Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 2 Mei 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Umno kena bawa usul hudud, lebih mudah lulus

Posted: 02 May 2014 09:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno 'pondan' jka parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau Hudud pada sesi parlimen nanti. Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan. "Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS. "Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.


 Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri. "Saya harap Perdana Menteri akan menggunakan peranan beliau dalam membawa usul ini, jika mereka benar-benar serius. "Kalau itu hanya permainan politik mereka, pasti Umno tidak sanggup membawa usul tersebut dan terus menyerahkannya kepada PAS," sambung beliau. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul tersebut jika ia dibawa pada sesi parlimen akan datang. "Kita akan bawa dan setiap pemimpin berhak untuk membahas sama ada menyokong atau menolaknya. "Kita akur setiap keputusan kerana ia telah melalui proses demokrasi dan penolakkan tersebut dilakukan di parlimen. "Kita bukannya memaksa semua pihak untuk menyokong apa yang kita bawa, apa yang pasti ia telah melalui satu proses demokrasi," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena. Dalam pada itu, Mahfuz turut meminta agar kerajaan memberi ruang kepada PAS untuk memberi penjelasan tentang hudud di media elektronik dan media cetak milik mereka agar kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam dapat dikurangkan

Dakwaan bergaduh, Unit Amal beri penjelasan

Posted: 02 May 2014 09:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas tersebarnya berita kekecohan sewaktu himpunan membantah GST semalam, Unit Amal hari ini tampil memberi penjelasan. Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor), Khairil Anuar Ismail berkata kejadian berlaku disebabkan cubaan memasuki kawasan padang oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising oleh kumpulan sama. Beliau berkata Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.


 "Saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan GST semalam. "Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Mengulas gambar peserta yang didakwa luka akibat kekecohan itu, Khairil Anuar berkata ia mungkin akibat tolak menolak yang berlaku sewaktu cuba menyuraikan mereka. "Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat," soalnya? 

 Dalam pada itu beliau turut menafikan pasukan Unit Amal terlibat dalam satu lagi insiden pada sebelah malam selepas himpunan berlangsung. Katanya, tiada anggota Unit Amal bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa terlibat dalam insiden tersebut. "Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau, logik ke? "Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini," jelasnya. Katanya, anggota Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh. "Bahkan ketika bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini. "Apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru," ujarnya.

MH370: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala

Posted: 02 May 2014 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370. Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema. "Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit. "Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. 


Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya. Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang. Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya. "Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. 

Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya. Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian. Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu. "Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.

 "Kami menghntar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya. Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu. "Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya. Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

62% rakyat Malaysia tolak GST - Merdeka Center

Posted: 02 May 2014 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut badan penyelidik bebas Merdeka Center. Dari kaji selidik yang dijalankan sekitar 12 hingga 21 April melibatkan 1,009 responden, 33% daripadanya tidak memahami mengenai GST. "62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya.



"Manakala 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak. "Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata penyelidik bebas itu dipetik KeadilanDaily. Kaji selidik itu dibuat dari 1,009 responden yang terdiri dari 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India dan dibuat menerusi panggilan telefon. Responden juga ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil dan 40% memberi jawapan negatif. 

Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020. 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal. Manakala hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal. Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan