Pengikut

Nuffnang

Khamis, 17 April 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Allah tunjukkan muka sebenar pemusuh Hududmu

Posted: 17 Apr 2014 06:33 AM PDT

" Mendiang tolak hudud, tapi mendiang perjuangkan kes gadis Islam nak pakai tudung di Singapura. Bandingkan dengan puak Islam yang tolak hudud, pastu dah la anak bini tak pakai tudung, anak bangsa sendiri takbleh pakai tudung kat tempat kerja pun diorang tak buat apa " - status terbaik KHi Aidarus .. 

Ya banyak isu rakyat beliau perjuang hingga berjaya di Parlimen. Anak seorang perdana menteri pula sedang menjamin waran tangkap Dr Kassim Ahmad yang hina Nabi, maki syariah, maki syariat aurat, kata hudud tiada dalam Al Quran (seperti ucapan Samy Velu 1999)... sekurangnya Karpal mengaku bahawa hudud adalah undang-undang agama Islam, cuma beliau menentang ia dilaksanakan kerana PERLEMBAGAAN!

Ingat istilah Perlembagaan. Chua Soi Lek mengatakan laksana Hudud ekonomi islam jatuh dan merugikan negara. Seorang mantan perdana Menteri memaki hudud mengatakan jika laksanakan kelantan akan makan sup tangan (potong tangan) Ya Allah fahamkan bangsa ku siapa sebenarnya musush syariah mu! - doa saya sepanjang hari ini.

Hudud terhijab di Malaysia bukan kerana kuasa seorang individu bernama 'Karpal'.

Posted: 17 Apr 2014 06:32 AM PDT

Undang-undang syariah jenayah (hudud) tidak mampu dilaksana di Malaysia bukan kerana individu ini individu itu. Bukan kerana si kafir itu bukan kerana si melayu ini, atau si mamak itu... ia disebabkan:- (sedutan kertas kerja saya sediakan untuk Gerakan Sokong Syariah)

1) Perkara 4 - (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
2) Perkara 3 - (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
3)Perkara 75 - Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.
4)Perkara 8 -
Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang.
Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada manamana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi manamana Negeri.
5)Kanun Kesiksaan
6)Kanun Acara Jenayah
7)Akta Mahkamah Syariah 1984 -
menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak melebihi 5 ribu ringgit atau sebat tidak lebih 6 sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu. (3,5,6)
Bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama. Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.
8)Jadual Kesembilan Senarai II (lihat perenggan bawah)
Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai I, Perenggan 4
Undang-undang jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk perbuatan rasuah dan pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan, adalah disenaraikan di bawah Senarai Persekutuan (Senarai I, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan).
9)Isu kerjasama PDRM di bawah kuasa pusat.
10)Kerjasama JAKIM di bawah kuasa pusat.
11) Kerjasama Bomba, kementerian Kesihatan di bawah kuasa pusat.
Penyelarasan dengan Pejabat Peguam Negara.

Kenyataan peguam bernama Zul berkenaan kematian seorang peguam merangkap ahli parlimen yang dikatakan memudahkan perjalanan hudud adalah kenyataan jelek, bodoh dan memperbodohkan statusnya sendiri sebagai peguam juga. Malah mengatakan sebuah parti kemelayuan akan menyokong hudud Kelantan seolah-olah mengajar bahawa bola itu berbentuk kiub kerana jelas parti kemelayuan itulah yang menolak enakmen hudud di Terengganu serta menghantar surat keras terhadap kerajaan kelantan sebelum ini.

-Nuruddin-

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan