Pengikut

Nuffnang

Isnin, 14 April 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Warga emas di Rembau tagih janji sebelum PRU13 lalu

Posted: 13 Apr 2014 09:13 PM PDT




14 April 2014 ,REMBAU - Seorang warga emas memohon pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses membaik pulih kediaman pusaka yang didudukinya sejak lahir lagi di Kampung Legung Ulu, dekat sini, semalam.

Warga emas berkenaan, Saimah Namid, 78, berkata, dia berasa sangat bimbang apabila terdapat atap zink yang melopong di bahagian atas rumah berhampiran suis utama elektrik.

"Bagaimanapun, sebelum PRU13 yang lalu, kami dikunjungi oleh pemimpin setempat yang melihat keadaan rumah kami yang uzur dan menyatakan kediaman ini boleh diusulkan untuk proses baik pulih rumah.

"Jika sebelum ini kami memang berharap kediaman dapat dibaik pulih, namun tidak mempunyai modal yang besar untuk tujuan berkenaan. Oleh itu, bila ada pihak yang memberikan harapan kami menanti hinggalah hampir setahun ini," katanya ketika ditemui di kediaman berkenaan, dekat sini, semalam.

- SINAR

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan