Pengikut

Nuffnang

Selasa, 20 Mei 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Permata Melaka Yang Sukar Di Cari Ganti

Posted: 20 May 2014 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malayssia (HUKM) tengah hari tadi. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, PPM turut merasa sedih dan pilu dengan kehilangan sang murabbi ummah itu. Katanya, PPM menyifatkan pemergian almarhum Ustaz Abdul Ghani ke rahmatullah adalah suatu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di Malaysia khususnya PAS serta rakyat umumnya.

 Beliau berkata, almarhum adalah pemimpin disegani oleh kawan dan lawan, malah seangkatan dengan pemimpin hebat PAS seperti Almarhum Ustaz Datuk Harun Taib, Almarhum Ustaz Yahya Othman, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Almarhum Datuk Fadzil Noor. 


 "Beliau adalah pemimpin terbilang, menjadi contoh melalui kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan beliau terhadap generasi muda," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menambah, pemergian Ustaz Abdul Ghani bererti hilangnya seorang lagi permata ummah, ulama dan pendakwah cekal kerana kehidupannya diabadikan buat perjuangan Islam bersama dengan PAS. "Beliau tidak gentar diugut, ditohmah dan diambil tindakan, dimusuhi dan dijauhi. Wang ringgit, keringat dan masa ditaburinya tanpa kesal dan jemu. "Tanpa pangkat dan kedudukan tinggi, tanpa penghormatan, sanjungan serta pujian tidak melemahkan perjuangannya. Baginya perjuangan Islam adalah segala-galanya tanpa mempedulikan risiko yang bakal ditanggungnya," kata Suhaizan lagi. 

 Tambahnya, ilmu almarhum yang tinggi dicurahkan buat membimbing ummah yang mana masjid, markaz, surau dan segala agensi mampu dihadirinya tanpa letih dan alasan bagi menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Muridnya, kata beliau juga berjumlah ribuan orang dan merata ke pelosok negara serta berjaya dalam pelbagai bidang keilmuan. "PPM mendoakan agar roh almarhum ditempatkan sebagai insan soleh dan diterima amalnya oleh Allah SWT. PPM berharap semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian berat ini," ujarnya lagi.

AMAL TEEN CHALLENGE II 2014

Posted: 20 May 2014 07:05 AM PDT

Adakah tuan/puan sedang mencari Program untuk Remaja ketika cuti sekolah akan datang ini? Marilah sertai AMAL TEEN CHALLENGE II 2014 khusus untuk remaja berumur 10-18 tahun. InsyaAllah, penekanan kepada disiplin, kerjasama dan pemantapan aqidah akan diselia oleh jurulatih berpengalaman kami akan membantu anak tuan/puan membina jatidiri supaya mampu menjadi anak soleh yang cemerlang pada masa akan datang. Kepada yang berminat, sila hubungi Ustaz Helme Hassan 012-608 2489 atau Ustaz Aman Akil 013-601 9251. tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 27hb Mei Ini. Tempat adalah terhad. Marilah rebut peluang ini


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan