Pengikut

Nuffnang

Isnin, 12 Mei 2014

DUN CHINI

sumber :-

DUN CHINI


HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB

Posted: 12 May 2014 11:00 AM PDT

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:-
PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri.
Dalil pendapat pertama ini:
1. Hadis Nabi saw dari Abdullah almuzani
صَلُّواقَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ . – قَالَفِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ ،كَرَاهِيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُسُنَّةً
" Solatlah sebelum magrib , Solatlah sebelum magrib, Solatlah sebelum magrib bagi sesiapa yang hendak." Baginda takut manusia menganggapnya sebagai suatu sunnah (keawajipan).
Hadis sahih Bukhari (1183)
Imam Tobari berkata:
لمْ يُرِدْ نَفْي اِسْتِحْبَابهَا،لِأَنَّهُ لَا يُمْكِنُ أَنْيَأْمُرَ بِمَا لَا يُسْتَحَبُّ, بَلْ هَذَا اَلْحَدِيث مِنْأَقْوَى اَلْأَدِلَّةِ عَلَى اِسْتِحْبَابِهَا , وَمَعْنَىقَوْلِهِ " سُنَّة " أَيْ شَرِيعَة وَطَرِيقَةلَازِمَة
Dari hadis ini Nabi saw tidak bermaksud menafikan sunat solat ini. Ini kerana tidak mungkin baginda menyuruh perkara yang bukan sunat. Bahkan hadis ini adalah sekuat-kuat dalil tentang sunatnya solat sebelum magrib. Maksud sunnah dalam hadis ini ialah syariat yang diwajibkan.
2. Hadis dari Anas bin Malik:
لَقَدْرَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِيصلى الله عليه وسلميَبْتَدِرُونَ السَّوَارِي عِنْدَ الْمَغْرِبِ
" sesungguhnya aku melihat sahabat-sahabat yabg terbilang segera mendapatkan tiang2 untuk solat sebelum maghrib."
Hadis sahih Bukhari (503)
PENDAPAT KEDUA: Tidak disyariatkan solat ini. Ulama mazhab hanafi mengatakan ianya khilaful aula (tidak afdal) dan ulama Maliki mengatakan makruh.
Dalil mereka:- Hadis dari Ibnu Umar:
سُئِلَابْنُ عُمَرَ عَنْ الرَّكْعَتَيْنِقَبْلَ الْمَغْرِبِ فَقَالَ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًاعَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَيُصَلِّيهِمَا
" Ibnu Umar ditanya tentang solat sebelum magrib. Beliau menjawab " Aku tidak pernah sesiapa pun yang melakukannya di zaman Nabi saw."
Hr abu Daud (1284)
PENDAPAT KETIGA: Harus solat dua rakaat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Hambali.
Dalil mereka adalah hadis dari Anas bin Malik ra:
كُنَّانُصَلِّي عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ غُرُوبِ الشَّمْسِقَبْلَ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ ،فَقُلْتُ لَهُ : أَكَانَ رَسُولُاللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ صَلَّاهُمَا ؟ قَالَ : كَانَيَرَانَا نُصَلِّيهِمَا فَلَمْ يَأْمُرْنَا ،وَلَمْ يَنْهَنَا
" Kami dahulu solat sunat selepas masuk magrib dan sebelum solat fardu magrib. Aku pun bertanya kepadanya " Adakah Rasulullah saw melakukannya?" Anas ra menjawab " Baginda melihat kami melakukannya , baginda tidak menyuruh kami dan tidak melarangnya."
Hadis sahih Muslim (836)
Kesimpulan
Pendapat kuat ialah pendapat pertama yang menyatakan sunatnya solat sebelum magrib. Apa pun kita menghormati pendapat lain.


Soalan:Adakah sunat mengerjakan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib?Apakah dalil berkaitan mereka yang mengerjakan solat tersebut ?Timbul kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan para sahabat tidak melaksanakannya ketika zaman Rasulullah s.a.w.

Jawapan:Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu.Solat sunat Rawatib sebelum solat fardhu  dikenali sebagai solat qabliyyah dan solat sunat Rawatib yang dikerjakan selepas solat fardhu dikenali sebagai solat ba'diyyah.

Antara hikmah solat qabliyyah ialah untuk menenagkan hati seseorang setelah menjalankan aktiviti kehidupan seharian yang terlalu sibuk dan dapat memulihkan tumpuan dan tawajuh hati ketika menunaikan soat fardhu.

Ya,sesungguhnya solat qabliyyah Maghrib ialah daripada sunnah Rasulullah s.a.w dan dikerjakan antara azan dan iqamah.Melaksanakannya membuahkan pahala dan tergolong dalam kategori solat sunat ghair mu'akkad (tidak diberatkan).

Dalil-dalilinya ialah :
Daripada Abdullah a-Muzani ,beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Solatlah kamu dua rakaat sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda:"Solatlah kamu dua rakaat sebelum Maghrib."Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi kali yang ketiga: "Bagi sesiapa yang mahu mengerjakannya."Hal ini kerana Baginda s.a.w tidak mahu orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan."(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud dan Ahmad)
Daripada al-Mukhtar bin Fulful ,beliau berkata :"Pada zaman Nabi s.a.w ,kami melakukan solat dua rakaat sesudah terbenam matahari ,sebelum solat Maghrib.Baginda s.a.w tidak menyuruh dan tidak juga melarang ."(Riwayat Muslim)  
Hadis ini menunjukkan takrir Nabi s.a.w ketika melihat para sahabatnya mengerjakan solat tersebut tanpa melarang bahkan membiarkan amalan tersebut.

Daripada Anas r.a. ,beliau berkata ,"Apabia muadzin mengumandangkan azan ,beberapa orang sahabat Nabi s.a.w berdiri dan bergegas menuju tiang-tiang masjid sehingga Nabi s.a.w keluar ,sedangkan mereka masih dalam keadaan seperti itu yakni mereka solat sebelum Maghrib dan tidaklah berlaku sesuatu yang banyak antara azan dan iqamat itu ."(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Hadis inilah yang dijadikan dalil oleh Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam kitabnya Hashiyah al-Bajuri mengenai sunat mendirikan solat sunat Maghrib.
Demekianlah beberapa hadis yang menjelaskan tentang solat dua rakaat qabliyyah Maghrib dan ternyata lebih jelas dalam hadis di atas bahawaa solat tersebut pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w

Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (jil.4 ,hlm,8):Dalam solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib terdapat dua pandangan masyhur dalam kalangan kalangan para ulama Khurasan .Namun pendapat yang sahih antara kedua-duanya ialah sunat mendirikan solat dua rakaay sebelum Maghrib itu."

Tertulis dalam kitab Nihayah al-Zain (hlm.99)karangan Syeikh al-Nawawi al-Batani :Disunatkan melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum Maghrib berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :"Solatlah kamu sebelum Maghrib "Dan juga berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang lain :"Antara azan dan iqamah itu terdapat solat."
Terdapat satu riwayat daripada Ibn Umar yang disandarkan oleh mereka yang mengatakan bukan sunnah solat  Maghrib iaitu daripada Thawus r.a. katanya ;"Ibn Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib .Beliau menjawab :"Tiada seorang pun pada zaman Nabi s.a.w melakukannya."(Riwayat Abu Daud ,jil 2 ,hlm 26)

Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis yang lain telah memberi jawapan atas pernyataan Ibn Umar tersebut:"Bahawasanya beliau telah menafikan sesuatu yang tidak beliau ketahui sedangkan yang demekian itu telah ditetapkan oleh para sahabat lain yang mengetahuinya ."

Begitulah petikan tulisan Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu' tentang jawapan Imam al-Baihaqi dan para ulama hadis .Jadi ,wajiblah mendahulukan riwayat daripada mereka yang menetapkan sunnahnya solat dua rakaat sebelum Maghrib disebabkan mereka lebih banyak mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Ibn Umar .Kaedah usul fiqah yang sudah disepakati mengatakan :"Mereka yang menetapkan (suatu hukum) didahuukan daripada yang menafikannya."

Tunaikanlah sebanyak mungkin solat sunat kerana ia ialah wasilah untuk mendekatkan diri kepada Rabb ,Pencipta kita .Juga sebegai penampung solat fardhu yang kurang sempurna di akhirat kelak.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan