Pengikut

Nuffnang

Khamis, 24 April 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Bergegas Ke Lokasi Kebakaran Di Awal Pagi

Posted: 24 Apr 2014 04:16 AM PDT

DUNGUN, 24 April 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik bergegas ke tempat kejadian di mana lapan orang dari dua keluarga terselamat daripada kebakaran yang melibatkan kedai 4 pintu, di sini awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian di Jalan Nibong yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, sebahagian besar bangunan kedai tidak sempat diselamatkan memandangkan api yang cepat marak.
 
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian sepuluh minit kemudian hanya dapat menyelamatkan bahagian belakang kedai milik Chee Boon Jeng, 50, yang menjalankan perniagaan bateri dan jualan telefon bimbit.
 
Sementara itu, Encik Kadir, awal 70-an, yang berniaga kedai makan di premis sewaannya itu, mengalami kerugian kasar lebih RM60 ribu setelah keseluruhannya kedai makannya ranap dalam kejadian tersebut.

ADUN Sura sempat menenangkan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.
 
Di waktu petang, ADUN Sura diringi beberapa orang AJK MTD Sura menyampaikan sumbangan segera berupa kewangan dan pakaian terpakai untuk kegunaan keluarga terbabit.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan