Pengikut

Nuffnang

Isnin, 14 April 2014

PAS Kawasan Pekan

sumber :-

PAS Kawasan Pekan


LAJNAH PENERANGAN TERBIT SIRI ' SOROTON SEMNIGGU PIMPINAN PAS KAWASAN PEKAN "

Posted: 04 May 2012 05:34 PM PDT


5 Jun 2012 Sabtu, Lajnah Penerangan PAS Kawasan Pekan akan menerbitkan Siri ' Soroton Seminggu Pimpinan PAS Kawasan Pekan ' di web TV PAS Kawasan di alamat http://webtvpaspekan.blogspot.com .

' Soroton Seminggu Pimpinan PAS Kawasan Pekan ' akan siri video rakaman 15 minit ulasan, pandangan dan komen Pimpinan PAS Kawasan Pekan terhadap isu-isu semasa tempatan dan peringkat nasional secara mingguan.  Tujuan siri ini diterbitkan adalah untuk menjawab tuduhan dan tohmahan UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan media massa TV, Akhbar dan radio yang langsung tidak memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menjawab secara fakta tuduhan- & fitnah mereka.

Siri 1 akan mula diterbitkan pada tarikh 5hb Jun 2012 dan telah dikendalikan oleh team media Lajnah ICT PAS Kawasan Pekan.  InsyaAllah siri-siri seterusnya akan diterbitan pada setiap hari Sabtu secara mingguan.

Untuk menonton sila layari web TV PAS Pekan di http://webtvpaspekan.blogspot.com

MESYUARAT AGONG MUSLIMAT PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 04 Apr 2012 06:49 PM PDT

1 April 2012, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan telah selamat mengadakan mesyuarat Agong Muslimat Kawasan yang telah disempurkan perasmiannya oleh Y.b Dr. Zulkifli bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang merupakan AJK PAS Pusat.

Program wajib tahunan ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Madrasah Al Husna Pekan dan kehadiaran perwakilan dan pemerhari dari cawangan-cawangan hampir mencecah 180 orang.  Program bermula 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Pekan, Dr. Harison binti Mohd Amin dan diikuti oleh perasmi Dr. Zulkifli.




Pimpinan PAS Kawasan yang terdiri daripada YDP Ustaz Abu Kassim Manaf, TYDP Cikgu Abu Kassim Abd Ghani, Setiausaha, Penerangan dan AJK Kawasan lain hadir pada majlis tersebut.  Pada hari yang sama juiga Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan juga mengadakan Mesyuarat Agong mereka di Darul Fikri, Jaya Gading.

Dalam ucapan perasmian beliau, Dr. Zulkifli mengingatkan peranan muslimat dalam kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat adalah sangat berat.  Muslimat kini antara jentera PAS yang amat penting kerana merekalah yang mampu untuk mendekati pengundi dan mempunyai kebolehan menangani situasi untuk menarik pengundi mendekati PAS atau Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Agong muslimat PAS Kawasan memulakan mesyuarat Agong pada jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.25 petang.  Ucapan penangguhan disertai oleh hampir semua cawangan yang hadir dan ucapan penggulungan mesyuarat Agong Muslimat PAS Kawasan Pekan telah disampaikan oleh Ketua Muslimat mereka Dr. Harison bin Mohd Amin.





' OPEN HOUSE ' PAS PEKAN DI DUN PULAU MANIS

Posted: 11 Sep 2011 04:51 AM PDT

10 September 2011, Sabtu PAS Kawasan Pekan telah berjaya mengadakan majlis sambutan Eidul Fitri peringkat kawasan di Markas PAS Tok Senara, Kg Tanjung Batu, Ganchong Pekan. Ganchong terletak dikawasan DUN Pulau Manis dalam Parlimen Pekan. Program tahunan ini sengaja diadakan diluar kawasan Bandar Pekan bagi memastikan masyarakat kampung dapat bersama-sama meraikan majlis sambutan Hari Raya Eidul Fitri kali ini. Sambutan program kali ini juga amat mengejutkan apabila bilangan kehadiran tetamu adalah amat luar jangkaan sekali. Penduduk tempat hadir bersama keluarga dan kanak-kanak. Ahli PAS dari jauh juga hadir seperti dari Jaya Gading Kuantan, Nenasi Pekan, Chini dan Peramu Jaya. Dianggarkan kehadiran adalah seramai 400 orang.

Pengarah Majlis sambutan Hari Raya kali ini ' Ustaz Haji Osman bin Bakar ' merasakan amat berpuas hati dengan kehadiran tetamu dan merasakan kini PAS telah makin diterima di kawasan-kawasan kampung yang dulu amat susah ditembusi. Golongan masyarakat kampung ini menjadi talian hayat UMNO kerana kesusahan mereka mendapatkan maklumat sebenar tentang perkembangan isu semasa dan hanya bergantung kepada media UMNO seperti TV3, RTM dan Utusan Malaysia.
Timbalan YDP PAS Kawasan Pekan, Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani merasmikan majlis sambutan tersebut. YDP PAS tdak dapat hadir kerana menghadiri program peringkas PAS Pusat di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Semua AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda & Ulama berserta Dewan Muslimat hadir sebagai tuan rumah pada majlis tersebut.

Pada malam tersebut pula, ceramah UMUM telah berjaya diadakan dan kehadiran juga amat luar biasa sekali. Dijangkakan kehadiran adalah hampir 500 orang dan ini amat luar biasa sekali bagi kawasan kampung yang jauh seperti Ganchong.
Ceramah UMUM disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf, Ustaz Shuhaimi Saad Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang dan YB Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS.

Ceramah UMUM malam tersebut amat memaku pemikiran yang hadir apabila Ustaz Suhaimi Saad berjaya mengupas dengan baik sekali isu Kemerdekaan dan isu Mat Indera dengan bantuan LCD dan video. Pada malam tersebut juga YB Salahudin juga telah mendedahkan kegiatan UMNO yang menjual kerakyatan negara kepada orang asing demi mengekalkan mereka di Putrajaya.
Program ceramah berakhir tepat jam 12.00 malam...






Posted: 09 Sep 2011 04:39 PM PDT

CERAMAH PERDANA
YB SALAHUDIN AYOBUSTAZ SUHAIMI SAADUSTAZ ABU KASIM MANAF
TARIKH : 10 SEPT 2011
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, GANCHONG

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Posted: 09 Sep 2011 04:30 PM PDT

JEMPUTAN

MAJLIS SAMBUTAN EIDUL FITRI
PAS KAWASAN PEKAN

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2011 ( SABTU )
MASA : 12.00 TGHARI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, KG TANJUNG BATU, GANCHONG

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Posted: 28 Aug 2011 08:47 AM PDT



PAS PEKAN ZIARAH HOSPITAL MENJELANG EIDUL FITRI

Posted: 24 Aug 2011 01:09 AM PDT

Pada 16 Ogos 2011, PAS Kawasan Pekan telah membuat kunjungan dan ziarah ke Hospital Daerah Pekan untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada pesakit-pesakit dan beramah mesra dengan kakitangan Hospital Pekan.

Rombongan PAS Pekan kali ini diketuai sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan iaitu Ustaz Abu Kasim Manaf. Timbalan YDP Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani, Ketua Muslimat Dr Harison dan AJK PAS Kawasan dan AJK Muslimat Kawasan juga turut serta dalam kunjungan tersebut.

Seawal jam 3.00 petang, rombongan PAS Pekan telah disambut oleh beberapa kakitangan Hospital Pekan peringkat pegawai dan jururawat.

Sejumlah 90 bungkusan sumbangan hari raya diagihkan kepada penghuni wad-wad dan juga kepada semua kakitangan Hospital Pekan. Program lawatan dan ziarah Hospital Pekan ini merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan.

Kebanyakan pesakit amat gembira menerima kunjungan rombongan PAS. Ketua Muslimat PAS Kawasan yang juga merupakan seorang pengamal perubatan dan memiliki Klinik Persendirian adalah amat tidak asing bagi pesakit dan kakitangan Hospital. Kebanyakan pesakit juga adalah bekas pesakit di Klinik beliau.

Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Abu Kasim Manaf berharap program yang mulia ini dapat diteruskan kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu menggembirakan masyarakat yang sedang ditimba musibah dan ujian kesihatan. Beliau menganggap program lawatan dan ziarah kali ini berjaya dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.













0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan