Pengikut

Nuffnang

Isnin, 26 Mei 2014

KHIDMAT MERU

sumber :-

KHIDMAT MERU


MENYAMPAIKAN SUMBANGAN WANG,SIJIL PENGHARGAAN DAN PINGAT KEPADA 65 PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG DUN MERU.

Posted: 25 May 2014 08:02 PM PDT











Yb Dr Rani menyampaikan sumbangan wang, sijil penghargaan dan pingat kpd seramai 65 pelajar2 cemerlang dlm peperiksaan SPM dan STPM yg terdiri dari pelajar Melayu, Cina dan India dari Kawasan Meru.
Dr Rani berharap agar setiap pelajar meneruskan usaha gigih mereka utk terus mencapai kejayaan dlm kehidupan dan memperjuangkan keadilan sejagat.
 

MELEPASKAN SERAMAI 135 ORANG PENYOKONG PASUKAN BOLASEPAK SELANGOR.

Posted: 25 May 2014 07:51 PM PDT







Yb Kumpulan 52 melepaskan seramai 135 orang penyokong pasukan bolasepak Selangor dari Meru yg bertolak dari Pekan Meru menuju ke Stadium Shah Alam utk menyaksikan perlawanan bolasepak di antara Selangor dan Johor.
Yb Meru membaca doa agar perjalanan mereka selamat pergi dan balik dan semoga di berikan kemenangan kpd pasukan negeri Selangor.

MERASMIKAN PROGRAM ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN HARI KELUARGA SKIMSEL.

Posted: 25 May 2014 07:48 PM PDT







Pengerusi SKIMSEL Selangor Yb Dr Abd Rani merasmikan Program Anugerah Khidmat Cemerlang dan Hari Keluarga SKIMSEL yg diadakan di sebuah hotel di Port Dickson.
Disebelah malam Yb Kumpulan 52 menjadi imam dan memberi tazkirah Maghrib menyentuh tentang keindahan dan kesyumulan Islam yg mendapat perhatian dunia tetapi dikaburi oleh sikap dan akhlaq buruk pimpinan2 Islam sendiri yg mencemarkannya.
 

BERSAMA-SAMA WAK LURAH KG BKT KERAYONG 2 DAN WAK LURAH KG MERU.

Posted: 25 May 2014 07:45 PM PDT





Yb Dr Rani bersama Wak Lurah Kg Bkt Kerayong 2 dan Wak Lurah Kg Meru menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan kpd Tuan Hj Abdullah Kamal Sarham, 55 tahun yg sudah menjalani Haemodylysis selama 10 tahun akibat sakit buah pinggang beliau. Walaupun berasa cukup lemah namun tidak menghalang beliau menghadirkan diri dlm solat berjamaah dan mendengar kuliah agama dlm keadaan berbaring di surau atau dimasjid.
Yb Meru sempat juga melawat seorang mangsa rompakan yg menerima lebih dari 15 jahitan di tangan kanannya apabila bertempur dgn 4 orang perompak yg menceroboh masuk kerumahnya jam 4.30 pagi.

MENZIARAH KEMATIAN KAUM INDIA DI MERU.

Posted: 25 May 2014 07:41 PM PDT






Cik Tevarany A/P Tangarajoo mewakili keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan dan sumbangan wang dari Yb Meru bagi menguruskan mayat mendiang ayahnya.
Dalam kesempatan yg ada Yb Dr Rani juga menziarah mayat Encik Kumar A/ L Kasi yg meninggal dunia kerana diserang sakit jantung di kediaman nya di Jln Mempari 12, Taman Bayu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan