Pengikut

Nuffnang

Isnin, 26 Mei 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


PRK BUKIT GELUGUR : MILIK RAMKARPAL

Posted: 25 May 2014 10:50 PM PDT

GERORGE TOWN: Ramkarpal Singh, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi.
Beliau memperolehi 41,242 undi manakala tiga lagi calon lain hilang depaosit.
Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya di Dewan Sri Pinang.
Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 pemilih mengundi di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat jam 5 petang tadi.

DNA babi: PUM gesa boikot produk Cadbury

Posted: 25 May 2014 09:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.

Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury ini dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. 

Katanya, pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.


PUM juga, ujar beliau mengalu-alukan masyarakat Islam yang prihatin agar meningkatkan kesedaran halal dengan menjemput mana-mana makmal kimia untuk membuat ujian terhadap sesuatu produk, dan memohon pengesahan daripada Jabatan Makmal Malaysia atau sekiranya terdapat keraguan pada mana-mana produk yang mempunyai sijil halal.

Tambahnya, PUM menasihatkan agar syarikat-syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda mengenai perkara halal dalam produk yang dikeluarkan. 

Beliau menegaskan, para pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
 
PUM juga, kata beliau sangat kesal kerana syarikat Cadbury tidak langsung menyatakan permohonan maaf secara terbuka. 

"PUM menggesa supaya mereka memohon maaf kepada para pengguna terhadap perkara ini," ujarnya. 

Menruutnya, sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf menunjukkan keangkuhan syarikat tersebut.

"PUM turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa yang telah menemui kes produk yang mengandungi DNA khinzir ini," ujar beliau

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan