiri beliau.
Sementara itu, sebanyak hampir 50 biji kek disumbangkan oleh ADUN Sura sempena Hari Guru 2014 yang merangkumi semua sekolah rendah dan menengah termasuk Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.

"Sumbangan kek ini tidak hanya diberikan kepada sekolah kendalian PAS sahaja, malah turut disampaikan kepada semua Tabika Kemas, Tabika Perpaduan termasuk Taska Permata, " ujar AJK MTD Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam yang turut sama semasa penyampaian kek tersebut dilakukan.

Penyampaian kek ini disertai sama oleh sebahagian AJK MTD Sura dan AJK Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura termasuk isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd dan isteri kepada ADUN Sura, Puan Hajjah Roslina Harun.

ADUN Sura Santuni Warga Pendidik Sempena Hari Guru 2014

Posted: 18 May 2014 04:15 AM PDT

DUNGUN, 18 Mei 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik menyediakan hampir 50 biji kek untuk disumbangkan ke sekolah-sekolah, menengah dan rendah, PASTI dan tadika sekitar DUN Sura, di sini, termasuk Pejabat Pelajaran Daerah Dungun sempena Hari Guru 2014.
Turut mengambil bahagian dalam sumbangan ini ialah sebahagian Ahli Jawatankuasa MTD Sura termasuk AJK Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura.
Mereka disertai sama oleh isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd dan isteri kepada ADUN Sura sendiri, Puan Hajjah Roslina Harun.
 
Program tahunan sejak dimulakan oleh bekas ADUN Sura terdahulu, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ini bukan sahaja menumpukan kepada sekolah yang berada di bawah kendalian PAS sahaja, malah turut melibatkan tabika Kemas, Tabika Perpaduan, Taska Permata serta sekolah-sekolah kerajaan sehingga Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.

ADUN Sura tidak sempat hadir ke semua lokasi sumbangan kerana bertembung dengan majlis lain yang perlu dipenuhi undangannya. Baki sumbangan disampaikan oleh wakilnya dari kalangan AJK MTD Sura. 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan