Pengikut

Nuffnang

Isnin, 19 Mei 2014

MTD N24 Bemban

sumber :-

MTD N24 Bemban


Cebisan kenangan dari anak seorang dai'e

Posted: 19 May 2014 08:26 PM PDT

Cebisan kenangan dari anak seorang dai'e
Ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman 20hb April 1945  Hari ini, genap usia abah ke 69. Allah berikan abah usia yang hebat. Antara manusia yg saya sentiasa jadikan ukuran, sandaran, rujukan dan kawan.  Abah pula berpencak di pentas dakwah pada usianya 15thn dan pernah memenangi Johan dan Peserta Terbaik dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Negeri Kelantan, mengalahkan sahabat2 seangkatan seperti Dr. Mahmood Zuhdi, Dato Taib Azamuddin dan ramai lagi sewaktu di Nilam Puri era 60 an.  Allah berikan abah kekuatan utk melangkah jauh ke Bumi Mesir dan sekali lagi diamanahkan menjadi Presiden PMRAM sewaktu pergolakan besar dalam krisis kepimpinan dan kenegerian PMRAM dahulu. Abah mengambil alih tampuk kepimpinan PMRAM pada tahun 1980 bersama Al Marhum Tuan Guru Dato' Haron Taib. Alhamdulillah, persatuan itu hebat dan gah sehingga kini.  Antara jasanya yang terakhir bersama kepimpinan PAS Melaka apabila membawa PAS Melaka ke arah kegemilangan...hanya orang sezamannya yg tahu. Alhamdulillah, kini Melaka punya ADUN kelahiran sulung walaupun abah sudah meninggalkan kerusi Pesuruhjaya...  Kini... abah hanya dipimpin anak2, isteri2 tersayang dan sentiasa dibawa pergi mencuci darah. Moga Allah membersihkan seluruh dosa dan khilaf abah di dunia dan moga abah pergi nanti bagai bayi dilahirkan. Namun... semangat dan istiqamah tidak pernah luntur dari jiwa abah. Biar bertongkat, abah tetap nak solat berjemaah...  Kami... sentiasa doakan yg terbaik buat abah. Tiada galang gantinya. Moga abah tetap istiqamah dan sentiasa bertaqwa kepada Allah. Moga Allah gantikan kesakitan hari ini...dengan nikmat syurgaNya yang hebat.   Salam sayang buat abah. Semoga usia yg bertambah ini dengan keberkatanNya Semoga dalam perlindungan Allah SWT.   Anakandamu, AMIR MUTTAKIN AB GHANI Hayyu Asyir, Kaherah
Ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman
20hb April 1945
Hari ini, genap usia abah ke 69. Allah berikan abah usia yang hebat. Antara manusia yg saya sentiasa jadikan ukuran, sandaran, rujukan dan kawan.
Abah pula berpencak di pentas dakwah pada usianya 15thn dan pernah memenangi Johan dan Peserta Terbaik dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Negeri Kelantan, mengalahkan sahabat2 seangkatan seperti Dr. Mahmood Zuhdi, Dato Taib Azamuddin dan ramai lagi sewaktu di Nilam Puri era 60 an.
Allah berikan abah kekuatan utk melangkah jauh ke Bumi Mesir dan sekali lagi diamanahkan menjadi Presiden PMRAM sewaktu pergolakan besar dalam krisis kepimpinan dan kenegerian PMRAM dahulu. Abah mengambil alih tampuk kepimpinan PMRAM pada tahun 1980 bersama Al Marhum Tuan Guru Dato' Haron Taib. Alhamdulillah, persatuan itu hebat dan gah sehingga kini.
Antara jasanya yang terakhir bersama kepimpinan PAS Melaka apabila membawa PAS Melaka ke arah kegemilangan...hanya orang sezamannya yg tahu. Alhamdulillah, kini Melaka punya ADUN kelahiran sulung walaupun abah sudah meninggalkan kerusi Pesuruhjaya...
Kini... abah hanya dipimpin anak2, isteri2 tersayang dan sentiasa dibawa pergi mencuci darah. Moga Allah membersihkan seluruh dosa dan khilaf abah di dunia dan moga abah pergi nanti bagai bayi dilahirkan. Namun... semangat dan istiqamah tidak pernah luntur dari jiwa abah. Biar bertongkat, abah tetap nak solat berjemaah...
Kami... sentiasa doakan yg terbaik buat abah. Tiada galang gantinya. Moga abah tetap istiqamah dan sentiasa bertaqwa kepada Allah. Moga Allah gantikan kesakitan hari ini...dengan nikmat syurgaNya yang hebat.
Salam sayang buat abah.
Semoga usia yg bertambah ini dengan keberkatanNya
Semoga dalam perlindungan Allah SWT.
Anakandamu,
AMIR MUTTAKIN AB GHANI
Hayyu Asyir, Kaherah

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan