Pengikut

Nuffnang

Isnin, 12 Mei 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ulangi Desakan Percepat Pembinaan Hospital Baru Dungun

Posted: 11 May 2014 09:50 PM PDT

DUNGUN, 12 Mei - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik mengulangi desakan supaya kerajaan negeri menggunakan semua saluran yang ada untuk memastikan Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan sebuah hospital baru di daerah Dungun.

Beliau diminta mengulas keadaan Hospital Dungun yang tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang makin bertambah selain berada di lokasi yang agak sibuk.

"Kita minta pihak berwajib dapat memberi keutamaan hal kebajikan rakyat ini, memandangkan keperluan untuk memperolehi khidmat kesihatan ini wajar menjadi agenda utama pihak kerajaan, " ujar beliau ketika ditemui di Hospital Dungun semasa menyampaikan kek sebagai simbolik penghargaan sempena Hari Jururawat 2014, di sini.

"Saya sendiri pernah bangkitkan hal ini di sidang DUN Terengganu yang lalu, termasuk dikemukakan permasalahan ini melalui Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli di sidang parlimen, namun sehingga sekarang pihak kerajaan pusat masih belum menunjukkan sebarang reaksi positif untuk pembinaan hospital baru ini,"
"Sesuai dengan taraf perbandarannya, sewajarnya Dungun diberi keutamaan termasuk dalam aspek penyediaan kesihatan yang baik dan selesa untuk penduduknya, " desak beliau lagi yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Dungun.
Sementara itu, sumbangan kek sempena Hari Jururawat 2014 tersebut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura yang terdiri dari Ketuanya, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd merangkap isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Setiausahanya Puan Zaidah Abdullah, selain tiga orang Ahli Jawatankuasanya, Puan Rohaizah Ithnin, Puan Noliah Ngah dan Puan Hajjah Roslina Harun selaku isteri kepada ADUN Sura.
Empat lokasi sumbangan tersebut ialah Hospital Dungun, Klinik Kesihatan Alur Tembesu, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan Kilinik Desa Padang Jambu.

Sempena Hari Jururawat 2014 : ADUN Sura Hargai Bakti Jururawat

Posted: 11 May 2014 09:37 PM PDT

DUNGUN, 12 Mei 2014 - Sempena Hari Jururawat 2014 yang diraikan tanggal 12 Mei setiap tahun, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik menyampaikan sumbangan kek sebagai simbolik penghargaan di atas peranan warga jururawat membantu masyarakat terutama dalam aspek kesihatan.
"Semoga ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa yang dimiliki oleh seorang jururawat yang cemerlang, Rufaidah binti Sa'ad yang pernah berkhidmat di zaman Rasulullah S.A.W. menjadi motivasi untuk terus cemerlang dalam dunia kejururawatan masakini, " petikan ucapan ADUN Sura sempena Hari Jururawat 2014.
Penyampaian sumbangan tersebut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura yang terdiri dari Ketuanya, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd merangkap isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Setiausahanya Puan Zaidah Abdullah, selain tiga orang Ahli Jawatankuasanya, Puan Rohaizah Ithnin, Puan Noliah Ngah dan Puan Hajjah Roslina Harun selaku isteri kepada ADUN Sura.
Empat lokasi sumbangan tersebut ialah Hospital Dungun, Klinik Kesihatan Alur Tembesu, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan Kilinik Desa Padang Jambu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan