Pengikut

Nuffnang

Ahad, 13 April 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Disamun depan rumah lepas keluar duit dari bank

Posted: 13 Apr 2014 09:12 PM PDT




14 April 2014 SEREMBAN – "Macamana penjenayah tahu pelanggan keluar duit banyak dari bank?" – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Taman Nuri Indah, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku sebaik saja mangsa pulang dari mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank di Jalan Rasah, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wang berjumlah RM16,000 yang diletakkan dalam beg sekolah anaknya dilarikan penjenayah terbabit yang menceroboh masuk dari pagar rumahnya.

"Saya betul-betul terkejut dengan kejadian itu dan percaya suspek mengekori saya sebaik sahaja keluar dari bank kerana sebelum itu saya mengesyaki ada motosikal dan sebuah kereta mengekori saya, tetapi disebabkan mahu cepat saya tidak mengambil serius," katanya yang telah membuat laporan polis.

- SINAR

Warga emas di Rembau tagih janji sebelum PRU13 lalu

Posted: 13 Apr 2014 09:11 PM PDT




14 April 2014 ,REMBAU - Seorang warga emas memohon pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses membaik pulih kediaman pusaka yang didudukinya sejak lahir lagi di Kampung Legung Ulu, dekat sini, semalam.

Warga emas berkenaan, Saimah Namid, 78, berkata, dia berasa sangat bimbang apabila terdapat atap zink yang melopong di bahagian atas rumah berhampiran suis utama elektrik.

"Bagaimanapun, sebelum PRU13 yang lalu, kami dikunjungi oleh pemimpin setempat yang melihat keadaan rumah kami yang uzur dan menyatakan kediaman ini boleh diusulkan untuk proses baik pulih rumah.

"Jika sebelum ini kami memang berharap kediaman dapat dibaik pulih, namun tidak mempunyai modal yang besar untuk tujuan berkenaan. Oleh itu, bila ada pihak yang memberikan harapan kami menanti hinggalah hampir setahun ini," katanya ketika ditemui di kediaman berkenaan, dekat sini, semalam.

- SINAR

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-emas-masih-berharap-janji-sebelum-pru13-lalu-1.270180

Risalah sia-sia diedar sekitar masjid di Parlimen Rembau

Posted: 13 Apr 2014 12:46 AM PDT


Risalah ini dijumpai disebar dengan banyaknya di Masjid Bandar Baru Senawang dalam Parlimen Rembau pada Ahad 13 April 2014. Biarkanlah mereka buat kerja yang sia-sia ini.

Marilah kita galakkan ahli dan penyokong kita berbondong-bondong ke masjid untuk solat jemaah dan menghadiri majlis ilmu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Doakanlah mereka yang melakukan perkerjaan yang sia-sia ini mendapat hidayah Allah serta akan turut serta mengimarahkan masjid dan memperjuangkan agama Allah sepertimana penduduk Taif.

Soba yolah Jang !

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan