Pengikut

Nuffnang

Khamis, 10 April 2014

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

sumber :-

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


PANDA LEBIH MULIA DARI RAKYAT

Posted: 09 Apr 2014 07:58 PM PDT

Nampaknya Panda yang dibawa dari negara China lebih mulia dari rakyat Malaysia. Sebab itu Panda-panda ini ditatang bagai minyak yang penuh dengan belanja pulujan juta ringgit. Sedangkan pada masa yang sama masih ramai rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.  Masih ramai rakyat tiada rumah sendiri dan merempat.

Haradaily hari ini melaporkan bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara. 

"Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

"Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda," ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal. 

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli. 

"Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?" soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang. 

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

"Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?" soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat. 

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

"Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah," katanya. 

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

"Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak," ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.

~ Hdaily

HIMPUNAN 1000 MUSLIMAT MELAKA 14 JUN

Posted: 09 Apr 2014 07:53 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka akan mengadakan himpunan 1000 muslimat/wanita Melaka pada 14 Jun di perkarangan Dewan PAS Bukit Katil bermula 9.00 pagi.

Program ini antara bertujuan untuk merapatkan silaturrahim pimpinan Dewan Muslimat PAS pelbagai peringkat dan wanita di seluruh negeri Melaka.

Pada program ini mereka-mereka yang hadir akan dihidangkan dengan pelbagai program santai yang sesuai dengan wanita disamping mendengar ucapan dari pimpinan PAS.

Adalah diharapkan seluruh jentera Dewan Muslimat menggerakkan ahli dan penyokong mereka mengajak seramai mungkin wanita di negeri Melaka untuk menghadiri yang julung kali diadakan ini. 

Gambar di atas sekadar hiasan.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan