Pengikut

Nuffnang

Ahad, 27 April 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Keluarga pesakit terseksa, sukar letak kereta di Hospital Seremban

Posted: 27 Apr 2014 12:49 AM PDT


26 Apr 2014 : Tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban di bangunan Klinik Ibu dan Kanak-Kanak telah digunakan oleh kakitangan dan pegawai. Ruang tempat letak kereta dipisahkan kepada dua bahagian – satu dikhaskan untuk kakitangan HTJ ini mempunyai palang besi dan pondok pengawal. Manakala bahagian yang lagi satu terbuka untuk pelawat dan pesakit.

Masalahnya ada kakitangan HTJ meletakkan kenderaan mereka di ruang yang dikhaskan untuk pelawat dan pesakit. Ini menyebabkan seawal jam 09.30 pagi, ruang tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit penuh.

Sedangkan ruang tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ banyak yang kosong terutamanya di aras P2, aras P3 dan aras P4.

Sham Abdul Latif, 40, dari Rembau yang mahu mengambil isterinya yang baru sahaja menerima rawatan di HTJ, berlegar-legar selama 35 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.

Fenny Low, 39, dari Seremban yang datang melawat ayah beliau yang dimasukkan ke wad pula berkata beliau telah berpusing-pusing selama 30 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.

Seorang pesakit, Faez Abdul, 40, dari Seremban berkata ketika beliau mahu balik selepas menerima rawatan di HTJ Isnin lepas, selepas pukul 2.00 petang beliau nampak beberapa kakitangan HTJ yang baru habis kerja shif pagi, beredar dengan kenderaan dari bahagian tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat dan pesakit.

- FMT

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan