Pengikut

Nuffnang

Selasa, 27 Mei 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


MENILAI POLITIK MAKI DAN CELA MENCELA MALAYSIA- reaksi pemuda UMNO diduga ramai

Posted: 26 May 2014 09:15 AM PDT


MENILAI POLITIK MAKI DAN CELA MENCELA MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah

Marah benar pemuda UMNO apabila parti mereka dikatakan celaka. Malah seperti biasa istilah celaan kepada parti mereka dihubungkait pula dengan bangsa Melayu untuk meraih simpati masyarakat Melayu kepada pertubuhan UMNO yang kian suram sokongan di kalangan Melayu cerdik.

Misalnya pada tahun 2011, isu celaan pemimpin DAP Perak terhadap susuk tubuh Menteri Besar dengan gelaran hitam metalik dan ungkapan sinis pemimpin DAP bahawa cara pentadbiran BN Perak seperti Perak Darul Kartun. Maka beraraklah Ayahanda-ayahanda yang konon mewakili Melayu bertempik membuat kacau di Pejabat DAP Perak dengan alasan DAP menghina Melayu dan kedaulatan negeri Perak.
Baru-baru ini pula ADUN DAP Seri Delima, R S N Rayer mencela UMNO dengan gelaran Celaka UMNO. Tidak perlu dikupas sebab musabab istilah ini diuangkap kerana kebiasaan makian dan celaan ada dalam mana-mana persidangan DUN dan Parlimen selagi mana akhlak dan etika bercakap tidak diasuh di kalangan rakyat dan pemimpin. Ini lumrah.

Sebelum dikupas lanjut, mari bersama kita menilai kewajaran mengeluar ungkapaan celaan antara parti lawan. Adakah ia benar-benar asing dalam budaya politik negara kita?

Mari kita senaraikan celaan-celaan yang ada untuk dinilai,

UMNO adalah parti yang tidak mampu mengawal akhlak ahlinya. Memang parti lain juga sukar mengawalnya, namun UMNO kelihatan lebih dahsyat kerana asas perkauman yang menjadi 'berhala' UMNO cukup menjadikan pejuang UMNO taksub dan meluap-luap apabila terbit sahaja isu perkauman.

Lihat sahaja bagaimana mereka bereaksi dengan isu ungkapan 'Celaka UMNO'.
  1. Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak melakukan cubaan provokasi.
  2. Tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merempuh pintu DUN.
  3. Mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
  4. Menyerang pejabat DAP Kuantan.
  5. 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
  6. Hantar memorandum ke pejabat DAP Kuala Lumpur kemudian mengoyak memorandum di hadapan penerima dengan cara biadab.
  7. Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun buat laporan Polis kononnya ungkapan Celaka UMNO adalah menghina melayu.

Bagaimana pula ungkapan UMNO kepada DAP, PAS dan PKR?

  1. Gabungan NGO Cina, Suqiu, pada 2001, pimpinan Dong Jiao Zong (DJZ) pernah dicap oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "komunis dan al Maunah.
  2. Tuan Guru Nik Abd Aziz digelar Bapa Kafir oleh mantan Ketua Polis Negara
  3. Majlis UMNO mengatakan Tuan Guru Nik Abd Aziz kafir- Ustaz Mohd Zainal Abidin Pondok Pok Krau, Tumpat, 2011.
  4. PAS digelar Parti Ajaran Sesat diadakan seminar.
  5. Timbalan Presiden Umno melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kenyataan solat ahli UMNO idak diterima jika tolak Islam.
  6. DS Najib- kata peneroka Felda yang menentang penyenaraian Felda.-HARAM JADAH
  7. 2012- Dato' Hamidah Osman ancam 'Anwar Ibrahim patut dibunuh' dalam ceramah PRU-13.
  8. 2009- Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23, maki YB Rodziah - 'Rodziah pelacur', 'Rodziah saya akan rogol you sekarang !'
  9. Penyokong UMNO bawa baner Tian Chua Makan Babi, Haram Jadah - UMNO spin isu Tuan Chua ucap isu Lahad Datu sandiwara kerajaan. UMNO anggap ia hina Melayu.
  10. Ulama' Muda UMNO menggelar muslimat PAS yang menyertai demo TURUN-GST sebagai pelacur kelas atasan.

Bagaimana pula celaan PAS kepada UMNO?
  1. Tahun 2009, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pergi Jahanamlah UMNO kerana UMNO memutar belit kenyataan beliau kononnya beliau ingin bekerjasama dengan UMNO sedangkan beliau hanya sebutkan kerjasama kerajaan pusat-kerajaan negeri.
  2. PAS tanpa ragu labelkan UMNO parti sekular.
  3. PAS gelar UMNO pengkhianat bangsa.

Berdasarkan senarai yang penulis sediakan sekadar contoh sahaja, jelas isu melabel, mencela dalam perjalanan poitik di Malaysia menjadi lumrah. Malah dalam banyak hal, mengutuk UMNO akan segera disensasikan sebagai mengutuk Melayu. Pihak yang mensensasikan itu adalah golongan NGO Melayu, Ayahanda-ayahanda, kekanda-kekanda, yang dilatih dengan silibus perkauman yang dahsyat.

Selepas mereka memutar isu tertentu sebagai mengutuk melayu misalnya;
  1. Isu Tian Chua gelar isu Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan sebagai menghina tentera dan tentera autu melayu jadi Tian Chua menghina melayu.
  2. Isu Teresa Kok membuat video sinikal mengkritik gaya mewah pemimpin dan isteri pemimpin negara. Kebetulan yang memimpin adalah majoritinya melayu, maka Teresa dianggap hina melayu.
  3. Isu CELAKA UMNO- Umno melayu maka menghina UMNO adalah menghina melayu.

Selepas isu diatas diputar, juak-juak NGO perkauman, ayahanda dan kekanda akan berarak juga ala-ala samseng Maxico, dengan melakukan tidakan dibawah:
  1. Memaki dengan makian lebih perkauman- Cina balik negara asal, Makan Babi, Anak Haram, Haram Jadah dan sebagainya. (Pejabat DAP 2011, Pejabat DAP, 2014, Pejabat PKR 2013)
  2. Melempar telur.
  3. Merosakkan papantanda parti lawan.

Bagaimana pula reaksi pembangkang bila dimaki atau dicela oleh UMNO dan sekutunya;
Muslimat PAS hanya membuat laporan polis mengutuk kenyataan biadab Setiausaha Ilmuan Malaysia-UMNO Muhd Radzi Othman bahawa muslimat PAS bertudung labuh sebagai pelacur kelas atasan hanya kerana turun berhimpun ada 1 Mei 2014.

Tiada ugutan, kekasaran, melempar telur dan sebagainya walaupun jelas UMNO menghina syariat menutup aurat tudung labuh.
Ayahanda dan kekanda UMNO hanya berani dengan kaum bukan Islam walaupun dalam hal perniagaan mereka menyembah taukeh-taukeh kapitalis berbangsa Cina juga. Dalam hal Kassim Ahmad menghina Nabi Muhammad, suara pondan Ayahanda UMNO tidak kedengaran langsung.








0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan